Salam uollss..
Hari ni godek2 belog rupanya ada gambar2 dalam draf ni. Haha. Nak masuk raya aidil adha pulak dah ni. Takpelah alang2 dah ada draf dengan gambar jom la kita throwback lagi. Kikiki.
Raya haritu masak lontong. Suka sangat lontong makan dengan sambal bilis pedas. Asben tak suka sangat. Tapi takpelah sebab dah tempah sate tu makan jela sate. Muahaa.
Hari ni tengok lontong ni tetiba jer teringin nak makan lontong. Adehh.
Raya pertama hari tu petang tu kitorang raya rumah sepupu. Dah nak maghrib masa tu. Then mil call tanya nak ikut balik kampung tak. Of course la nakkkk. Suka balik kampung even duk umah jer tapi maybe sebab ai suka travel. Haha. Feeling balik kampung tu yang seronok. So balik rumah kemas baju semua, mil dan adik2 ipar datang rumah dalam kul 12.00 am macam tu la. Pukul 1 pagi gerak balik Air Lanas Kelantan. Sengaja balik time tu sebab kalau balik pagi dah confirm la jem kan. Balik kampung riuh rendah dengan mak ayah sedara dan sepupu2. Semua sepupu kecik2 lagi.
Pastu kitorang pergi mandi manda kat kolam. Tapi sesuai untuk budak2 jela. Makan meehun goreng dan bbq.
Dua hari je duk kat kampung pastu balik rumah. Odw balik singgah breakfast nasi kerabu. Sedapnyaaaaa..
Sampai rumah saya pergi raya dulu. Nak tengok baby kawan adik ipar baby pulak warded demam..so pegi ziarah kat hsnz. Tinggalkan Daniel dan papa main kat pantai belakang hospital tu. Lepas tu pergi raya rumah biras.
Keesokannya mil dan adik ipar dah balik Dungun dah. Kita raya rumah sepupu pulak yang tak sempat raya hari 1st ritu. Pegi open house umah sepupu.
With mak, kakak2, adik selebihnya anak2 buah aiolss. Haa. Ramai kan. Ni pun ramai takde dalam gambar tau.
Pastu pegi Paloh. Sini tempat mak membesar rumah nenek angkat. Tapi nenek angkat dah lama takde. So kita beraya umah mak2 sedara. Bawak Daniel kenal tok nenek dia.
Daniel ni payah tau nak bergambar. Langsung tak bagi kerjasama. Haha.
Daniel dan Kak Ya
Malam tu pulak saya goreng mihun tomyam ajak adik beradik anak sedara makan kat rumah. Kitorang famili besar. Goreng mihun dua bungkus tu licin terus. Haha. Tahun depan ai goreng tiga bungkus okey. Dah jadi tradisi sebelum abang balik ke Klang esok hari malam tu datang lepak2 umah saya, kumpul semua, tengok muvie, sembag-sembang. Haha.
Mak buat tapai. Sedapnya. Setahun sekali dapat makan tapai.
Esoknya pulak ada kenduri kawin jiran.
Dekat je selang 3 buah rumah. So jalan kaki jela. Balik singgah raya rumah jiran. Tengok la anak bujang ai memang selamba rumah orang macam rumah dia. Adoii.
Petang tu takde apa aktiviti pergi raya rumah opis mate saya Kak Zue. Kebetulan Kak Zue akan pindah kerja ke Ipoh. So maybe ni last raya rumah dia kat sini. Sobsob.
Terima kasih Kak Zue, sentiasa mendengar masalah saya, luahan hati saya, baik dengan saya. Semoga yang baik2 saja akan mengiringi kak zue di sana yer.
Okeyy. Dah habis cerita throwback raya. Haha. Ada satu lagi draf bergambar. Bila entah ai free nak story simpan kenangan kat sini.
Selamat hari raya Aidiladha yang bakal menjelma. Kikiki.
geram tengok lontong tu. haha haah kan, minggu depan dah raya :3
ReplyDeleteItulah.kejap je.tup2 dah raya haji pulak dah.
Delete