Para Pengikut..

Sunday, 15 July 2018

Throwback 1 Syawal

Salam uollss..

Dah habis Syawal kan baru terhegeh-hegeh nak post entri ni. Haha. Blog mohon jangan sumpah ai jadi si tanggang yer. Al maklumla mami sibuk dengan kerja dan rumah sampaikan blog sering diabaikan. Kiki. Tapi tetap nak tempek gambar raya kat sini supaya jadi kenangan sampai bila-bila.

Tahun ni turn raya kampung wife. Sebab rumah mak sekangkang zirafah je dengan rumah kita so persiapan kat rumah sendiri tu wajib lah kan. Tahun ni tempah sate. Pastu saya masak nasi himpit dengan lontong. Asben tak suka sangat lontong, tapi dah tempah sate peberet dia tu so dia dah tak kisah ai masak lontong. Haha. 

Pagi raya dah setel masak semua macam biasa hantar rumah mak lontong. Mak buat laksa terengganu. Daniel selalu bangun lambat. So pagi tu 8.00 pagi dah kejut kan dia. Mula-mula meragam jugak nak mandi tu. Dah pakai baju raya semua upah susu terus diam depan tv. Boleh lah mami pulak bersiap. Tahun ni tema hitam. Tu pun last minute decide. Baju kurta papa dan Daniel beli kat bazar raya Dungun. Baju mami pon papa belikan kat bazar Terengganu. Apakan daya follow jela color tema asben. Tahun depan bagi I decide pulak yer!

Sampai rumah mak Daniel terus melekat atas tok ki. Muka tu mamai-mamai macam nak sambung tidur lagi tu. 

Sesi bersalam salaman bermaaf maafan. With my mok kesayangan dunia akhirat ❤


My sis and mok❤


With adik laki paling kesayangan. Muka ai kena cover sebab terlampau eksaited buruk benor. Haha. Ape entah yang kelakor sangat yer.


With abang paling kesayangan. Mintak halal semua duit ai pinjam you yer. Eh.


Adik bongsu paling kesayangan. Kitorang keluarga besar. Selalu time raya macam ni la. Payah betul nak kumpul semua bergambar sekaligus tau. Nak salam raya pon takde beratur oii. Yang jumpa kat tangga kat pintu pun sempat jer hulur tangan bersalaman. Haha.


My lovely kakak


Eh rupanya dengan suami sendiri pon belum bermaafan kat rumah tadi. Kiki. Ampun maaf dipinta b, dari hujung tudung sampai hujung kasut yer😝


Pliss janji jadi boy friend I sampai bila2 yer.


Daniel tu mana boleh duk dalam rumah lama2. Dia dah pasang plan tu nak turun lari-lari keliling rumah. Memang menguji kesabaran tau kalau dia kat luar. Sampai ke belakang rumah kat kandang lembu tu dia explore tau. Semput mami kejar.


Keluarga kecikku. Daniel bukan photogedik macam mami. Selalu tak bagi komitmen bila nak bergambar. Dalam berpuluh keping ada la satu yang puas hati. 


Daniel diapit oleh kakak and pok ju.


Asben, me and adikku Jojo.


Kakak rindu Daniel. Ni anak sedara yang dah habis spm kerja di Putrajaya. Lama tak jumpa Daniel. Masa Daniel dalam perut lagi kakak duk ngan ai. Masa Daniel baby pon dia banyak teman ai dan Daniel kat rumah. Tq kakak.


Now Kak Ya pulak penganti kakak. Tq selalu tolong jaga Daniel bila mami kena kerja weekend😘. Mesti sunyi nanti bila korang dah sambung belajar jauh-jauh😭


Haha. Punyalah style pok jo ambik gambo yer.


Mami and papa


Us. Anak2 sedara semua dah besor2. Dah tinggi dari mak sedara dah. Haha.


Papa n anak teruna kesayangan


Biasanya pagi raya kami raya kerumah mak sedara dekat2 rumah je. Lepas tu baru naik kereta ke rumah mak sedara di kampung sebelah n selang 3 buah kampung.

Sebelum tu semua singgah rumah saya dulu makan sate.


Tuan rumah bizi tak sempat pon nak buh biskut raya. Haha.


Makan jela apa yang ada yer😝. Then jomlah kita jalan kaki ramai2 pegi beraya.


Alhamdulillah syawal berlalu dengan penuh bermakna. Sape ntah candid gambo ni. Daniel baru bangun tido time ni. So meragam la. Nasib baik senyap bila offer kacang. Memang hantu kacang dia ni. Haha.


Raya kerumah sepupu sampai dekat nak magrib. Then mil call cakap nak ajak balik kampung kt kelantan esok. Adoi. Adhoc betul. Balik rumah terus kemas rumah kemas baju semua. Bye. Jumpa lagi bila time ai rajin nak menaip😂








14 comments:

  1. haha rindu nak baca blog awak. org habis syawal baru kita nak update opp.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah.kan.biasala tu throwback lepas 2,3 bulan kemudian.kahkah.

      Delete
  2. Salam syawal, rasa macam pernah komen kat sini, tak terlambat nak ucap selamat raye

    ReplyDelete
  3. Salam Aidilfitri juga walaupun dah berlalu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sudi drop komen sini.😉

      Delete
  4. lepas ni raya haji plakkk.. selamat hari raya..

    jom singgah blog kartun muncung manis yg baru.. Blog muncung manis yang lama, terdelete.. abis loss contact dgn readers lama..

    http://aliefmuncung.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya alif.

      Delete
  5. cantiknya berbaju hitam. tahun depan nak berbaju hitam jugaklah. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 511

    ReplyDelete
  6. Meriah raya tahun ni...

    Done follow
    https://paanhealersblog.blogspot.com/?m=1

    ReplyDelete
  7. singgah n follow sini.. harap sudi follow http://ejulz.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...