Dialog Kotaraya
Sehari sebelum kejadian..
Saya : Kak Ina, dah masuk bulan April dah. Saya takde kalendar 2011 pun lagi.
Kak Ina : Betul lah. kak Ina pun. Takpe. Esok Kak Ina bawak. Minta dengan husband kak Ina. Kat opis dia banyak lagi kot.
Hokeeh!! Gembila bukan kepalang bila dijanjikan kalendar oleh kak Ina. Serius saya tak boleh jalani hidup dengan bersistematik tanpa kalendar meja untuk conteng apa sahaja (bajet kalau ada kalendar terus bersistematik la kunun)
Esok seperti dijanjikan..
Saya bersorak keriangan la ibarat kanak-kanak riang ternampak pak cik eskrem paddle pop!
Kak Ina : Bulan nie Mac dah kan
Saya : (kerana terlampau eksaited terus mengiyakan)..(sambil belek mukasurat Mac)
Kerana kejadian berlaku pada hari Sunday (S).
Kak Ina : Hari ni berapa haribulan? bukan 3hb ke? dalam kalendar tulis 6 la.
Saya : (Terkedu pandang kalendar). Ialah. Hari nie 3hb.
Sambil dalam kepala berfikir. Dah lah susah nak dapat kalendar. Dapat plak kalendar salah taip.
Tiba-tiba Kak Ina menjerit.
"Bulan nie April laaaaa"
Hokehh!!
Mari gelakkan diri sendiri yang mengigau di petang hari. Nasib baik tak pulangkan semula kalendar kat husband Kak Ina dengan alasan kalendar salah. Kalau tak malu muka 40 hari.
Saya pun tak pasti kenapa kami terfikir berada di bulan Mac. Mungkin masa cepat sangat berlari sampai tak terkejar.
6hb hari Ahad adalah dibulan March. DIULANGI!!MARCH!!
Muehehe.. calender nie bako jek.. bako jekk
ReplyDeletexdo koje nak bako kalendar haku..adeh!
ReplyDelete