Salam uolls..
Hari nie hari cuti seopis. Sebab semalam dah seharian menempek melipat membungkus hantaran adik angkat (Ila) jadi hari nie hari rehat bersama keluarga terchenta.
Awal-awal pagi mak dah masakkan mihun goreng. Errrrr..Kenapa bukan ayatnya berbunyi 'Awal-awal pagi saya dah masakkan mihun goreng??'
Hee....
Nak buat macam mana. Baru jer plan nak masak bukak tudung saji tengok dah siap terhidang. (jawapan untuk mak mertua..hehe)
******
(FLASHBACK)
Kalau bab makan terserah. Pendek kata makan apa sahaja tolak batu dan kayu saja. Dari kecil saya memang tak memilih. Apa yang mak masak semua kami makan. Tak pernah pun merungut tak nak makan sebab tak sedap, pedas sangat ke atau tak suka lauk tu ke ape ke kan.
*pssstt..sebab mak masak SEDAP. Jadi semua kami tibai..lalala.
Sama macam buah-buahan jugak. Rumah kami dikelilingi banyak pokok buah-buahan. Kecuali epal, strawberi dan kurma takde la pulak ayah tanam.
Masa kecil-kecil kami suke sangat mempelam. Dari mak ayah sampai adik bongsu sekarang semua hantu mempelam. Kalau Terengganu panggil buah pauh. Kalau ayah bawak balik pauh berebut la kami sorang 2-3 biji pastu sorokkan tak nak kongsi ngan yang lain. Haha. Punyala kedekut tangkai jering. Pauh yang paling best ialah 'pauh epal'. Bentuknya macam epal dan rasa lemak-lemak krim gitu. Dulu ayah tanam jugak. Sekarang dah pupus semua.
Eh! kejap. Kenapa topik buah plak nie. Bukan nak cakap pasal makanan ke tadi??
*****
Hee.. Ok berbalik kepada topik makanan. Hari nie sebab cuti jadi banyak masa terluang didapur. Menggoreng ikan 5minit. Makan 15 minit.
Basuh pinggan 10 minit. Makan lagi 20 minit.
Masak merah 15 minit. Makan pulak setengah jam.
**Maafkan saya meja makan kalau awak bosan menatap raut wajah saya. Theeee..
Lepas makan mihun kul 7.00 tadi (awal kan. macam nak pegi menoreh je breakfast awal-awal). Jam 9 pagi ada pak cik penjaja datang. Dia jual nasi lemak yang sambalnya ngetop!! Sedap.Pekat.Lazat (tagline yang saya reka sendiri)
Ok. Tak perlu nak bermadah pujangga. Saya terus makan tanpa paksaan.
Tengahhari pula lepas siap main masak-masak terus makan nasi berlauk. Makan lagi. Gigih betul saya.
Kemudian konon nak jadi seorang yang pentingkan kesihatan terus makan buah jambu. Banyak pulak tu. Penipu besar la kalau nak jaga kesihatan bila makan dalam kuantiti yang maha banyak!!
Petangnya pula saya bawak adik yang nak potong rambut. Jadi alang-alang dah pergi Pasar Batu 6 terus singgah beli mihun sup.
Ala..kedai mamat desperate yang saya pernah cerita dulu.
Balik rumah makan mihun sup. Panas.Enak.Lazat.Kaw! (pandai betul reka tagline)
Ok. Sekarang berehat atas kerusi sambil menaip entri. Saya harap saya kekenyangan sehingga malam ini. Kerana saya dah penat jadi host jalan-jalan cari makan untuk hari ini.
Ok. Cau cincau..
No comments:
Post a Comment