Para Pengikut..

Showing posts with label memories. Show all posts
Showing posts with label memories. Show all posts

Tuesday, 22 November 2011

Kenangan kerja part-time

Salam uollls.

Hujan-hujan ni best jugak mengimbau kenangan kan. Theehee. Lepas habis belajar saya kerja part time. Konon-konon nak kumpul duit untuk sewa jubah konvo. Peewittt. Kerja kat mana hoi? Kerja Mydin hokeh. So, sesiapa yang rasa muka saya macam familiar tu mungkin korang pernah tegur saya kat Mydin kot. Haha. Macam-macam kenangan dan pengalaman walaupun cuma jadik sales girl.

New Staff
Masa hari 1st kerja pakai baju kurung lepastu sebab tak dapat lagi id staff jadi kena pakai tag yang tertulis 'New Staff'. Comel hokeh pakai baju kurung susun beg sekolah. Pastu bila ada jer customer tanya mesti dia duk pandang tag dan tanya ' Baru kerja sini eh?' takpun ' Hari ni 1st day ke?'. Haduh. Dah nampak terang-terang pun lagi mahu tanya ke kak?

Department Luggage
Masa mula-mula masuk saya ditempatkan di department luggage. Sini ada macam-macam beg. Daripada beg sekolah, beg pinggang sampailah beg troli tu. Department ni ikut musim la. Time cuti sekolah berduyun-duyun la para ibu bapa datang nak beli beg untuk anak-anak yang nak masuk sekolah. Dah macam-macam ragam haku tengok. Ada anak menangis, ada mak mengamuk. Bayangkan la. Bawak anak kecik ko dalam lima orang pastu anak ko meragam masing-masing nak beg mahal harga RM50 ringgit. Pastu harusla ko mengamuk. Pastu anak ko merengek-rengek. Yang bongsu pulak menangis bila si abang tarik beg yang dipeluknya. Hokeh. Aku rasa nak lari dari situ pun ada. Nak tolong pujuk anak tu pon ada. Nak marah pon ada. Sabau je la.

Tapi kat bahagian beg troli tu suka. Pertama kali gak saya dapat ilmu macam mana nak lock zip. Yelah. Zaman belajar dulu mana ada beli beg troli macam gitu. Jadi kombang la lobang idung bila para-para mak bapak suruh anak dia 'tengok la akak tu buat, belajar dengan dia'. Peewitt. Macam ajar math la pulak. Pastu kalau ada foreigner datang nak beli beg troli tu mesti staff tu suh saya handle. Speaking hokeh. Macam la haku terror sangat. Speaking berterabur. Haha.

Department Muslimin
Then masa sebelum bulan puasa saya ditukarkan ke Department Muslimin. Department ni bahagian barangan telekung smayang, sejadah, kain pelikat, kain batik, al-quran tafsir dan sebagainya la. Tak boleh lupa bila ada sorang pak cik tu datang nak beli kain pelikat tapi macam datang nak serang musuh ketat. Nak beli kain pelikat tapi tak boleh nak cakap bahasa indah-indah sikit. Agaknya masa kat parking bawah tu ada orang langgar kereta dia kot sampai bawak ke atas duk kuar ayat berapi je. Bila panas bercampur pedas berapi la jawabnya. Sampai tak tahu dah nak handle macam mana. Nak nangis pun ada. Last 2 kitorang cakap lembut macam nak pujuk anak kecil tak mau tido. 'Pak cik, kalau pak cik rasa sini mahal pak cik boleh pergi beli kat kedai yang pak cik kata murah tu'. Akhirnya beli jugak dia. Dah tahu tak boleh tawar menawar pun degil jugak.

Kedai Mamak & food court
Kat food court bawah tu ada satu kedai mamak. Ape ntah nama. Kalau pakai baju staff Mydin dapat la less sikit. Heee. So, kalau lunch tu tak la sampai melepasi RM5. Tapi hari-hari nak pekena nasi berlauk mamak tekak mau bosan jugak. Yang bestnya sebab kat food court tu macam-macam makanan ada. Nasi kukus pun best. Nasi lemak pun sambalnya sangat kaw. Masa kerja situ abang saya pun kerja situ jugak. Kadang-kadang kitorang bawak bekal makan sama-sama. Tupun kalau shift petang la.

Gaji Pertama
Walaupun gaji tak la banyak sesuai la dengan kerja sales girl tapi tetap bagi kat mak. Orang kata gaji pertama tu lebih berkat kalau hulur kat orang tua. Even sedikit mana pun gaji yang kita dapat InsyaAllah gaji yang sikit itu sentiasa mencukupi kalau kita dahulukan orang tua. Kan. Ada sesetengah mak bapak tu tak nak terima. So pandai-pandai la guna inisiatif lain macam belanja diorang makan ke. InsyaAllah berkat dan rezeki sentiasa ada untuk kita.

Beli harta
Setiap kali kerja kat mana-mana saya akan pastikan dapat beli harta dengan gaji yang dapat tuh. Sekurang-kurangnya kita dapat lihat hasil usaha penat lelah-kena marah dengan supervisor-kena perli dengan customer-kena so on lagi. Yang pasti harta tu bukan kain baju kasut tudung yang lama-lama kita jadikan hiasan lemari. Jadi beli harta yang boleh guna sampai bila-bila. Peeewittt.

Lagi satu tak boleh lupa bila ada sorang pekerja situ cakap muka saya macam ex-gf dia. Sebab saya mati-mati tak caya kawan dia pun tunjuk gambar ex-gf dalam hp. Ada la iras-iras skit side tepi. Heee. Tapi lepas kejadian tu kami jadi kawan baik.  =)

Alhamdullilah, hasil kerja part time tu dapat la tampung nak pergi konvo. Tempah jubah, transport dan belanja apa-apa di sana dengan duit kerja part time.=)




Eh.Kejap. Rasanya masa kerja situ pun pernah snap gambo enterprem.

Godek-godek.







*












*

















*














*













*







Haha. Sila jangan kutuk saya SKEMA walaupun kelihatan SKEMA disitu. Haha.



Tuesday, 25 October 2011

Surat untuk ex-boyfriend.



Salam x-bf.


Saya tahu awak takde belog kan. Dan saya harap awak tak tahu kewujudan belog saya. Melainkan kalau awak gigih stalk page FB saya. Tapi saya yakin tak la. Macam dah takde kerja lain awak nak buat kan kalau awak gigih stalk info saya.


Malam tadi dapat msj senyum dari awak. Alamak. Kalau awak baca konpem awak tahu awak yang dimaksudkan. Tak jugak. Bukan awak sorang je yang hantar msj senyum kat saya malam tadi. Ok. Sambung pasal msj senyum atau simbol =)

Beria-ria awak senyum kan. Hepi semacam je. Terus saya dapat mengagak. Awak bakal jadik ayah kan? Haha. Tepat. Tapi tepat yang terlambat. Sebab dah 3 bulan wife awak pregnant.
Tahniah awak. Kan saya dah cakap awak akan kawin dulu. Tengok dah nak dapat anak dulu dah. Psst. Kalau anak awak laki kita jadi besan nak? Haha.


Hmm. Bulan lepas terjumpa awak kan. Akhirnya awak kenal en.beliau saya. Terjumpa tengah-tengah jalan kat bank. Tapi nak tegur macam kekok je kan. Jadi tegur dengan senyum je la. Hmm. Tak sangka pulak malam tu awak msj and say something. Tapi nak buat macam mana. Tuhan dah rencanakan semua. Tapi suka. Kita tetap jadi kawan kan. Macam masa mula-mula kenal kita kan kawan. Harap kita akan jadi kawan sampai bila-bila.


=)






Friday, 8 April 2011

Pendedahan Ekslusif : Surat dari boyfriend zaman cinta monyet.

Pagi tadi masa mengemas-ngemas bilik terjumpa la kotak surat. Macam-macam surat ada sejak zaman muda-muda lagi (ceh.bajet dah veteren la). Dan terjumpa satu surat neh. Hampir sudah melupuskan dia dari kotak fikiran. Err.. Saya harap dia tak tahu saya punyai blog.

Surat dihantar ke rumah saya. Bajet macam duk jauh je maen utus-utus surat. Siap pos segala. Haaha.

Ini isi kandungan. Terpaksa kasi efek blur supaya korang tak pengsan terkedu dengan ke-skemaan ayat bekas kekasih cinta monyet. heee.

Yang ni pantun ekslusif dari beliau. Haha. Apa kena mengena daun sireh dan ubi kayu??


Maaf. Display tandatangan awak yang kreatif. Hee..

Itu hanyalah cinta monyet. Cinta zaman sekolah semata-mata nak melengkapkan kenangan di bangku sekolah. Ceewah. Saya pun tak pasti dia dah kawin ke belum? dah ada anak barangkali? atau masih bujang trang tang tang?? Entah!

Halamak. Nasib baik en.beliau tak baca blog saya..=p

Monday, 4 April 2011

Tetiba teringat la pulak..

Selamat awal pagi semua. (Ayam pun tak bangun lagi nak berkokok)
Zaman belajar adalah zaman yang paling manis bagi saya. Kalau bosan saya suka belek-belek gambar masa belajar dulu. Kalau gambar sekolah belek dalam album. Tapi gambar zaman belajar universiti belek dalam folder la. Hee...

Dulu saya study kat Penang. Boleh agak la kat mana kan. Penang memang best. Terutama kalau pergi Butterworth kan ada bangunan-bangunan kolonial (macam best je perkataan kolonial). Bangunan-bangunan lama. Yang sangat klasik. Yer. Saya sangat kagum. Salah satu tempat yang kitorang pernah singgah ialah Fort Conwalis. Banyak kali kot kitorang datang sini. Saja datang, kebetulan datang, dan datang buat penyelidikan. Ceewah gitu.

Ini masa sem satu. Skema kau. Haha.

Ada senapang. Sekarang ada lagi ke??

Dalam kawasan Fort Cornwalis tu ada khemah dan menda alah tu. Berlagak jadi askar kejap.


Rombongan Cek Kiah
Ok. Sila abaikan gambar atas. Monumen berbaju purple tu dah takde disitu sekarang.

Ini lah. Cantikkan. Klasik.

Sebenarnya ia adalah bank. Dan banyak lagi bangunan serupa di atas.

Ini ada tak tahu ke? betul anak-anak. Inilah KOMTAR.

Ok. penat dah godek-godek gambar. Babai.

Kredit to Anem Arnamee. Kebanyakkan gambar tersebut adalah gambar beliau..=)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...