Hujan-hujan ni best jugak mengimbau kenangan kan. Theehee. Lepas habis belajar saya kerja part time. Konon-konon nak kumpul duit untuk sewa jubah konvo. Peewittt. Kerja kat mana hoi? Kerja Mydin hokeh. So, sesiapa yang rasa muka saya macam familiar tu mungkin korang pernah tegur saya kat Mydin kot. Haha. Macam-macam kenangan dan pengalaman walaupun cuma jadik sales girl.
New Staff
Masa hari 1st kerja pakai baju kurung lepastu sebab tak dapat lagi id staff jadi kena pakai tag yang tertulis 'New Staff'. Comel hokeh pakai baju kurung susun beg sekolah. Pastu bila ada jer customer tanya mesti dia duk pandang tag dan tanya ' Baru kerja sini eh?' takpun ' Hari ni 1st day ke?'. Haduh. Dah nampak terang-terang pun lagi mahu tanya ke kak?
Department Luggage
Masa mula-mula masuk saya ditempatkan di department luggage. Sini ada macam-macam beg. Daripada beg sekolah, beg pinggang sampailah beg troli tu. Department ni ikut musim la. Time cuti sekolah berduyun-duyun la para ibu bapa datang nak beli beg untuk anak-anak yang nak masuk sekolah. Dah macam-macam ragam haku tengok. Ada anak menangis, ada mak mengamuk. Bayangkan la. Bawak anak kecik ko dalam lima orang pastu anak ko meragam masing-masing nak beg mahal harga RM50 ringgit. Pastu harusla ko mengamuk. Pastu anak ko merengek-rengek. Yang bongsu pulak menangis bila si abang tarik beg yang dipeluknya. Hokeh. Aku rasa nak lari dari situ pun ada. Nak tolong pujuk anak tu pon ada. Nak marah pon ada. Sabau je la.
Tapi kat bahagian beg troli tu suka. Pertama kali gak saya dapat ilmu macam mana nak lock zip. Yelah. Zaman belajar dulu mana ada beli beg troli macam gitu. Jadi kombang la lobang idung bila para-para mak bapak suruh anak dia 'tengok la akak tu buat, belajar dengan dia'. Peewitt. Macam ajar math la pulak. Pastu kalau ada foreigner datang nak beli beg troli tu mesti staff tu suh saya handle. Speaking hokeh. Macam la haku terror sangat. Speaking berterabur. Haha.
Department Muslimin
Then masa sebelum bulan puasa saya ditukarkan ke Department Muslimin. Department ni bahagian barangan telekung smayang, sejadah, kain pelikat, kain batik, al-quran tafsir dan sebagainya la. Tak boleh lupa bila ada sorang pak cik tu datang nak beli kain pelikat tapi macam datang nak serang musuh ketat. Nak beli kain pelikat tapi tak boleh nak cakap bahasa indah-indah sikit. Agaknya masa kat parking bawah tu ada orang langgar kereta dia kot sampai bawak ke atas duk kuar ayat berapi je. Bila panas bercampur pedas berapi la jawabnya. Sampai tak tahu dah nak handle macam mana. Nak nangis pun ada. Last 2 kitorang cakap lembut macam nak pujuk anak kecil tak mau tido. 'Pak cik, kalau pak cik rasa sini mahal pak cik boleh pergi beli kat kedai yang pak cik kata murah tu'. Akhirnya beli jugak dia. Dah tahu tak boleh tawar menawar pun degil jugak.
Kedai Mamak & food court
Kat food court bawah tu ada satu kedai mamak. Ape ntah nama. Kalau pakai baju staff Mydin dapat la less sikit. Heee. So, kalau lunch tu tak la sampai melepasi RM5. Tapi hari-hari nak pekena nasi berlauk mamak tekak mau bosan jugak. Yang bestnya sebab kat food court tu macam-macam makanan ada. Nasi kukus pun best. Nasi lemak pun sambalnya sangat kaw. Masa kerja situ abang saya pun kerja situ jugak. Kadang-kadang kitorang bawak bekal makan sama-sama. Tupun kalau shift petang la.
Gaji Pertama
Walaupun gaji tak la banyak sesuai la dengan kerja sales girl tapi tetap bagi kat mak. Orang kata gaji pertama tu lebih berkat kalau hulur kat orang tua. Even sedikit mana pun gaji yang kita dapat InsyaAllah gaji yang sikit itu sentiasa mencukupi kalau kita dahulukan orang tua. Kan. Ada sesetengah mak bapak tu tak nak terima. So pandai-pandai la guna inisiatif lain macam belanja diorang makan ke. InsyaAllah berkat dan rezeki sentiasa ada untuk kita.
Beli harta
Setiap kali kerja kat mana-mana saya akan pastikan dapat beli harta dengan gaji yang dapat tuh. Sekurang-kurangnya kita dapat lihat hasil usaha penat lelah-kena marah dengan supervisor-kena perli dengan customer-kena so on lagi. Yang pasti harta tu bukan kain baju kasut tudung yang lama-lama kita jadikan hiasan lemari. Jadi beli harta yang boleh guna sampai bila-bila. Peeewittt.
Lagi satu tak boleh lupa bila ada sorang pekerja situ cakap muka saya macam ex-gf dia. Sebab saya mati-mati tak caya kawan dia pun tunjuk gambar ex-gf dalam hp. Ada la iras-iras skit side tepi. Heee. Tapi lepas kejadian tu kami jadi kawan baik. =)
Alhamdullilah, hasil kerja part time tu dapat la tampung nak pergi konvo. Tempah jubah, transport dan belanja apa-apa di sana dengan duit kerja part time.=)
Eh.Kejap. Rasanya masa kerja situ pun pernah snap gambo enterprem.
Godek-godek.
*
*
*
*
*
Haha. Sila jangan kutuk saya SKEMA walaupun kelihatan SKEMA disitu. Haha.
tak skema tp awk mpk nerd sgt2!! hehehe
ReplyDeletedida : nerd = comel.hehe.=p
ReplyDelete