Para Pengikut..

Tuesday, 29 November 2011

Puisi Zahiril buat sang isteri [ Manis seperti gula-gula]

Salam uolls.

Itulah.
Manis sangat. Dah la suara Daim ni sungguh berintonasi. Ceh. Bajet macam saya dah dengar puisi dia kan. Tapi siyes sangat manis walaupun saya hanya membaca dan menterjemah ilustrasi dibawah. Jom sama-sama hayati puisi Daim buat sang isteri. Pastikan tisu masing-masing ditangan. Sob.

“Zahiril berpura-pura terjumpa kertas dalam tuxedo, ketika itu Shera sedang khusyuk mendengar lagu I will always love you – ungu, yang dinyanyikan abang Zahiril, tiba-tiba Zahiril bangun dan menujukan puisi buat isterinya, yang magisnya ada mic tersembunyi dalam tuxedo beliau”





“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.
 
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana.

Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu.
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik.

Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau,
bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku,
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,

Selamat menjadi menantu ibu bapaku,
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku. 

Selamat menjadi keluargaku,
 
Selamat menjadi pelengkap hidupku.


Selamat menjadi separuh dari aku.”

^___________________^

credit to :













9 comments:

  1. So sweet..
    Bertuah shera nieh..

    Semoga diorang bahagia smpai hujung nyawa ;)

    ReplyDelete
  2. Allah...Sweetnya!

    ReplyDelete
  3. myra : tau xpe.soooooo sweet!

    sis mieyza : sweet sangat kan.

    ReplyDelete
  4. oohhh...sooo sweeetttt...

    ReplyDelete
  5. ieyla : huhu.sweetttt sangat!!

    ReplyDelete
  6. comel sgt..

    spe x terharu kan bila hubby bg puisi khas..heeee

    ReplyDelete
  7. ira : hehe.tula comel.

    ReplyDelete
  8. Ceh patot r si Eyda tu angau ngn lagu nie skunk!! haha

    ReplyDelete
  9. hh : haha.pasai tu la kot.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...