Bukan nak emo sangat sebenarnya. Lagipun teman baik saya ada cakap..."Marah tu sifat mazmumah. tapi bersuara mempertahankan hak dan kebenaran tu yg penting, jgn diturutkan je oleh hati yg rapuh . huhu:) ALLAH kan ada, try tnye Dia :)"
Ok!saya tukar tajuk skit. 'Boleh tak sesiapa ajar saya untuk jadi seseorang yang lebih tegas?'. Mungkin itu lebih sesuai. Saya teringin untuk tanya cikgu-cikgu yang mengajar sekolah rendah di luar sana. Macam mana anda berdepan dengan murid-murid yang nakal. Adakah anda pukul mereka?rotan?atau sekadar marah? mungkin juga buat tak tahu dan tak nampak kenakalan mereka? Macam mana pula nak lebihkan ajaran pada pelajar yang terkurang ajar? Yang usianya kategori remaja? Yang sedang alami proses tumbesaran dalam keadaan memberontak. Yang tak hormat orang yang lebih dewasa atau tinggi tarafnya. Perlu dirotan? Dimarah di hadapan awam? Dipaksa denda berlari keliling padang 10 pusingan? Owwhhh..atau berdiri atas kerusi? Saya memang marah (marah dalam hati) kalau pelajar kurang hormat orang yang lebih dewasa tambah-tambah dengan kata-kata dan perbuatan yang menyakitkan hati. Tapi saya tahu dan amat mengerti. Saya pernah lalui zaman remaja (ok! maksudnya saya tidak remaja lagi? Sudah semakin tua rupanya) Zaman remaja zaman memberontak, sukar kawal emosi dan perasaan, tambah-tambah bila terpengaruh dengan pujukan dan hasutan rakan yang berhati batu. Bertambah memberontak bila dimarah, dipukul. Jadi pendekatan apa yang patut digunapakai?

'Awak pergilah marah dia! dia kurang ajar!'. Saya dimarah kerana saya tidak bertindak memarahi seorang pelajar. Adakah saya perlu jadi hipokrit semata-mata kerana mengikut mitos itu? Setiap kali pelajar buat silap kena marah, denda dan pukul???
'Maaf saya bukan begitu' (jawab dalam hati lagi)..sambil mengangguk mengikut arahan.Saya dekati pelajar itu. Pegang tangannya (gurl yer) dan peluk bahunya erat-erat. Saya tahu dia ada sebab tersendiri untuk menjadi terkurang ajar. Saya tahu api kemarahannya tak dapat mengawal emosi amarahnya. Saya peluk dia makin erat kerana tika itu saya menganggap dia seorang anak, bukannya seorang pelajar (mudanya saya untuk jadi seorang mama). Dia menangis!! Teringat pula abang saya pernah cakap pada mak masa saya menangis lepas buat kesalahan suatu masa dulu.
'Biar dia menangis. Dia rasa bersalah la tu'
Dan sekarang saya tahu, anak saya menangis kerana dia rasa bersalah. Saya nasihat lagi. Tanya kenapa dia tergamak terkurang ajar sebegitu. Kenapa dia buat itu, ini bla bla bla. Sampai satu tahap saya sendiri hampir menangis. Menahan sebak didada. Lalu saya bersuara...
Lalu kami berdua sama-sama tergelak....
p/s: Saya hampir mengaku kalah sebenarnya..owhhh..
*Tiba-tiba saya rasa jadi serangga atas tu best. Dia bukan jenis pemarah. Dia sangat cool...* |
No comments:
Post a Comment