Saya tahulah anda seorang anak emas kesayangan bos, pernah dapat anugerah 'Pekerja Paling Berdedikasi" 5 tahun berturut-turut pula. Tapi takkan kerja lapan hari seminggu non-stop. Anda fikir anda mesin ATM kah? OK! Pada yang tak pernah nak ada cuti rehat tu, saya senaraikan perkara-perkara di bawah. Kalau ada berkaitan anda, makanya anda memang
* Anda kerja keras untuk siapkan segala macam tugasan yang diamanatkan bos atau supervisor hinggakan anda tak sedar baju kerja anda sudah tiga minggu tidak terbasuh. Ok! Kalau anda termasuk golongan ini, baiklah anda berhenti kerja dan buka bisnes dobi.
* Anda sibuk kerja sampai satu tahap anda jadi pelupa sebab dalam fikiran anda hanya ingat kerja, kerja dan kerja. Termasuk kategori kronik bila anda lupa hari, lupa hari Selasa ada pasar malam kat taman perumahan anda, lupa ulang tahun perkahwinan anda, lupa hari jadi anak tunggal anda, lagi tambah kronik seorang anda yang muslim lupa ke masjid untuk bersolat Jumaat gara-gara anda ingat hari Khamis. Baiklah kiranya anda bertukar jadi sebuah peti sejuk.
* Anda gila obses pada kerja sampaikan tiada masa terluang untuk bawa anak-anak pergi playground seberang jalan depan rumah anda, bawa isteri pergi pasar, bawa anak-anak tengok papa mereka main futsal, bawa gf atau bf tengok wayang. OK! Anda sebenarnya sangat selfish. Baiklah kiranya anda pindah duduk dalam hutan jadi renjer. Opss. Renjer pun ada masa lebih dari itu.
* Berat badan anda sudah susut gara-gara motto hidup anda 'Kerja Untuk Hidup' bukannya 'Makan Untuk Hidup'. Tapi mungkin bagus bagi anda yang terlebih berat dapatlah kurangkan berat tanpa guna produk-produk dipasaran. OK! Jadi ambillah cuti dan gunakan cuti anda untuk nikmati makanan kesukaan sepuasnya. Contohnya "hari ini aku nak belanja diri aku makan Tomyam Seafood kerana berjaya tidak pernah ambil cuti selama lima tahun bekerja"glupp!!
* Ini pun tragis juga kalau termasuk kategori anda. Kerja pergi awal pagi balik lewat malam. Lapan hari seminggu. Sampaikan jiran sebelah rumah sudah 3x bertukar penghuni anda masih belum sempat berkenal-kenalan. Jangan sampai satu hari anda bertembung dengan jiran baru dan dia bertanyakan soalan cepu emas pada anda 'Abang kerja jadi guard kat mana? Pasaraya Ah Meng ke?'. Tak pasal-pasal Ah Meng dapat nama.
Sekian.
OK! saya sudah penat otak. Selebihnya anda fikir dan sambung sendiri kategori manakah anda. Yang pastinya masing-masing punya matlamat sendiri untuk kerja, bayar segala bentuk hutang piutang, keperluan harian, sara ibu-bapa, sara isteri, sara anak-anak, sara suami? glupp. tapi janganlah sampai anda tidak adil pada diri sendiri. Diri kita punya hak untuk beristirehat daripada lakukan rutin yang sama berhari-hari. Kerja bukan sekadar tanggungjawab tapi juga IBADAH.
p/s : Hujung minggu ni dapat cuti. Yuhuu. rasa mahu bercuti ke N9. Ada tempat menarikkah disana??
saya setuju ngan yg 1 dan 5,,
ReplyDeleteHahahhahhha
haha..kalau terlebih keje sampai lupa nak makan, memang sangat xpatut..
ReplyDeleteiyllienaz: haha..sokong2x..mmg tak patut..
ReplyDeletemama rifqy: bukak bisnes dobi kt opis konpem untung..muahaha..