Para Pengikut..

Klik Me =)

Thursday, 3 June 2010

Doktor cinta kurang bertauliah..

Entri mengenai 'Awak terlalu baik,saya tak layak buat awak'..

Saya bukan doktor cinta. Bukan juga pencinta setia. Aku memang pencinta wanita, namun ku bukan buaya..Eh! termenyanyi pulak. Tapi bila seorang kawan lelaki bertanyakan pendapat tentang isu cinta dia, saya terpanggil untuk menjadikan ia juadah entri kali ini (mukadimah dah macam penceramah dah.hehe)

Dia (watak dalam entri ini) menyalahkan perempuan 100%. Katanya ..
'Kenapa perempuan masa sayang semua elok dipandang, bila dah tak suka atau ada pengganti semua yang elok dijadikan alasan untuk menjauhi'. owhh!! Sebagai perempuan saya terkedu. Kurang asam jawa dia berkata begitu dihadapan saya kaum hawa yang dikutuknya. Owhh lagi..

Saya tak menyebelahi mana-mana pihak. Jadi saya suruh dia berada dalam dua situasi. Perempuan kan berjiwa lembut, sensitif, ingin selalu didampingi. Jadi bila jantung hati jauh dari sisi kebarangkalian rasa sayang akan menyusut dengan sangat menebal. Tambah-tambah bila seseorang jejaka datang menjamah kekosongan. Lantas hati terus terusik. Dan terus dipertimbangkan siapa paling baik, siapa paling penyayang, siapa paling mengongkong dan biasanya yang berdekatan dengannya akan jadi best man win..owhh!!Lalu dia yang tak tahu apa-apa cuma terkedu bila diberitahu..
'Awak terlalu baik, saya tak layak buat awak..kalau ada jodoh kita adalah tu'


Gambar sekadar hiasan

Mungkin betul dia terlalu baik sehingga tiada alasan untuk berpisah dengannya. Dan kebaikan itu pula dijadikan alasan untuk melepaskan diri. Bila dipikir memang tidak adil kan. Seolah-olah dia dijadikan sandaran. Bila dah jumpa yang lebih baik terus ditinggalkan. Cuma saya cakap pada dia..
'Awak bersyukur masa masih couple awak diperlakukan macam ni,macam mana kalau masa awak sedang tunangan dengannya atau dah jadi suaminya. Tentu lagi menyiksakan bukan?'
'Maknanya Tuhan memang nak awak dapat yang betul-betul terbaik untuk awak'
Sian dia, dah 3x diperlakukan sebegitu sampai akhirnya dia tiada hati untuk bercinta lagi.

Hidup memang penuh dengan kejutan yang kadangkala buat kita rasa tiada semangant untuk terus hidup.Tapi cuba convert daripada sesuatu masalah yang negatif kepada pengalaman yang positif. Cuma kita kena jadi sedikit hipokrit la. Contohnya kita frust menongeng bila pasangan minta putus. Jadi cuba fikir dari sudut positif. oK! contohnya mungkin seperti...
'Tiada jodoh aku dengan dia, mungkin dia belum cukup baik untuk bimbing aku kelak'
Mungkin kita akan rasa sedikit lega bila berprasangka positif. CUBALAH..=)


p/s: Nampaknya saya kurang layak berbicara tentang cinta..haha..jadi jangan serang saya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...