Saya rasa sibuk sangat akhir-akhir ni. Tapi tak tahu sibuk untuk apa. Sampaikan banyak agenda saya tertangguh. Sehingga sesetengah orang cakap saya macam tak bersungguh-sungguh lakukan sesuatu. Maafkan saya cikgu!! Ini beberapa agenda yang tertangguh. Dan minggu lepas saya cuba settlekan walaupun ada yang 100% belum capai target. Sekurang-kurangnya yang lain berjaya dicapai. Terima kasih buat yang menemani saya.
Satu Pasang tinted dan spoiler. Berjaya dengan ditemani my best friend cikgu Nani yang comel kami pergi ke kedai Champion. Nasib baik mereka dulukan agenda saya. Terima kasih tokey. Satu setengah jam jugak la bergosip-gosip dengan cikgu Nani barulah tinted siap dipasang. Spoiler pula habis stok. Means kena datang lagi lain hari. Tunggu tokey hello la jawabnya.
Dua Pergi baiki laptop. Cadangnya nak baiki di kedai Dynabite. Namun masih berkira-kira nak baiki atau beli baru??nampaknya terpaksa bersabar dulu dengan kerenah laptop yang demand nak duk tempat yang beraircond barulah ia tak mati. Huh!ok!hanya yang nie 100% belum capai target.
Tiga. Pergi kedai cincin. Mula-mula nak jual cincin sebab nak amik cincin yang takde permata. Alih-alih mereka cakap harga lepas susutnilai tigapuluh sahaja. Sedangkan harga beli setahun lepas tigaratus.Ouch..errr..harga emas murah ke?takpaham saya. Jadi kesimpulannya bagi jer mereka baiki semula cincin yang rosak itu dengan sepuloh ringgit.
Empat. Pergi kedai baju ambil baju yang ditempah 6minggu lepas. Sangatla lama nasib baik tak bersawang baju ni. Akak tu pulak sampai termenung lama memikirkan nama saya. Betapa lamanya saya tinggalkan baju dikedainya. Tapi bila testing baju nie ketat la pula. Adakah berat saya naik mendadak sampai tak muat baju ini? dan lagi akak tu cakap tempahan raya sudah ditutup. Arghh..betul la. Raya pun dah nak dekat. Cepatnya masa berlalu. Kan?
Lima. Pulangkan buku yang dipinjam 4 April 2010 yang lalu. Itupun dengan bantuan kawan kakak saya. Kalau tak confirm tak terpulangkan lagi buku tu. Harga denda lewat adalah RM8.90 bersamaan 89 hari buku tu duduk diam-diam atas rak buku saya. Sekarang dah lega tak perlu fikir-fikir hari yang free untuk pulangkan buku.
Saya sudah sedikit lega. Namun banyak lagi agenda lain yang tertangguh. Harap Tuhan terus kurniakan saya kesihatan berpanjangan. Amin..=)
No comments:
Post a Comment