KLIK banner di atas untuk sertai. |
Pages
Sunday, 30 November 2014
Giveaway kerusiburok: Ole-Ole Phuket!
Tuesday, 25 November 2014
Annual Dinner 2014 di SACC.
Malas nak story panjang lebar. Tengok gambar je okeyyy.
Monday, 24 November 2014
Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com
- Menggebu dan mencerahkan kulit
- Menghaluskan kulit dan menghilangkan jeragat
- Menghilangkan parut dan kedutan
- Membantu menghilangkan bintik- bintik hitam
- Melembapkan kulit dan menaikkan seri wajah
- Membuatkan kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang
- Menanggalkan semua kotoran, minyak dan sel kulit mati
- Menghilangkan parut jerawat & jeragat
- Menghilangkan ‘blackheads’ di muka
- Menanggalkan kesan solekan dengan efektif
- Memberi kesan kesegaran sepanjang hari
- Badan tidak melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh
- Boleh menghilangkan bau badan
- Memudarkan kehitaman di celah-celah badan dan bawah lengan ( ketiak )
- Bearberry Alpha Arbutin A Extract paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Bersama-sama dengan Glutathione ia membantu menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam
- Glutathione. Kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit. Ia mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.
- Kolagen. Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.
- Ciri-ciri antioksida. Apabila sabun yang mengandungi ciri-ciri antioksida, ia benar-benar boleh memberikan kesan yang baik pada kulit anda. Ia dapat membuang racun yang dihasilkan oleh badan dan melindungi kulit anda dari kerosakan yang sedia ada dan selanjutnya.
- Ciri-ciri anti-penuaan. Pengggunaan EPHYRA SKIN BAR secara konsisten dapat merangsang pembentukan kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle / kerut)
- Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti pencemaran, matahari, iklim, asap rokok dan sebagainya.
- Pencerahan kulit. Tidak semua sabun dapat mencerahkan kulit anda. Ada yang tidak boleh benar-benar memberikan hasil yang anda harapkan. Tetapi dengan EPHYRA SKIN BAR, dapat dilihat kecerahan kulit yang mengagumkan tanpa pengelupasan kulit, dan selamat digunakan.
- Glutathione bertindak menghalang pengeluaran melanin dalam kulit anda sehingga memberikan efek lutsinar dan kulit anda bercahaya semula jadi dan berseri-seri. Selain daripada itu semua, ia tidak hanya berfungsi sebagai sabun pemutih tetapi produk penjagaan kulit lengkap yang menghilangkan masalah kulit untuk semua lelaki mahupun wanita.
- EPHYRA Skin Bar ni berkesan ke? Insyallah berkesan, kerana dah lebih 300 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus
- Skin bar ni boleh tahan berapa lama? Ephyra Skin Bar adalah 50g boleh tahan selama sebulan.
- Apa kandungan dalam Ephyra Skin Bar ni? Glutathione, Kolagen ikan, Ekstrak Carrot, Bearberry Alpha Arbutin A Extract, Banana Enzyme, Rice Bran Oil, Glycerin & Aromatherapy fragrance
- Berapa lama nak lihat kesannya? Bergantung pada individu, ada yang boleh rasa serta-merta kulit lebih halus dan tegang, ada yang pakai 3 hari dah nampak kulit makin cerah, dan jerawat makin kecut. Rata-ratanya akan nampak kesan ketara dalam 1 minggu.
- Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, Ephyra Skin Bar sangat berkesan dalam menghilangkan parut jerawat serta jeragat degil kerana ada kandungan Bearberry Alpha Arbutin A Extract bersama Glutathione yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau berlubang.
- Macamana nak guna? Basahkan sabun dengan air, biarkan ia berbuih sedikit dan terus sapu pada muka. Urut seketika dalam 2-3 minit. Untuk kulit bermasalah, boleh urut sedikit lama dalam 5 minit. Bilas sepenuhnya, dan sapukan pelembap anda seperti biasa ( boleh guna toner dan pelembap dari jenama lain )
- Setakat ini, hanya Ephyra Skin Bar saja? Ephyra ada dalam bentuk minuman kesihatan dan kecantikan (Ephyra Premium & Trial Pack). Ia lebih untuk merawat dalaman dan seterusnya memperbaiki luaran kita. Ephyra Skin Bar adalah produk kedua selepas kejayaan produk Ephyra di pasaran, melengkapi produk Ephyra kerana bukan saja dalaman kita terpelihara malah luaran juga diperbaiki dan lebih sempurna. Jika guna kedua-duanya ( minum Ephyra dan guna sabun Ephyra Skin bar) , kesan yang menakjubkan akan diperolehi.
- Boleh guna sekali sambil minum Ephyra drinks? Boleh. Sangat digalakkan.
- Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh tiada masalah. Sabun Ephyra Skin Bar membersihkan segala kotoran dan sel-sel kulit mati dan sangat ‘mild’ dan boleh digunakan bersama toner dan pelembap dari jenama lain.
- Kalau ada resdung, boleh pakai? Boleh.
- Ada kesan-kesan sampingan tak? Macam menggelupas ker? Pedih kalau kena matahari ke? Tiada kesan sampingan. Ephyra Skin Bar, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit. Ephyra Skin Bar tidak mengandungi Hydroquinone.
- Boleh pakai kat badan sekali? Boleh, ia sangat lembut untuk dipakai di muka, sekaligus boleh digunakan di seluruh badan.
- Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
- Bilakah Ephyra Skin Bar akan dijual di pasaran? Insyallah Ephyra Skin Bar akan mudah didapati dari pengedar dan kedai-kedai terpilih bermula Januari 2015 nanti. Saiz untuk jualan adalah 50 gram dengan harga RM40.
Masalah kulit yang dihadapi. Jelaskan kenapa anda perlu dapatkan Ephyra Skin Bar.
Selain mempunyai masalah kulit yang kering, warna kulit saya jugak tidak sekata dan terdapat bintik-bintik hitam. Walaupun kulit saya bukan jenis sensitif iaitu jarang jerawat singgah tapi kulit cepat gelap walaupun kena matahari sekejap hingga membuatkan kulit jadi kusam dan tak bermaya. Saya berharap dengan penggunaan Ephyra Skin Bar kulit saya menjadi sihat, lembab dan warna yang sekata.
Tergoda jugak akhirnya.
Salam uolls..
Baru lepas hantar suami kat muka pintu.hehe. Hope selamat sampai Dungun. Hari ni hujan pulak setelah 2,3 hari panas terik. Bersedialah rumah-rumah yang biasa dinaiki air. Simpan barang-barang penting siap-siap. Alhamdulilah umah sewa kita ni kawasan tinggi. Susah skit kot nak naik air. Harapnya pun macam tu lah.
Eh, apesal tajuk macam menyimpang ke laut je. Ehehe. Sebenarnya kita dah tiga minggu kot tak minum ais. Gigih sangat. Tengahhari matahari terpacak atas kepala pun order tea o panas. Ni gara-gara lelah yang makin menjadi-jadi. Kalau minum jugak sendiri tanggungla kan. Tapi semalam cuaca panas sangat. Panas sampai nak menjerit rasa. Bukak kipas pun wap panas yang terasa. Lalu tergoda lah dengan ais. Ambik kau tiga gelas minum tea o ais. Hahaha. Tanggung la akhibat malam tadi lelah. Huhuhu.
Hurm,asben pulak tibe-tiba je perut loya, rasa nak muntah tapi tak muntah. Mula-mula ingat salah makan, tapi apa yang dia makan saya pun makan. Pastu dia cakap mungkin mabuk naik bas. Haha. Sori asben,tergelak pulak. Yela. Hari Sabtu kitorang naik bas dari Kuantan-Dungun. 2 jam je kot asben. Asben pulak memang jarang sangat naik bas. Baru 3x seusia hidup. Fine. Ye la kot mabuk naik bas. Bas pulak macam nak runtuh, dengan macam-macam bunyi lagi keluar. Duk sit tengah pun macam sit belakang sekali. Adui. Ok lah. Get well soon my dear.
Thursday, 20 November 2014
Berbowling bersama famili terchenta.
TIPS MUDAH BERSALIN
Ni saya dapat kat Facebook. Konon senang nak baca share ke wall sendiri. Tapi nanti lama-lama mesti susah nak carik kan. So kita tempek sini untuk panduan bersama.
- 2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga.
- Bila sakit nk bersalin, makan sebiji telur mentah.
- Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka
- Rebus epal hijau pastu makan time tgh sakit contraction
- Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin
- Time kat labour room, banyakkan membaca al-fatihah dan doa nabi Yunus serta sebut "Ya Fattah" berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin
- Amalkan minum air kelapa hujung2 nk bersalin. (nanti baby lahir kulitnya bersih je)
- Makan kurma dalam bilangan ganjil
- Banyakkan berjalan, naik tangga ke... Exercise sebelum deliver baby
- Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby
- Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang
jari2 kaki and tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina. - Masa proses meneran, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak.
Jangan angkat punggung semasa meneran sbb nt koyak teruk - Amalkan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut
- Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin
kuat, tarik nafas dan lepaskan cepat-cepat. - Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri,Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air
- Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu
- Minum air Selusuh. Lebih baik kalau dibuat sendiri oleh suami.. Berkat kata orang.