Pages

Wednesday, 12 November 2014

Ole-ole dari Langkawi.

Salam uollsss..
 
Minggu lepas kan mil,fil n adik ipar pegi Langkawi. Wahhh bestnya. Saya pun tak pernah jejak kaki lagi ke Langkawi. Huhuk. Pastu semalam adik ipar datang jalan-jalan bawak sekali ole-ole mil kirim untuk menantu hantu kesayangan dia. Haha. Plisss. Jangan ada suara-suara sumbang cemburu okey.
 
Coklat Daim peberet sangat ni. Saya ni kurang gemar makan gula-gula. Kalau dapat gula-gula doorgift kawin tu sampai berbulan-bulan dalam fridge. Pastu last-last bagi anak buah, takpun bg student, takpun dapat doorgift gula-gula bagi siap-siap kat opismate sebelah meja.
 
 
Haha. Seronok pulak dengar pengalaman mil ke Langkawi yang adik ipar cerita. Mil kan bergaya, nampak muda jer sentiasa sampai orang ingat mil ni anak Pak Nasir (fil). Hahaha. Suka lah tu ma, orang puji dia muda. Hehehe. Tapi satu yang saya nampak rahsia muda mil adalah sentiasa murah dengan senyuman. Ramah dengan orang sekeliling, sentiasa buat orang menyenangi beliau. Tu la rahsia awet muda. Pastu nak keluar kemana-mana sentiasa cantik dan kemas. Takde selekeh-selekeh.
 
Eh, ma bagi kain batik jugak. Tq tambah koleksi kain batik saya yang tak seberapa banyak ni. Hehe.
 
 
Pastu pegi Langkawi opkos la ada minyak gamat kan. Banyak pulak tu ma belikan. Ni stok bertahun-tahun ni ma. Kan katanya menantu ni lelah, siap belikan minyak pala tu lagi. Tq banyak-banyak ma. Luv u. Muaahhh. (Bajet macam ma baca je blog ai. hakhak)
 
 
Suka jugak adik ipar datang. Yang datang dua orang macam 10 orang dah riuh satu rumah. Masak simple untuk dorang. Dapur pon kering dengan stok barang basah. haha. Lain kali datang Kuala Trg jangan lupa singgah makan. Hehe.


10 comments:

  1. Sedap kan coklat Daim! Ana suka gak.

    ReplyDelete
  2. Ana : akak pon suka. Peberet sangat =)

    ReplyDelete
  3. aaaa...boleh beli kain batik langkawi ke? kite nak beli.. tapi takut..sebb kat kastam kata x boleh bawak batik langkawi keluar..sobsss.. time nak balik tu, tak check pon..gerammm betul...

    ReplyDelete
  4. Daim tu sedap kan :D

    ReplyDelete
  5. yoorin melacolea : heee..mil kita beli je.tapi tak banyak.beli sikit boleh la.

    ReplyDelete
  6. Azcona Nur Azleah LMF : hehe..dah habis lah yunk..

    ReplyDelete
  7. Cik Iman : yup.sedap sangat.heee.

    ReplyDelete
  8. in shaa Allah 3disember ni aida ke langkawi. kursus. yeszaaaa...!

    ReplyDelete
  9. Aida : Wah bestnya..bleh beli daim banyak-banyak =)

    ReplyDelete