Pages

Tuesday, 18 November 2014

Hujan oh hujan.

Salam uollss..

Baru bersiaran lepas balik dari Shah Alam. Jumaat Sabtu Ahad di Shah Alam attend bengkel, staff award, annuar dinner n staff assembly. Balik Dungun hari Isnin (semalam) cuti plak. Masuk kerja hari ni terus blur. Haha. Hari ni ujan lebat sangat. Pagi tadi pon macam tak nampak jalan dibuatnya. Semua kereta bawak 30kmj.  Sebenar dah 2-3 hari hujan berterusan di Terengganu ni. Adik laki saya pon ada duk upload gamba kat whatapp group famili bagitau laman umah mak dah melimpah air sampai kat anak tangga. Air hujan bertakung kat padang samapi melintasi jalan. Biasanya kalau hujan berterusan macam ni mesti kitorang dah standby letak moto kereta kat luar jalan sana. Risau jugak kalau air makin naik susah nak keluarkan kereta.

Rindu pulak zaman kecik-kecik. Zaman tak takut pon banjir. Seronok sangat kalau musim tengkujuh.

Depan umah mak ada padang, kalau musim tengkujuh mesti kat padang tu penuh air dah jadi macam lautan dah sampai la laman umah mak penuh air. Pastu kitorang ni, saya adik abang kakak dan sepupu-kawan-jiran sebelah umah mesti pegi mandi air banjir. Haha. Seronoknya.

Buat rakit guna buluh or batang pisang.

Tangkap anak haruan yang kaler gold tu. 

Cabut ubi kayu, rebus cicah nyior. Mak bancuh air kopi. Nikmatnyaaaaa..

Nampak je kelibat moto ayah balik cepat-cepat lari balik rumah. Kalau tak nanti ayah mengamuk. Haha.

Pastu umah mak ada telaga, kalau musim tengkujuh hujan lebat eksaited sangat bangun pagi nak tengok air telaga sampai paras mana. Ada jugak sampai boleh cedok ngan gayung. Banyaknya hujan masa tu.

Kadang-kadang kalau hujan lebat sangat mak tak bagi turun so duk diam-diam dalam rumah. Tapi opkos la tak diam. Main batu seremban, tutup botol tu, karom, congkak, tak pun main pondok-pondon guna selimut n kusyen. Haha. Owhhh, kitorang selalu jugak main cari harta karun. Sampai panjat-panjat dinding nak cari harta karun punya pasal.


Rindunya. Rindunya.










2 comments:

  1. huhu..rindu jugak kenangan masa kecil waktu musim bah. bila air naik kat pokok ubi mak,bngun pagi2 tolong mak cabut ubi n lepas tu ambik kesempatan main air sama. main air sampai kecut bibir..smpai terketar2..dah sejuk g telaga mandi pkai gayung. naik umah duk selubung dalam selimut. sejukk.. oh..memori..

    ReplyDelete
  2. Sis Eyta : Tula awok eh.rindunya...

    ReplyDelete