Para Pengikut..

Monday, 7 January 2013

Tudung Half Moon.

Salam uollss..

Boleh tak nak up entri yang ringkas, simple tanpa penceritaan panjang. Tanpa belit-belit bahasa. (eh,eh. mukadimah pun dah panjang kan)

Sana sini dah bergaya dengan tudung half moon kan. Kat Terengganu ni paling murah RM45. Hari tu pegi Masjid India dapatla RM30. Tupun dah puas bodek sakan. Beli la jugak sebab tak pernah pakai lagi tudung neh. Oh. Senangnya nak pakai. Tak payah belit-belit la jawabnya.







Sunday, 6 January 2013

05 Januari 2013...Officially....

Salam uollss..


Alhamdulillah.
 05 Januari 2013 secara rasminya kami hidup berdikari. Hidup berdua. Susah senang kita harungi bersama. Ewahhh. Macam lagu la pulek..

Malam tadi kemas rumah lagi dan lagi. Tapi rumah still macam titanic karam. Tak sempat kemas habis lagi. Plus set bilik tidur tak angkut bawak masuk lagi. So, baju merata-rata. Dalam beg, dalam bakul, dalam paper bag, dalam plastik hitam pun ada baju. Jangan en.beliau pegi buang ingatkan sampah sudah..

Kosong..kosong...


 Pergi Lavino sangat best. Sebab perabotnya cantik tapi harganya mampu milik. Kualiti tu tak tahu lagi. Harapnya boleh bertahan lama. Thehehe..

 Mari berehat-rehat di ruang tamu sambil menonton berita utama TV3. Huahuahua..Kisah pasal perabot sangatla macam-macam hal. Mula-mula dah beli perabot A. Kemudian masuk dalam kereta duk story pasal perabot B yang cantik tadi. Keesokannya siap col Lavino balik nak tukar nak perabot B pulak. Haha. Nasib baik la tuan kedai sangat baik orangnya. Lepas sesi bodek-membodek siap dapat free gift kerusi yang harganya seratus lebih jugak..Hehe. Terima kasih en.beliau tukang bodek-membodek...

 Suka cermin besar tinggi dalam rumah. Sob. Bajet tak lepas. Jadi kita beli cermin kat Mydin saja okeyy.

Peace no war. Peace la sangat kan. Duit mengalir macam air. Ngehngehngeh..


 Peralatan-peralatan dapur pulak. Jumpa je kaler hijau mesti en.beliau akan cakap..
"Ni tak nak ambik ke, kata suka kaler hijau.."
Akhibatnya..80% peralatan yang dibeli kaler hijau. Terima kasih kerana memahami. Kihkihkih....


Plz en.beliau, saya nak sebijik oven kaler hijau..pleaseeeee..



Wednesday, 2 January 2013

New year, new life, new environment..

Salam uollls..

Alhamdulillah. Sesungguhnya Tuhan adalah sebaik-baik perancang.

Hari tu sebelum kahwin lagi pernah merancang pasal kehidupan lepas kahwin. Masa tu en.beliau masih bekerja di Dungun. Jadi sebab saya kerja di Kuala Terengganu jadi kami rancang untuk menyewa rumah di antara Dungun-Kuala Terengganu. Mungkin di Marang.

Kemudian sebulan lepas kahwin en.beliau bekerja di Kuantan. Lalu masa tu terus musnahkan segala perancangan yang di buat. Masa tu terus tak nak fikir apa-apa pasal rumah. Dan saya menetap bersama keluarga. Dan kami biarkan masa-masa PJJ berlalu begitu saja tanpa sebarang perancangan.

Tanpa disangka-sangka September membawa khabar gembira buat kami. En.beliau dah berjaya pindah kerja ke Kuala Terengganu. Jadi gudbye to PJJ.

Kami menetap di rumah famili saya. Tapi yelah. Sampai bila nak duk dengan famili kan. Nak jugak rasa hidup berdikari sendiri.

Merata tempat mencari rumah sewa yang selesa, yang dekat dengan tempat kerja beliau dan saya. Akhirnya jumpa jugak. Walaupun rumah ni adalah pilihan kedua tapi bersyukur jugak sebab sekurang-kurangnya dapat rumah kan.

Tadi keluar survey barang-barang elektrik plus keperluan rumah. List utama adalah mesin basuh, peti sejuk dan TV. Mak aihhh. Beriban-riban jugakla jawabnya. Tu tak masuk lagi rak tv, meja makan, sofa, rak kasut,tong gas, peralatan lain-lain-pinggan, sudu, lesung batu, kuali, baldi, besen, tikar, karpet, pasu bunga..oiiioiiioiii. Ni nak masuk rumah sewa ke rumah sendirikkk???


Ni la gaya laki mak nak. Yang tak masuk dalam list pulak di tanya macam-macam. Satu jam kot kat kedai elektrik tu. Sabo jer la..

Malam ni nak pegi mengemop umah sewa. Daaaaa...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...