Para Pengikut..

Monday, 5 October 2015

Persiapan barangan si adik baby -Part 2

Salam uolls.

Dah masuk week 30 dah. Tiap kali orang tanya dah berapa bulan. 7 bulan ai jawab. Pastu mesti disusuli pertanyaan barang baby dah beli ke. Dah packing masuk beg ke. Dah letak siap-siap dalam kereta ke. Ok. Mak nebes nak.

So, macam biasa la saya ni pjj kan. Tunggu weekend asben balik baru seronok menyoping. Haha. Malam Jumaat kitorang laki bini kuar menyopping lagi. Kali ni beli barang semua tinggal la lagi 10% kot belum settle. Barut baby nak beli siap ke nak tempah jahit. Yes, barut baby je kot belum settle lagi. Kalau nak jahit my sis ada, dia boleh jahitkan. Nak beli siap pun ada je kawan yang jual.


Shopping kali ni beli kat pasar raya dekat jugak ngan rumah. Harga pun ok nak compare kedai lain. Diapers pun sampai RM5 beza. Kelako asben. Dia kan jenis suka benda pelik-pelik yang lain dari lain. Haha. Pastu nampak je kasut stokin baby yang unik skit terus nak beli. Terus saya cakap kat ig tu lagi la banyak yang lagi cantik lagi unik tau. Terus letak balik atas rak. Hehe. Botol susu pun nak bentuk unik. Sukati awak la asben. Lega tau dah settle barang baby. Boleh standby siap-siap letak dalam beg dan dalam bonet kereta.


Cuma keperluan saya ni la tak settle lagi. Takpe anak. Mak dahulukan awak dulu yer. Yang saya punya ni dah survey dah nak beli apa kat mana, tinggal nak terjah je.

Semoga awak deliver mengikut due yer wahai baby. Semoga Allah permudahkan. Aamin.

12 comments:

  1. seronok kan beli barang2 baby.. best sgt!
    jijah anak kedua ni pakai je abg hakimi punya.. tp nnt beli gak yg baru sikit..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jijah, hehe..jijah pon best tak lah kalut sangat nak beli baru2 semua.leh pakai yg abg kimi punya =)

      Delete
  2. part ni paling seronok kan..klu boleh nak beli banyak barangan baby

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti..hehe..tula..duit mengalir macam air..hehehe..

      Delete
  3. Anonymous8:49 am

    Hi, the whole thinmg is going well here and
    ofcourse every one is sharing data, that's genuinely excellent,
    keep up writing.

    my homepage :: Inside Out Bubble Thoughts Cheats

    ReplyDelete
  4. salam singgah follower ke #499
    semoga sihat walafiat bersama baby ya dah banyak tu barangan baby nampak nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Noriah.tq singgah cini =) aamiin atas doanya =)

      Delete
  5. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  6. sonoknya shoping barang baby..ank 1st memang sume kene beli.. semoga ade kesempatan lik kpg tgk baby awok.. hehe..xsabo eh nak timang ank sedara baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis..hehehe..insyyaAllah awak =)

      Delete
  7. aida doakan yg terbaik utk iza :)
    lepas ni memang penuh la blog ni dgn citer baby...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.tqvm aida.mudah-mudahkan Allah permudahkan segalanya =)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...