Para Pengikut..

Thursday 12 November 2015

Bengkak kaki semasa mengandung.

Salam uollss..
 
 
Hari ni dah 35 weeks 5 days. Lagi 2 hari cukup 36 weeks. Pagi tadi nak pegi kelas rasa kasut ni macam ketat semacam jer. Rupanya kaki dah membengkak. Ai is nebes. Biasa dengar orang cakap kaki bengkak ni tanda nak beranak dah. Terus gugel. Heheh.
 
 
 
 
Bengkak pada buku lali dan tapak kaki (dikenali sebagai oedema) berlaku dalam kehamilan kerana badan anda menyimpan lebih banyak cecair daripada biasa.
 

Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan bengkak?

Ubat-ubatan yang membantu buah pinggang mengeluarkan air dan sodium sebagai cara untuk membuang cecair dari dalam badan (iaitu ubat yang berbentuk diuretik) tidak sesuai diambil semasa hamil. Sebaliknya, gunalah kaedah-kaedah berikut untuk mengawal kebengkakan.
  • Naikkan kaki bila-bila anda boleh, untuk membantu melancarkan peredaran darah. Jika di tempat kerja, letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja anda. Di rumah pula, cubalah baring mengiring ke kiri, kerana ini boleh mengurangkan tekanan pada vena kava bawah.
  • Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat. Dan jangan cuba menyilang kaki semasa duduk.
  • Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali. Jika ini tidak berjaya, tanyalah ahli farmasi atau doktor mengenai stoking tekanan (compression stockings).
  • Bersenam selalu, terutamanya berjalan, berenang, atau dengan menggunakan basikal senaman.
  • Jika anda membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki.
  • Jika kulit anda tidak terlalu tegang dan sakit, anda boleh minta seseorang untuk mengurut buku lali dan tapak kaki anda, hingga ke lutut. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki.
Anda juga boleh mencuba rawatan semula jadi berikut untuk mengurangkan bengkak.

Ingatlah, walaupun buku lali anda yang bengkak ini mungkin tidak menyelesakan, keadaan ini adalah sementara sahaja. Seperti juga kesan sampingan kehamilan yang lain, ia akan hilang sejurus anda melahirkan.
 
 
Okey. Pasni bleh try tips atas tu .




4 comments:

  1. masa pregnant takde pulak kaki membengkak.. badan yg mengembang je.. huhu.. tak tau laa 2nd baby ni camna.. ni awal2 pon dah kembang yang amat..sobss

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee..atas orang kot.ada yang 7 bulan dah kembang kaki.kita ni kembang 2 hari then ilang la.

      Delete
  2. wah da nak bersalin ekk iza...
    good luck.
    moga semua nanti ok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah masuk 9 bulan dah awk.nebes nehhh...hehe..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...