Salam uollss.
Lama menyepi dari arena mencoret-coret di blog nih. Sibuk dengan kerja hakiki seharian sampai terabai terus blogku. Apapun ada masa free sikit tetap kena mencoret di sini sebagai memori kelak.
So lepas kisah 2nd pregnancy yang ectopic tahun lepas Alhamdulillah tahun ni Allah hadirkan lagi rezeki zuriat didalam rahimku.
Kisahnya bermula bulan Januari 2022 tu Mr.P delay 3 hari. Saya yang selalunya on time ni terus la berharap ada rezeki kali ni. Masa tu takde apa-apa simptom lagi. Tapi kebetulan UPT test banyak stok di rumah so saya pon cek la.
1st time test tu mula-mula keluar double line tapi macam tak berapa clear. Then kita konon nak sorok dulu dari husband. Kononlah nak surprise kan husband kan. Tapi daku terkejut campur keliru. Terus panggil husband suruh tengok nampak tak double line tu. Husband cakap pandangan mata dia nampak ada 2 line tapi tak berapa clear. Ni cek 7/1/2022.
Subhanallah. Kalau memang ini rezeki kehamilan ke-3 yang Allah tetapkan ku bersyukur ke hadratmu atas segala nikmat pemberianmu. Masa tu takde lah nak excited sangat sebab banyak jugak baca history kawan-kawan ectopic tu 2nd pregnancy diorang pun ectopic after 1st ectopic tu.
Gembira dan berdebar dalam masa yang sama. Tapi sedapkan hati semoga semuanya baik-baik saja. Lepas 1st time check tu saya sentiasa alert kalau ada pendarahan atau sakit perut macam pengalaman 1st ectopic haritu. Sentiasa berjaga-jaga masa drive, elak bawak laju-laju atau langgar lubang. Kat rumah pun takde buat kerja berat-berat sangat. Makan pun berjaga-jaga. Lepas tu 2,3 kali jugak buat upt test. Masih lagi double line yang semakin clear.
Ni lepas 3 hari test lagi. Masa ni dah nampak makin clear.
Then seminggu lebih macam tu test lagi. Banyak nau stok upt yang ada. Haha. Ni dah makin jelas kelihatan. Lepas tu takde test dah.
Nak pergi cek klinik awal-awal tu takut still tak nampak apa lagi. Jadi saya hold dulu sampai 7 week.
7 week baru check kat klinik swasta nak pastikan kandungan dalam rahim. Masa ni memang dah pesan kat husband jangan bagi tahu sesiapa lagi selagi belum confirm. Tapi bagi tau jugak kat mak & mak mertua suruh doakan semoga kandungan ni selamat berada dalam rahim.
Minggu ke 7 macam tu pergi checkup kat klinik swasta. Pilih klinik yang doktornya ramah sikit boleh kita bercerita itu ini dan doktor yang kita dah biasa pergi. Masuk bilik doktor tu cerita la kat doktor history ectopic semua tu. Naik bed doc scan. Nangis la depan doktor tu bila doktor cakap kantung elok dalam rahim. Masa tu nampak kelip-kelip dia berdegup. Subhanallah. Terima kasih Allah. Selepas 6 tahun menanti anak ke2 Allah hadirkan ujian kandungan ectopic supaya mami kuat terima ujian dariNya dan 3 bulan kemudian Allah ganti kesedihan tu dengan kandungan dalam rahim.
Alhamdulillah. Now dah 27 week. Kehamilan ni sama macam yang sulong jugak. Takde morning sickness, takde pening muntah apa. Masih mampu masuk dapur dan melakukan kerja-kerja rumah seperti biasa. Doakan semoga kandungan yang sentiasa dinantikan ini selamat & saya sihat hingga melahirkan. Dijangka 12 September nanti. Tak sabar Abg Long nak dapat adik 😘.
Jaga diri awok. Semoga selamat semua ya.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tahniah. Semoga dipermudahkan segala urusan.
ReplyDelete