Para Pengikut..

Tuesday, 7 December 2010

Pakaian sesuai untuk pegi mengajar? Macam ini kah?

Salam 1 Muharram kalian..

Tiba-tiba tukar profesion jadi penasihat fesyen. Entri ni khusus untuk para cikgu-cikgi diluar sana. Terharu tak saya publish entri untuk korang. Heh!

Hari tu sembang-gosip dengan sorang kawan baik. Dia ada tanya 'Eh, ko g kelas dressup macam mane eh?'. Yela wajar lah dia tanya bila tengok dressup keluar jalan-jalan saya macam budak baru habis SPM lagaknya. Jadi mari kita bersembang-gebang tentang dressup untuk cikgu atau dengan istilah lain pendidik.

- Sebab tugas pendidik ni banyak berhadapan dengan pelajar dalam kelas atau kuliah atau sebagainya, jadi haruslah memakai pakaian yang memberi keyakinan diri. Jadi kena ambil serius tentang warna. Pakailah warna yang ceria, cerah, terang supaya bagi selera untuk pelajar tengok kita. Jadi jangan heranlah kalau pelajar terangguk-angguk konon paham (rupannya tersenguk-senguk mengantuk) kalau kita pakai baju kaler suram.

- Baju korang tu janganlah ketat sangat. Agak-agakla nak tonjolkan pinggang kerengga pun tak perlu lah dalam kelas. Kadang-kadang ia akan membuatkan sesetengah pelajar kureng selesa.

- Lagi material kain jangan jarang melampau-lampau. Pelajar-pelajar korang tu tentunya dah pandai-mandai semua. Nanti tak khusyuk dengar korang mengajar asyik duk tilik je baju korang macam ikan buntal.

- Dah jadi cikgu-cikgi ni sah-sahlah kena banyak baju. Sarat satu almari takpe asal korang jangan rotate baju sama. Sebab mereka-mereka ni teliti.

- Paling penting harus kemas. Pernah tak korang nak pegi mengajar letrik takde nak iron baju? huh! Parah kan. Jadi saranan saya korang iron la baju untuk seminggu terus, atau untuk empat hari terus ke. Hep! Tapi saya tak buat pun. Haha. Saya nak pegi kerja baru iron baju pagi itu jugak. Bijak tak?

- Pasal kekemasan lagi, taula korang dah pandai ikut style ribbon-ribbon tempek kat selendang tu. Tapi saya rasa la kan macam kurang sesuai untuk pegi mengajar la. Kalau korang student sweet jugak style macam gitu. Nak pakai selendang lilit-lilit pun agak-agakla. Janganla serabai macam xsempat-menyempat datang opis kejar masa. Kalau macam gitu baik korang pakai tudung Rozita Che Wan tu jer.

- Pasal match in pulak. Bukan nak jodohkan korang dengan cikgu sekolah yang hensem wei. Ni tentang ketersamaan ton baju dan tudung juga kasut. Dulu zaman sekolah orang selalu pakai baju sama ton kaler ngan tudung. Contohnya kalau baju kaler biru mesti pakai tudung biru yang lembut sikit. Masa tu takde yang berani pun lagi pakai shawl segala. Tudung bawal je masa tu. Kemudian beralih ke tudung harus sama dengan kaler yang paling sedikit dekat baju. ( Khusus untuk baju bercorak la) Contohnya kalau baju biru tadi bunganya kaler hijau. Jadi tudung pakaila kaler hijau. Dan saya rasa ia masih dipraktikkan sampai sekarang. Dan sekarang dah ada yang berani pakai jer campuran kaler ape pun asal bahagia. Macam shawl dengan anak tudung kaler 2, 3, 4 layer tu. Tapi style ni dah diterima orang sekarang kan. Lawa jugak walaupun kombinasi kaler sikit pun tak sama dengan kaler baju. Yang penting keyakinan diri harus ada. Yeah!

- Kaler kasut yang sesuai untuk mana-mana kaler baju ialah hitam dan coklat. Pakai kaler ini takde masalah nak pakai baju kaler ape pun. Ok. paham semua anak kecil?

Ni antara dialog yang membuktikan student-student ni teliti dari setiap aspek pemakaian kita :

' Cikgu, lawalah cikgu pakai tudung style macam ni. Ni tudung Rozita Che Wan kan cikgu'. Haa..Bila korang tukar jer style bertudung terus diorang dpt kesan. Tapi jarang la keluar dialog yang buat korang rasa nak cabut je tudung kat situ jugak seperti ' Cikgu tak sesuai la pakai tudung macam ni, muka cikgu nampak gemuk' Owhh. Pedih menusuk kalbu.

'Cik, pandai la cik pakai pashmina ni. Macam mana cik lilit-lilit tu? Cik ajarlah kami. Nanti cik buat bengkel pemakaian pashmina eh' Owhh, mentang-mentang hantar assignment lambat bodek-bodek saya takut kena potong markah yer.

'Cikgu, lawala kasut cikgu. Dahla heels tinggi. 4 inci eh cikgu. Nanti dah kerja saya pun nak pakailah heels macam ni' Ok. Baiklah. Kalau kamu kerja kat site nak beli heels cenggini jugak ke. Kental kamu membodek yer.

Dan juga dialog ini...

'Cik, saya nampak cik minggu lepas. Cik cuti kan. Saya nampak kat kenduri sedara saya. Baju ni jugak la cik pakai kan'. Ok. Pasrah!


Jadi apa-apa pun komen dari pelajar samaada memuji atau mengeji kena pertimbangkan. Kadang-kadang pendekatan mereka memuji dan memerli (2 in 1 kau). Jadi sendiri mahu paham yer anak kecil.

[Sampai senget kepala duk kemas meja. Meja professor kan. Haruslah macam gitu.]

P/S : Semoga Lembaran Hijrah yang baru ini para pendidik sekalian bertambah ikhlas dan semangat untuk mendidik anak bangsa. Owwhh. terharu seminit.

Sunday, 5 December 2010

Suka la kaler hijau. Korang pun sama ke?

Dasat la tajuk entri. Siap tanya soalan lg tuh.

Macam biasala. Dah ni blog saya yang punya, jadi cerita pun cerita tentang saya lagi. Kalau meluat korang tak payah la baca (ceh! dalam blog pun ada hati nak merajuk)

Mari sembang-gebang tentang kaler kecintaan. Korang suka kaler apa? Siapa yang menginspirasikan korang untuk cintaan kaler itu? Saya jatuh cinta dengan hijau. Dah lama. Rasanya jatuh cinta secara tiba-tiba. Orang cakap love at the first sight. Heh! Jadi bila dah cinta kaler itu semua benda yang dibeli harus kaler itu. Dari mug, cadar, brooch, pembalut softboard kat opis hinggalah bantal dalam keta. Okes.

Macam sorang opismate saya dia minat kaler coklat hinggalah banyak-banyak baju yang dia ada semua ton-ton coklat aje. Errr.. hye Sis Ina..Heee..Dan untuk tahun yang akan mendatang saya akan terus meneruskan kecintaan terhadap kaler hijau. I lobiu green!



[Tengok! comey tak? comey tak? Usia dah nak meningkat bulan depan masih geram tengok benda-kecik-comey- ini] 

[ Sediakan payung sebelum ujan.'Aunty,kaler hijau takda ka?'..'Ada,sana banyak lagi'. Perlu ke payung pun kaler hijau?]


[Gambar enterprem yang wajib ada. Pasrah jela]


[ Ok. Pakai hijau supaya rasa yakin diri terus duduk bersandar dan bersilang macam bos-bos. Pang!]

P/S : Gambar bukan dalam keadaan kondisi asal. Kebanyakan diedit menggunakan kecintaan Photoshop. Wah, banyaknya kecintaan saya.

Saturday, 4 December 2010

Mari membowlingkan diri.

Assalamualaikum semua..

Penyelewengan tatabahasa dalam blog tak perlu disangkal lagi.

Sabtu dengan bumi yang basah. Ditimpa-timpa hujan musim tengkujuh. --> Wah,wah..dah jadi penyajak pulak saya yer.

Hari ni ada aktiviti riang ria staff opis. Kerana hujan jadi kita main bowling saja. Tak kan nak main hujan pulak yer. Seawal jam 10 semua sudah berebut kasut bowling di kaunter. Mari main dengan bersungguh. Walaupun hanya untuk satu game sahaja. [Keciwa]

Dan hari ni seperti kata pepatah malang itu tidak berbau. Yer, tapak tangan terkena kaki payung yang patah. [Tu pun nak cerita? bukan ke ini entri pasal bowling..owhh..suka hati saya la. Blog ini saya yang punya.] Nasib baik cuaca sejuk jadi darah sekejap je mengalir keluar. Errr...logik ke? Kental mahu main bowling jugak jadi masuk ke supermarket kejap beli hansaplast.


[Tengok. Kan betul. Nampak tak tapak tangan ada cop sirim. Pasni boleh excuse untuk basuh pinggan gelas sebab pedih terkena sabun. Thee]

[Ni paparazi mana snap gambar saya? Pakai kasut pun ada yang ambil gambar curi. Lain kali bagitau nanti boleh saya peace. Pang!]

[Wah wah wah. Pantang nampak jantina lain disebelah saya mula la nak bergosip yer. Tak perlu la femeskan muka skandal  opismate]

[Eh, eh, apesal setiap gambar perlu ada yang pakai tudung purple tu. Baiklah. Tanya diri sendiri]


[ Ha, tengok. Ada lagi dia]

[dan lagi. Hei, udah-udah la enterprem]


[Gambar kecintaan. Setiap gambar harus ada pemilik tudung purple. Pasrah!]

[Woaaa. Golek-golek jangan masuk longkang yer anak kecil]

[Dah. Dah. Ini gila kuasa nak dia sorang dalam gambar. Siap dengan stokin dan kasut bowling lagi. Off hp simpan dalam beg!]

P/S: Apesal setiap gambar harus senyum nampak gigi? Korang ambil gambar mcm tu jugak ker?





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...