Para Pengikut..

Showing posts with label Monolog dalaman. Show all posts
Showing posts with label Monolog dalaman. Show all posts

Monday, 15 December 2014

Pengalaman mendewasakan.

Salam uollsss..
 
Bosan-bosan ni mari sembang-sembang.
 
Hari ni kebosanan kat opis. Ada dua-tiga orang yang bercuti plus cuti bersalin plus masih warded di hospital. Sunyi sepi jer rasa. Terengganu plak 2-3 hari ni dah start hujan balik setelah berminggu-minggu panas. Ni hujan lebat, hujan sekejap-kejap langit gelap tak nampak matahari macam nak datang banjir peringkat ke-2 je ni. So, hati-hati lah pada yang rumah kawasan rendah tu okeyy. Sediakan payung sebelum hujan.
 
 
*****
 
Masuk hari ni dah seminggu drive sendiri setelah lebih-kurang lima bulan kot pergi kerja menumpang opismate and kalau balik Dungun or kemana-mana dengan asben mesti dia ada teman sebelah. Hurmm. Kadang-kadang bila kenangan tu datang masa tengah drive pon tiba-tiba rasa menggeletar lutut. But life goes on. Istigfar banyak-banyak, ingat Allah banyak-banyak. Macam mana sekalipun saya kena kuat dan berdikari. Ceewahh. Ayat nak tenangkan diri nampaknya.
 
Ujian Allah bagi untuk matangkan kita, untuk mendewasakan kita. Semoga kita terus kuat untuk hadapi segala ujian dariNya.
 
 
*****
 
Sedih bila ada yang masih perli soal zuriat. Dan sebenarnya lebih ramai yang bagi kata-kata semangat berbanding yang bagi kata-kata perli menyakitkan hati. Tapi macam yang saya cakap mengalaman mendewasakan. Bila ada blogger pm saya, kawan wassap saya tanya "Kenapa Fizah nampak kuat sangat, macam rileks je even dah nak masuk tiga tahun belum dapat rezeki zuriat"
 
Kenapa??
 
Sebab terlalu banyak ujian Allah bagi pada hidup saya, pada keluarga dan kawan sekeliling..hingga saya rasa cukuplah, cukup sangat dengan rezeki Allah bagi setakat ini. Bukan tak pernah berusaha, sentiasa berusaha terutama mengharap dalam doa, namun tak pernah pon mempertikaikan kekurangan kerana rasa sudah terlebih dengan apa yang Allah bagi.
 
Melihat orang terdekat bercinta bagai nak rak, kawin punya anak berderet-deret namun akhirnya tiada jodoh, suami kawin lagi, cerai isteri dengan anak berderet-deret yang kadang-kadang tak cukup makan, tak cukup pakai. Nauzubillah. Saya bersyukur punya suami yang menyayangi saya seadanya, punya keluarga besar tempat bergantung harap, punya keluarga mertua terutama ibu mertua yang tak pernah anggap saya sebagai menantu, tapi anggap saya sebagai anak kandung sendiri. Menyayangi saya sedalamnya, menyuap makanan untuk saya, berkongsi apa saja dengan saya, terlalu mengambil berat. Allahhh. Betapa saya tak pernah rasa kesunyian dengan kasih-sayang yang Allah sampaikan melalui keluarga sekeliling.
 
Dan bila dua kali mengalami kemalangan seusia perkahwinan ini barulah saya sedar, betapa Allah menyayangi saya. Masih panjangkan usia saya supaya masih dapat merasa dan memberi kasih sayang. Dan bila satu saat saya kemalangan seminggu sebelum Ramadhan yang lalu lagi bertambah rasa syukur. Kereta terbabas berpusing 2-3 kali dan dalam kereta saya mampu menyebut nama Ya Allah, Ya Allah berkali-kali. Dan ketika kereta berpusing saya hanya nampak tiang elektrik di hadapan hingga kereta merempuh tiang elektrik dan tembok batu.
 
Hancur luluh hati ini.
 
Namun bila suami, mak dan ayah mertua sampai memeluk saya dengan erat dan mengatakan betapa bersyukurnya mereka melihat saya selamat....Ya Allah...Andainya saya sudah punya anak ketika itu, dan terjadi apa-apa pada anak saya macam mana entah rasanya. Mungkin yang punya anak saja tahu perasaan itu. Syukurlah Allah masih panjangkan usia saya. Dan kerana itu saya menjadi setabah dan sekuat ini. Terima kasih Allah atas pengalaman ini.
 
Dan ingatlah ujian Allah untuk mendewasakan kita, Allah tak kan uji kita dengan apa yang tak mampu kita depani, makin kuat Allah uji makin menjadikan kita kuat. Dan andainya kita rasa ujian ini terlalu berat buat kita percayalah ada yang diuji lebih berat dari ini dan mampu hadapinya..
 
 
 
 


Saturday, 22 September 2012

Memuji di depan mengeji di belakang.

Salam uolllss..



1) Seseorang yang suka memuji di hadapan. Tapi mengeji di belakang.

2) Seseorang yang tak pernah puji depan-depan kita, tapi kita selalu dengar manusia bercerita yang dia selalu cakap baik-baik tentang kita.




Korang prefer yang mana?


Situasi satu.
Saya bukan jenis suka memuji orang. Jadi saya akan rasa rimas kalau ada yang memuji tambah-tambah menda kecik pun boleh jugak nak puji. ‘Wow, sedapnya awak masak megi neh??’**Motif la masak megi pon nak puji kan. Bukan masak rendang. Tu as example lah. Bila orang puji lantas hati saya mesti berdetik. Ikhlas ke neh? Kalau ikhlas simpan puji dalam hati. Sebab kadang-kadang puji-pujian terhadap manusia yang melampau-lampau akan buat kita hanyut seketika. Kita yang memuji mugkin tiada niat nak melambung-lambung mereka di awangan, namun mereka yang dipuji akan rasa macam tu. Akan terkesan dihati. Yer. Bila saya tulis ni baru saya perasan saya memang sukar memuji. Kalau memuji pun menda tu akan automatic keluar dari mulut. “Wah, lawa baju awak. Baju baru eh”. Yeah. Truly, baju awak seyes lawa. Satu lagi bila kita asyik duk memuji seseorang dan satu hari bila ada perkara yang kita tak puas hati dengan dia dan kita luahkan pada seseorang mesti akan timbul isu “Kau apehal, ari tu duk memuji sangat dia tu baik hati, cantik, comel, lawa..hari ni kau cakap dia pakai baju koyak pulak”. Adeh.



Situasi dua.
Bila kita masak kita tunggu dia komen. Senyap je. Aku masak ni sedap ke tidak? Kurang garam ke, terlebih manis ke?? Susahnya nak memuji kan. Kita duk tertunggu-tunggu la bila satu hari dia nak cakap “sedapnya awak masak neh”. Haaa. Haru jugak. Kesian kau. Kemarau pujian kan. Tapi tup-tup dengar orang duk sembang-sembang “Ada orang cakap awak masak sedap, hari ni awak masak lah yer”. Ngeh ngeh. Baru lah rasa diawangan-awangan.


Korang suka yang mana? Suka memuji atau dipuji. Atau dua-dua tak suka??


Biasalah. Musim-musim berPJJ dulu. Duk belek-belek gambar en.beliau. Kemudian masa tu pulak ada cerita Mahabbah. Yang Fathia berlakon tuh. Gilewww setia tunggu depan tv tengok cerita tu hokeh. Pastu leleh-leleh air mata nangis sebab sedih sangat. Kemudian ada OST lagu Kapan Lagi. Haha. Kemain semangat terus wat montaj.












Sunday, 17 July 2011

Tentang kesabaran.

Boleh tak saya nak menjerit disini.
ARRGHHHHHHHH!!!!

Ops sori. Maaf ganggu kamu sedang study.

KESABARAN
Andai kesabaran itu macam gula gula Cholairs.
Saya rela untuk berlagak seperti patung di supermarket
dan
pura-pura tiada apa yang berlaku.

Tapi saya bukan patung
Saya manusia biasa
Punya hati dan perasaan
dan
perasaan saya ibarat puding gula hangus
sensitif amat.

Maafkan saya bila tidak menjadi diri saya hari ni.
Bila saya luahkan amarah buat kamu
Kerana kesabaran sudah goyah.
Sudah tiada tunasnya.
Dan
tak perlu lagi menyirami dengan kata-kata manis
Kerana ia sudah tiada maknanya lagi.

Saya rela meninggalkan semua yang manis-manis disini.
Sudah tak mampu bertahan lagi.
Maafkan saya..

Kesabaran kadangkala menyakitkan.


Monday, 11 July 2011

Kadang-kadang sikap manusia pening untuk dimengertikan.

Salam uolls..
Entri ini tentang mengutuk seseorang yang suka mengutuk.

Itu hari saya menelaah la satu blog neh. Dulu saya pernah baca satu entri panas dalam blog beliau.
Entri tu bukan panas 18SX walaupun kebanyakan entri beliau punya istilah-istilah bukan untuk bacaan umum. Entri tu pasal blogger jugak. Dan saya review entri tersebut tanpa segan silu. Kalian belek2 la entri tu dalam label 'perspektif saya'.

Tapi kali ni saya nak review keseluruhan blog beliau. Tak nak link ke page beliau nanti tak pasal-pasal gaduh-gaduh maya. Saya agak beliau punya tahap pengetahuan paras master la. Memang banyak isu beliau utarakan. Politik, semasa, cinta dan banyak pasal komen blogger lain. Sayang sangat.
Pengetahuan tinggi tapi dengan cara menjadikan blogger-blogger lain subject matter untuk mencantikkan bait kata dalam setiap entri.

Bukan memuji tapi 'menganjing'. Maaf. Memang nampak kasar. Tapi di tempat saya ayat tu memang tak nampak kasar selain memberi maksud memerli.Berbalik kepad beliau. Saya respek tabik spring beliau berani terang-terangan komen itu ini begitu begini kepada blogger-blogger lain
Yang punya style tersendiri, punya minat tersendiri, bahkan punya peminat tersendiri.

Tapi kalau dia berani tunjukkan diri terang-terangan tentu saya akan tabik dengan kedua-dua belah tangan dan kaki. Kenapa tak tunjuk muka kalau ikhlas mahu orang berubah.
Ibarat seseorang ustaz didatangi seseorang hamba Allah untuk minta nasihat tentang ilmu agama.
Tapi ustaz hanya menyampaikan dari sebalik pintu tanpa bertentang muka.
Ya. Macam tak yakin untuk sampaikan ilmu yang ada.Begitulah. Macam mana nasihat itu ingin masuk terus menusuk ke ruang fikiran untuk berubah.
Sia-sia beliau menaip 500 patah perkataan.

Saya bukan menyebelahi sesiapa. Tapi bila mention nama seseorang, letak gambar mereka, dah mengaibkan seseorang. Contoh tajuk entri 'aku benci perempuan gedik' pum pang pum pang keluarkan komen, nasihat,vdalil semua. Last2 ada gambar blogger lain dengan caption 'gambar sekadar hiasan'. Okeh. Saya bagi definisi skit kat hangpa.

Sebenarnya gambar tu visual yang menjelaskan lagi perkara yang sukar dimengertikan melalui teks.
Kalau org malas baca entri 500 patah perkataan kau mesti terus dia beranggapan tajuk berkait ngan gambar.
Kenapa kau tak tulis entri 'ramai remaja terjebak gaung pelacuran' lepas tu letak gambar awek ko.
Tulis caption 'ini awek aku,tapi gambar ni sekadar hiasan'. (apehal teremo berkau beraku pulak).
Ok. Saya tulis 500 patah perkataan pun bukan beliau baca. Jadi harap blogger lain yang nak cuba jadi seorang yang maha misteri. Korang fikirla tentang kandungan entri tu. Tak perlu kot sampai nak menghentam individu lain. Kita semua berkongsi ruang maya yang sama. Tak perlu kita rasa entri kita hot ramai pengkomen sedangkan ada yang kurang senang dengan kita.
Sekian.



Sunday, 3 July 2011

Kerana saya anak tengah.

Salam uolls.

Siapa anak tengah?
Kalau korang nak tahu, anak tengah sebenarnya memiliki sifat-sifat yang fleksibel untuk mendepani apa jua keadaan dalam kehidupan.
Mereka cepat matang, mampu mengawal emosi juga perasaan dan bertindak untuk menyenangkan semua pihak. Kadang-kadang mereka cepat terasa, pandai membawa diri, lebih berdikari, percaya dengan diri sendiri, yakin dengan keputusan yang dibuat juga mudah mengalah.
Ada lagi..
Anak tengah lebih menurut, mudah bertolak ansur, lebih mudah mengalah untuk mengelak pertentangan.

Berbanding dengan anak sulong yang kuat memerintah atau terlalu bertegas apabila membuat keputusan, ego dan jarang hendak mengalah.


Dipetik dari buku karangan Dr. HM Tuah Iskandar bertajuk Membina Jiwa Serasi



Saya tak paksa korang untuk percaya. Tapi mengikut pengalaman saya dalam 80% betul la. Ada sedikit sipi-sipi mungkin bergantung pada faktor persekitaran atau keturunan kot la.

Mungkin ada anak tengah yang selalu kena buli dengan anak sulong.
mungkin juga ada anak tengah yang selalu kena mengalah dengan anak bongsu.

Tapi bila kita fikir dari sudut positif, sebenarnya bila situasi tu berlaku dan kita membesar dengan situasi tu kita sebenarnya menanamkan benih kesabaran dalam diri kita. Memang kita tak patut biarkan orang buat kita sesuka hati dan kita rasa tidak adil andainya kita terpaksa tadah telinga bersabar bersabar dan bersabar.

Tapi sebenarnya Tuhan sayangkan kita bila kita bersabar. Biar Tuhan yang membalas semuanya.
(ceewah. Tiba-tiba jadi pakar motivasi pulak disini. Sila tutup telinga mendengar ceramah perdana saya)

Saya senyum bila seseorang itu memberi cadangan.
"Saya rasa cik kena lebih garang"
Macam mana saya nak tumbuhkan pokok durian kalau saya tiada benihnya. Saya membesar dengan kesabaran bila sering mengalah dalam semua hal. Ya. Maafkan saya. Mungkin saya boleh berlakon.
"Hokeh!!siapa masuk lambat berdiri atas mejaaaa!!!!!!!"
Haha. Teater sudah tamat. Tak perlu skrip itu lagi.

******
Itu hari ada seseorang tengking saya. Tapi saya hanya mendiamkan diri bersabar.
Yer. Walaupun bukan salah saya.
Ceh!Konon anak tengah yang pandai mengawal emosi.
Tapi mengawal emosi luaran jer. Dalam hati menangis. Ceh!

Kemudian saya ceritakan pada en.beliau. Dia marah sebab saya berlembut sangat.
Dia marah sebab saya mengambil pendekatan berdiam diri.
Kalau bukan salah kita kena tegaskanlah!! hokeh. Saya pula yang kena marah.
 Siap dia suruh sound kat empunya badan..
 'Kau ni tak puas hati apa ngan aku?'.

Itulah anak sulong. Tegas, ego, tak boleh orang cuit sikit, ribut taufan dia balas. Tapi sebab saya anak tengah kot. Jadi saya tak terlintas di hati untuk ikut cadangan dia si anak sulong.

Diamkan saja. Kerana marah itu sahabat syaitan.
Semoga Tuhan jauhkan kita dari sifat amarah..

Sekian.
 
Silalah beli buku motivasi Dr Tuah.
Beliau akan buat hati kita lebih tenang hadapi setiap dugaan.
Kerana kalau kita rasa masalah kita sudah besar dah sukar diatasi,
 masalah orang lain mungkin sejuta kali lebih besar dari kita. yer.
Yang pasti Tuhan sayangkan kita bila menghantar manusia pelbagai ragam untuk menguji kita.
Terima kasih Tuhan.


Wednesday, 29 June 2011

KAWAN atau SAHABAT??

Salam uolls.
Ini entri tentang persahabatan.

Mudah ke mencari kawan? Semudah mendapatkan seorang sahabat? Barangkali. Kenapa orang selalu sebut 'awakla sahabat sejati saya'. Jarang yang sebut 'awakla kawan sejati saya'. Kan. Bagi saya sesiapa sahaja boleh jadi kawan kita. Kat mana-mana jumpa, sesiapa-sesiapa pun dalam satu saat sahaja mereka boleh jadi kawan kita. Hari tu masa zaman kegemilangan pergi kerja naik bas ramai jugak saya dapat kawan. Janda anak sorang, pelajar kolej, mak cik yang jual kat Pasar Payang, pak cik guard bank, abang specky yang punya kedai komik, abang repair kasut. Ya. Macam-macam jenis manusia lagi. Dengan drebar bas pun boleh jadi kawan. Tapi bagi saya untuk bersahabat bukan perlukan masa 2-3 saat atau minit. Perlukan masa dan ruang untuk lebih mengenali. Bila sudah serasi ada kimia barulah boleh bergelar SAHABAT.

**Itu bagi sayalah. 

Ada orang cakap berkawan biar seribu, bercinta biar satu.
Juga ada cakap sahabat sejati sukar dicari.
Sukar ke?

Bila dah berSAHABAT pula tentu sukar untuk mencari SAHABAT BAIK. Kadang-kadang kita merasakan kita terpinggir bila tak punya sahabat baik atau kawan yang ramai. Cuba ubah perspektif, bukan kita yang terpinggir tapi mungkin kita yang meminggirkan diri.

Sahabat baik ialah sahabat yang tidak akan membelakangi kita dalam segala hal yang sepatutnya dikongsi bersama.
Sahabat baik juga yang tidak akan sekali-kali cemburu dengan rasa bahagia yang kita miliki tapi gembira bila kita senang hati.
Sahabat baik akan rasa sedih andai kita menangis, malahan akan sama berkongsi airmata.
Juga saat kita gembira sahabat baik akan turut tersenyum, malahan akan sama berkongsi kegembiraan.
Itulah SAHABAT BAIK.

Setiap orang punya kehendak tersendiri untuk menginginkan nilai yang diperlukan dalam diri seorang sahabat.
Kalau kita mahu dapatkan sahabat yang setia, kitalah yang perlu ada nilai itu.
Kalau mahu sahabat yang jujur dan ikhlas, tanamkan nilai itu dalam diri kita.
Dan semua nilai positif yang lain.
What u give u get back.

ok. Sekian.

Wednesday, 22 June 2011

Dia bukan yang terbaik buat saya.

Sedih bila seorang kenalan ceritakan kisah hati yang tragis. Lama mengharap pada seseorang tiba-tiba dapat tahu dia sudah kepunyaan insan lain. Yer.


Saya bukan tak pernah lalui kisah tragis seperti itu. Dan pernah jer saya ceritakan dalam entri yang sudah-sudah. Bila insan yang saya harapkan untuk menjadi imam dalam rumahtangga sekelip mata jer hilang. Menangis berhari-hari. Sampaikan tengok public phone pun sebak dalam hati tika itu. Masa tu syukur dikurniakan roommate yang sangat baik hati, memahami saya. Acap kali dia dengar saya bersuara mengadu saat tekun mengadap buku makroekonomi “Edah, aku tak boleh studi. Aku teringat Salam” Tiba-tiba jer air mata mengalir. Andai saya keseorangan tika itu tentu jiwa sudah tak keruan. Fikiran jadi tak stabil. Jiwa jadi kacau. Alhamdulillah Tuhan kuatkan semangat saya. Saya fikir dari aspek positif. Mungkin dia kena bertugas di luar negara. Tak dapat hantar berita pada saya. Namun sampai sudah langsung tiada berita. Hinggakan saya terfikir bodohnya seorang saya andai terus mengharap pada dia. Dimulut saya berkata “Takpela. Tuhan pisahkan aku dengan dia mungkin kerana dia tak layak untuk jadi imam aku” Yer. Sebut berulang kali walaupun hati ibarat gelas terhempas pada batu. Memang sukar untuk dicantum semula. Memang tak kan dapat. Serahkan kunci pada pemilik lain supaya saya tak terus dibelenggu ingatan kuat buat dia. Saya pahat nota dalam hati. “Andai dia berjaya buat saya lupakan Salam, dia akan terus jadi pemilik kunci hati ini". Terima kasih Tuhan.

Buat kenalan saya..

Saya tahu kamu sedang berduka. Perit menahan rasa gundah. Tapi fikir dari sisi positif. Tuhan rencanakan sesuatu ada hikmah tersembunyi. Kamu teman yang baik. Dan akan berteman dengan seseorang yang baik juga. Dia bukan yang terbaik untuk kamu. Dan satu hari nanti tentunya Tuhan akan pinjamkan kamu seseorang yang terbaik buat kamu. Cinta tak perlu dicari, ia akan datang sendiri.

Monday, 23 May 2011

Kau fikir kau blogger femes semua orang suka?!!

Macam dah jadi penyakit kan. Asal ada blogger femes je mula la virus-virus menular kat mereka. Hokeh. Jangan salah faham dengan statement ini.

Isu : Blogger kena hentam pasal pemakaian dan penampilan.

Masa follower baru ratus-ratus takde pun yang tegur pasal pemakaian dan penampilan. Bila dah punya follower ribans mula la muncul cik dan encik very da annoyin'.

'Blogger tu bukan cantik pun, aku tau dia edit gambar kasi up lighting'

'Gedik kau aku tengok blogger tu, pakai shawls berbelit2. Bajet Yuna la tu'

Lumrah manusia la kot.
 Memang tak pernah puas lihat orang lain atas sikit. Mula la nak jatuhkan orang lain. Tak boleh dengar berita-berita hot sikit. Mulalah nak canang seluruh dunia supaya orang tahu dia tahu serba-serbi.

Isu : Fake.

Fake ni banyak version la. Ada yang menyamar identiti. Sukarela create id orang lain terutama kat fb. Dats y kena ada copyright pada gambar. Kadang-kadang tak paham apa motif mereka buat macam tu. Saja-saja suka bila tengok manusia terpedaya dengan penipuan mereka. Tak pun mereka peminat fanatik saiko melampau hingga kan sanggup create identiti orang lain. Hokeh. Serius saya tak faham dengan golongan seperti mereka.

Kesian pulak yang jadi mangsa.


Isu : Tak faham kenapa follower kau ramai, tapi content ntah hape2.

Dah nama blog tu medium awam yang semua boleh akses. Jadi toksah la melatah bila orang lain lebih femes dari kau sedangkan kau fikir content kau bombastik.

Saya rasa setiap orang ada style tersendiri dalam berblogging. Ada yang suka tulis kisah hidup mereka hari-hari. Pergi kuliah tersalah pakai baju koyak, dingorat oleh mamat hensem di bus stop, macam-macam lagi. Ada yang suka bagi tips. Macam-macam tips dari tips pemakaian sampaila tips mengorat. (ade ke?). Ada jugak yang suka kongsi info-info. Bagi maklumat bergambar yang menerujakan. Ceritakan tentang berita femes dari surat khabar. Ada jugak golongan mak-mak hidangkan resepi-resepi. Bukan mak-mak saja. Ayah-ayah pun tak terkecuali. Huh!!
Banyak nak senaraikan satu-satu.

Begitu jugak dengan reader. Macam-macam style. Ada yang minah gossip yang suka ambil tahu kehidupan seharian blogger. Ada yang tak pernah miss entri seorang blogger yang bagi resepi memasak yang enak sedap lemak berkrim disukai ramai. Ada yang suka ambik tahu pasal info-info terbaru, berita-berita terbaru.

Ada pulak jenis tak suka.(Yang niela cik dan encik yang very da annoying!!)

 Ada yang tak suka baca blog yang bloggernya suka pamerkan muka bersaiz penuh  satu skrin laptop mukanya. 
'Meluat betul. setiap entri nak tempek muka dia. Dah la pakai shawl belit-belit ntah hape-hape. Pakai baju striking pulak tu. Tak match in langsung'
(Apela yang korang duk sibuk-sibuk sangat dengan style dorang berblog. Dorang punya suka la blog diorang)

Ada yang tak suka blog yang ceritakan kisah peribadi.
'Meluat haku, kucing dia demam pun nak cerita kat blog'
(Dorang punya suka la. Kau dengki apesal?)

Tak suka blogger yang bagi info-info.
'Eiiii. Please la. Lima tahun lepas lagi aku dah tahu pasal info ni'
(Kau ingat kau sorang ke dalam dunia neh?)

Dan macam-macam style lagi. Ada suka ada yang tak suka. Ada yang meluat ada yang teruja.

Cuma saya dapat simpulkan blog ni macam industri musik jugak. Macam-macam gaya, macam-macam-macam lenggok. Semua tu mewarnakan industri musik kita. Dan macam-macam ragam minat manusia. Ada yang suka lagu jiwang, ada yang menyampah gila. Ada yang suka lagu rock. Ada pulak yang serabut dengar lagu rock. Ada yang damai jiwa mendengarkan lagu-lagu berunsur ketuhanan. Ada jugak yang panas teliga tak boleh dengar. Yer. Pelbagai corak.

Macam blog jugak. Ada macam-macam cerita, ada pelbagai gaya. Ada yang benci itu, ada yang suka ini. Ada yang minat blogger itu, ada yang menyampah gilos.

Cuma bezanya..
Musik-Kalau tak minat tak payah dengar!
Blog-Kalau menyampah tak payah baca!

Penat haku membebel. Babai.



Saturday, 14 May 2011

Sedekah??Ikhlas ke korang??

Salam uollllsss..

Itu hari ada dengar sorang ustaz tu bagi ceramah pasal pahala bersedekah ni. Beliau ada cakap...
"Jangan persiakan peluang untuk bersedekah..sedekahlah seminimum yang boleh dengan niat ikhlas. Sebab kita tak tahu bila lagi kita berpeluang untuk bersedekah.."

Selalu kat tempat saya ada jer peminta sedekah tunggu kat luar bank. Kadang-kadang kat pantai pun ada. Memang agak menyerabutkan. Tiap kali lepak pantai ada jer dia datang mintak duit. Muka sama pulak tu. Tengok tenaga ada. Boleh jer kalau cari rezeki dengan bekerja. Dah mungkin bersedekah je kerja yang dirasakan paling sesuai jadi itulah pilihan mereka.

Yang paling tak boleh bla itu hari ada sorang remaja belasan tahun kot. Masa tu saya ngan ex-boy. Remaja pompuan tu datang hulur tangan minta sedekah kat ex-boy (maybe dia nampak saya dah menjeling. Saya kan garang. Warghhh!!)
"Bang, mintak duit sikit, saya yatim piatu. Takde mak ayah."
Hokeh. Saya tak tahu la kenapa ex-boy boleh terpedaya dengan bibir manis budak tu terus dihulurnya RM5. Kalau 10 orang macam ex-boy mungkin budak tu dah boleh beli kain pasang buat raya.

Lepas seminggu dua saya keluar makan dengan sorang kawan kat area stesen bus saya ternampak budak tu lagi. Saya cam dia. Hitam manis, badan gempal. Dia datang minta sedekah dengan akak meja sebelah.
"Kak, nak duit sikit. Mak saya sakit. Tak makan lagi"

Huh! suara lemah longlai. Kalau berlakun kalah la Tiq Zaqyah. Tapi bukan ke ari tu dia cakap anak yatim piatu. Cepat benau dapat mak angkat. Tapi yang harunya, bila dia sampai turn meja saya dia terus pusing blah. Hokeh! Memang kau pelakun terhandal abad itu.

*****
Sebab tu kadang-kadang kita jadi terbantut rasa mau bersedekah. Tapi tu atas masing-masing la. Hanya Tuhan yang tahu amalan kita diterima atau tak. Yang penting kalau nak bersedekah kena ikhlaskan hati. kalau was-was tak perlu la kot.

*****
Tapi saya pun pernah jer tersedekah. Dalam erti kata lain didesak hingga kita bagi duit. Sedekah kah??


Kisah ni berlaku masa saya bergelar pelajar di USM. Jumaat. Masa tu semua kaum Adam sedang bersiap-siap untuk pergi menunaikan sembanyang Jumaat. Saya pulak dalam perjalanan ke Wijayamala (komputer lab). Jumpa la sorang pak cik ni. Umur dalam lingkungan 40an. Beliau bersungguh-sungguh mahu pinjam duit.


“Pak cik nak pinjam duit boleh tak?. Motor pak cik rosak.. Tayar bocor. Pak cik nak pergi rumah sedara. Jauh pak cik tolak motor tadi “

“Maafla pak cik. Bukan saya tak nak bagi pinjam. Saya pun tiada duit.”

“Kan dapat PTPTN. Takkan takde duit kot. Pak cik nak pinjam dalam RM40 je. Nanti lepas sembanyang jumaat pak cik tunggu kat bus stop ni bayar balik duit awak.”

Bersungguh-sungguh benar pak cik tu merayu. Kesian pulak tengok. Bukan saya takde duit masa tu. Tapi saya berbelah bahagi. Boleh percaya ke dia akan datang semula untuk bayar balik duit saya. Saya bukannya kenal dia. Lain la kalau saya jumpa dia hari-hari .

“Tak percaya pak cik ke? Takkan pak cik nak menipu hari Jumaat ni.”

Tapi lepas dipujuk rayu akhirnya saya pinjamkan pak cik tu duit. Empat Puluh Ringgit Malaysia Sahaja. Lepas sembahyang Jumaaat saya pergi kat bus stop yang dijanjikan. Tapi bayang pak cik tu pun tak kelihatan. Berserah je la. Mungkin tiada rezeki saya untuk hari itu. Saya pun terfikir. Kalaulah saya orang ke10 yang berjaya diperdayakan oleh pak cik tu. Mungkin dia dah bergembira dengan RM400 yang diperolehinya.
*******

Saya cerita pada kawan-kawan. Kaw-kaw la kena marah sebab terlalu mempercayai stranger.

*******

Kemudian berlaku lagi kejadian seumpamanya. Masih juga berlaku masa studi di USM. Saya keseorangan masa tu. Terjumpa seorang mamat ni. Muka Chinese look. Saya agak dia orang Sabah dari gaya pertuturan.

“Awak, boleh tak pinjamkan saya duit. Saya nak balik Sabah. Ada emergency tapi saya memang takde duit,”

Saya terpegun. Mudah benar dia minta duit dengan orang awam yang dijumpai di hadapan kedai bakery semata-mata nak beli tiket balik Sabah. Beria-beria jugak dia nak pinjam duit. Bukan pinjam. Dia sedekah minta simpati. Bertegas jugak saya katakan tiada duit. Saya tahu kalau saya bagi dan ceritakan kat kawan-kawan haru kena marah lagi sebab semudahnya terpedaya dengan pujuk rayu stranger lagi.

"Takpe la kalau takde pun. Tapi bagi la berapa pun. Saya takde duit langsung. Saya lapar. Nak beli makanana pun takde duit"

Terus rasa ditipu. Tadi nak beli tiket, nak balik kampung, sekarang lapar pulak. Saya malas nak melayan lagi saya hulurkan jugak kat RM10.  Yer! mudahnya saya terpedaya. Sedangkan sudah terang lagi bersuluh dia memang tak ikhlas.
******

Serik juga rasa. Sebab kita tahu keikhlasan kita. Lepas banyak kejadian seumpanya berlaku, saya lebih hati-hati. Kalau rasa tak ikhlas, ragu-ragu tak perlu hulurkan, kalau Tuhan dah tiupkan rasa ikhlas pada kita, tanpa perlu fikir panjang pun kita akan terus hulur duit.

Jadi bersedekah la wahai diri. Semoga Tuhan permudahkan urusan kita dan permurahkan rezeki kita. Amin.

Tuesday, 26 April 2011

Kan best kalau fikiran ada 'mesin nombor giliran'!!

Salam uolls..

Kan best kalau fikiran ada 'mesin nombor giliran'!! kan?kan?kan?

Yela. Akhir-akhir nie banyak perkara bermain-main difikiran. Sampaikan tak tahu mana satu harus didahulukan. Harus diutamakan. Harus difikir dahulu. Harus diselesaikan dahulu. Jadi best jugak kalau fikiran ada mesin nombor giliran macam kat bank atau pejabat pos.

*satu sembilan satu kaunter nak makan ape malam neh.
*satu sembilan dua kaunter bila nak servis keta ntah.
*satu sembilan tiga kaunter harap-harap budak2 neh jalankan kerja dengan bersungguh2.
*satu sembilan %^G$$^??^^v@===__.....--->mesin rosak!!

Ada ke macam tu? Bleh plak samakan fikiran dengan mesin. Adeh!

Tak kira tempat kepala asyik fikir-fikir-fikir. Tengah tengok tv, tengah makan, basuh pinggan. Sedang tunggu trafic light hijau. Nasib baik tak pernah kena hooonnnn dengan kereta belakang. Maafkan saya. Saya sedang mengelamun!

Kadang-kadang nak tidur pun fikir lagi sampai tertidur dalam fikiran. Eh! Ade ke macam tu?
Tapi yela kan. Selagi otak berfungsi, selagi ada kudrat untuk jalankan ibadah selagi tu la fikiran berjalan.
Ingat kerja pun satu ibadah jugak. (erkkpp!!tak pasal-pasal terceramah pulak)


*satu sembilan empat bila lagi nak makan spegeti yang sedap ini?

Thursday, 14 April 2011

Tips untuk berjimat cermat.

Salam uolls..

Malam nie terlebih rajin skit.
Maklumlah esok saya terpaksa rela jadi pakar motivasi
(walaupun diri sendiri tak termotivasi. Ceh)
 Jadi malam nie mari memotivasikan diri.

Takde la tips sangat pun sebenarnya. Cuma sekarang saya dan kawan-kawan opismate dah mula kurangkan lunch di kedai. Selaras dengan kempen jimat-cermat (yang dilancarkan oleh diri-sendiri) kami nekad untuk bawak bekal dari rumah. Ceeewah. kental hokehhh!!

Sebenarnya memang jimat pun.Makan kat kedai bukannya murah. Dulu pernah bersetuju taraf hidup di Terengganu murah. Sekarang tidak lagi.
 *Mari bertukar jadi calculator kejap.*

Kalau sekali lunch boleh mencecah RM7 atau paling mahal RM8. Paling murah RM5 plusplus. Tu pun kalau minum tea o ais. Walaupun tak semahal ikan patin Temerloh, tapi bagi yang makan kat kedai hari-hari memang agak menipis la wallet menjelang pertengahan bulan.
Jadi purata makan seminggu RM6 x 5 hari = RM30..

Hokehhh!!
Nampak disitu RM30 adalah bersamaan kereta bergerak ulang-alik ke opis selama seminggu. Jadi sekarang bila dah bawak bekal dari rumah secara logik ilmu kira-kira mengatakan kita dah berjimat sangat dan amat.

Moral : Bangun awal pagi untuk masak lauk bawak bekal ke opis. Sekian!

Friday, 25 March 2011

Berapa minit sehari korang keluarkan peluh?

Siapa malas sangat bersenam keluar peluh tu meh sini nak membebel seguni.

Korang nie pemalas betul nak bersenam yer. Dah la pergi kerja naik kereta pasang aircond, dalam opis pun pasang aircond. Kesianla peluh cari jalan keluar tak jumpa. Saya tahu la korang sibuk mengadap kerja menimbun-nimbun di opis, tapi kena excersice jugak biar keluar peluh. Biar keluar toksin-toksin yang tak diperlukan dalam badan korang.

Okes.
Khas buat yang buat-buat sibuk di opis mari kita sama-sama keluarkan peluh yang tak diperlukan!

PERTAMA Kalau biasa pergi opis naik kereta pasang aircond cuba sekali sekala bukak tingkap ambil angin semulajadi. Lagipun sebelum jam 9 matahari bekalkan vitamin D.

KEDUA Kalau biasa naik opis dengan lif. Apa kata sekali sekala korang naik tangga. Agak-agakla nak naik tangga sampai level 20. Tak pasal-pasal pitam kehabisan oksigen.

KETIGA Ada sesetengah perangai suka sangat mengarah :
 'tolong switch on lampu jap',
 'telefon tu wei, ko angkat la wei'
'customer datang tu, kau pergi bukakkan pintu jap'
..dan arahan sewaktu dengannya.
Apa kata lepas ni jangan sibuk mengarah-arah orang lain. Apa kata korang sendiri bangun pergi switch on lampu, angkat telefon atau bukakkan pintu. Sekurang-kurangnya keluarla jugak peluh setitik.

KEEMPAT Kalau korang berperangai suka jer mintak opismate tapaukan nasi, pisang goreng atau apa-apa jer, apa kata lepas nie korang pergi beli sendiri. Boleh jugak keluarkan peluh. 

Ok. Dah. Sekarang ada berani keluarkan toksin dalam badan tuh?? 

Wednesday, 16 March 2011

Pertanyaan tak bleh blah

Salam uolls..

Korang perasan tak. Manusia a.k.a masyarakat atau lebih tepat lagi masyarakat setempat selalu jer bagi pertanyaan tak bleh blah ni. Tak tahu la apa maksud tersirat di sebaliknya. Mungkin cuba bersikap peramah, atau memang semulajadi peramah, atau suka jaga tepi kain orang, atau juga dah memang hobi suka menanya. Ok. Sebenarnya tak tahu la korang alami ke tak. Tapi saya macam tu la...

1. Masa sekolah rendah saya kecik je. (memang la. dah nama sekolah rendah kan). Bila dah masuk sekolah menengah masih kecik jugak. Bila hari raya jumpa sepupu yang dah kawin yang lama tak jumpa diorang selalu tanya "UPSR itu hari dapat berapa A?" atau "Darjah berapa sekolah?"..Padahal masa tu saya dah nak ambil PMR.Uwaaaaa....

2. Bila dah habis SPM pulak saya kerja part time sementara tunggu result SPM. Kerja kedai buku n alat tulis. Jumpa sedara datang kedai tu boleh plak dia tanya saya "Buat apa sini ,tak sekolah ke?" sob sob..

3. Bila dah masuk u pulak, jiran-jiran (mak cik-mak cik) suka sangat tanya " Ambil jurusan apa? cikgu ke?". Okeh. Empat belas ratus tanya nak jadi cikgu ke? akhirnya betul-betul jadi cikgu. Haih!. Ikutkan hati nak jer bagitahu nama penuh Bachelor in New Media Design & Technology. Pastu tanya balik mak cik tu "mak cik tahu ke?"-->sambil buat muka tak bersalah.

4. Bila dah habis belajar pulak sementara tunggu konvocation saya kerja jugak jadi sales girl. Ada pulak beberapa manusia peramah bertanya " lulusan u kerja sales girl je ke?rugi bertahun-tahun belajar" Telan liur sambil senyum bangga menjawab "kenapa? awak nak tolong bayar loan PTPTN saya ke?"

5. Dah konvocation dengan jayanya akhirnya dapat jadi seorang pendidik. Alhamdulilah masin mulut mak cik-makcik atas tadi. Kemudian mak-cik terus bertanya " Kerja apa? kerja sama macam yang belajar dulu ke?" agaknya kalau belajar perakaunan wajib jadi akauntan, belajar grafik wajib jadi pereka grafik, belajar bussines wajib bukak kedai sendiri. owwhhh please. Rasa mahu jer jawab " jadi guard je mak cik"

6. Dah kerja setahun lagi orang mahu tanya " kerja pagi balik malam. kereta tak boleh beli ke?beli yang 2nd hand pun takpe" okes. kalau kau nak bayar ansurans bulanan sekarang jugak haku beli kereta.

7. Ada jugak suara-suara tikus berbunyi " sampai bila nak kerja swasta. cari la kerja kerajaan terjamin sikit masa depan " Hape kerajaan ke bagi jaminan masa depan yang kukuh? Tuhan kan ada. Tu semua Tuhan tentukan dah.

8. Persoalan tak bleh blah " Bila nak kawin ntah dia. Umur dah nak dekat 30an dah. Keja sibuk memanjang. agaknya takde orang nak kot" okes. mak cik ada anak teruna????

9. Bila dah kawin plak sibuk duk tanya "Berapa hantaran dia tu?RM200000???? Mahalnya..jual anak ke?" tak pun sebaliknya la "RM1000????, ni mesti kawin dengan penggangur ni" !!Ada saya mintak duit mak cik untuk hantaran????

10. Dah kahwin 5-6 bulan mesti tanya "Bila nak bertiga pulak nie?"..Kalau 1-2 tahun tiada rezeki mesti duk kecoh-kecoh "Aku rasa dia memang tak mahu anak lagi. Yela. Sibuk duk kumpul harta. Takpun dia tak subur"..Astarfirullah.. Bukannya nak mendoakan "InsyaAllah nanti Tuhan bagi la rezeki. Semua atas kekuasaan Tuhan.

11. Dah dapat anak sorang plak sibuk duk tanya bila nak tambah anak, pastu duk tanya rumah kat mana, umah sendiri ke rumah sewa, bla bla bla bla...(sebenarnya saya dah malas nak menaip. Haha)

Tulah adat dunia. Ada saja yang tak kena. Sebaik-baiknya kita mendoakan sesama Islam barulah setiap pertuturan yang dikeluarkan mendapat ganjaran pahala. Amin.



Thursday, 6 January 2011

Aku pun nak komen tentang entri panas 'Gadis Tudung, Shawls Melaram MENJENGKELKAN'

Sebab tengah hot, aku nak bahasakan diri aku-kau jer untuk entri ni.

Aku suka bace blog Cik Epal. Tapi malam nie entri beliau pelik jer. Rupanya ada blogger buat onar. Biasala kan. Blogger kan punya kuasa veto untuk bahas apa saja dalam blog mereka. Tapi yang aku salute Cik Epal nie, even orang duk dengki kat beliau, beliau cool je. Takdela sampai nak bagi url pengonar tuh. Jadi aku sendiri punya kental mintak pertolongan en.google. Tibe-tiba aku rasa macam penyiasat persendirian la pulak. Akhirnya terjumpa jugak entri itu. Memang menjengkelkan la. Maafla aku ikhlas kutuk sebab aku punya kuasa veto terhadap blog aku. huh!

* Bagi aku la kan. Nak ceramah bagi motivasi kata-kata nasihat dan sebagainya bagus hape. Cuma tak perlu la nak sertakan contoh blogger lain. Hape kau ingat blogger tu robot takde hati perasaan? Pastu nak letak gambar agak-agak la. Apa perasaan kau kalau orang tulis entri macam tu lepas tu letak gambar sekadar hiasan awek kau atau adik kau. Memang kau hangin kan.

* Lagi bagi aku kau dah mengaibkan seseorang kalau kau sebut nama diorang. Lain la kalau kau tulis nama orang yang kau tak tahu kewujudan di ruang maya ni. Entri kau tu bukan kau sorang syok sendiri tulis dan baca. Beribu riban orang bace. (saja jer bagi kau perasan skit)

* Dan last sekali mak esah membebel, kalau kau nak nasihat ke arah kebaikan baik kau tanya betul-betul hati kau. Kalau niat kau ikhlas memang aku salute la. Tapi kalau kau tulis tajuk gila gempak sambil niat nak up trafik aku rasa baik kau simpan niat tu, bungkus dalam kotak hanyutkan tengah laut sana. Sebab kau memang tak gentleman langsung.

Dan nak nasihat punya panjang lebar tiba-tiba penutup kau tulis contoh macam ayat bawah :

"Nak pakai skinny, legging boleh, tapi jalan jangan KENGKANG"


Jadi kau rasa?? Penat owhh kau bagi nasihat panjang lebar..

Ok. Bye. Jangan hentam aku pulak. Aku cuma jadi seorang penguasa veto yang berjaya.

Saturday, 25 December 2010

bila hati rasa tawar.

Publish via mobile. Entri sepatah dua dan tiada gambar. Harap maklum.

Korang pernah tak rasa dahaga amat, singgah kedai makan order tea o ais. Pastu berangan tea o ais yang diorder sedap dan sejuk mengalir kat tekak.

Tiba-tiba sampai air td, minum seteguk, takde rasa apa. Tawar. Tak rasa tea, tak rasa gula. Rasa ais je. Mesti rasa nak siram je mamat order tadi kan. Takpun pegi dapur sound sebijik ' korang tak gheti buat air tea ke?'

Macam tu la apa yg saya rasa. Maksudnya bukan tea o ais yg diorder tawar. Tapi hati sy yang tawar. Tawar macam tea o tak bergula. Kan tak best langsung. Heh!

Nak marking paper takde rasa, nak main game hp yg sy addict 2 pun tiada rasa. Tawar jer hari ni.. Eh? Putus cintakah?

P/S: Sesiapa boleh tak tolong belikan sy sekilo gula untuk hati?

Tuesday, 7 December 2010

Pakaian sesuai untuk pegi mengajar? Macam ini kah?

Salam 1 Muharram kalian..

Tiba-tiba tukar profesion jadi penasihat fesyen. Entri ni khusus untuk para cikgu-cikgi diluar sana. Terharu tak saya publish entri untuk korang. Heh!

Hari tu sembang-gosip dengan sorang kawan baik. Dia ada tanya 'Eh, ko g kelas dressup macam mane eh?'. Yela wajar lah dia tanya bila tengok dressup keluar jalan-jalan saya macam budak baru habis SPM lagaknya. Jadi mari kita bersembang-gebang tentang dressup untuk cikgu atau dengan istilah lain pendidik.

- Sebab tugas pendidik ni banyak berhadapan dengan pelajar dalam kelas atau kuliah atau sebagainya, jadi haruslah memakai pakaian yang memberi keyakinan diri. Jadi kena ambil serius tentang warna. Pakailah warna yang ceria, cerah, terang supaya bagi selera untuk pelajar tengok kita. Jadi jangan heranlah kalau pelajar terangguk-angguk konon paham (rupannya tersenguk-senguk mengantuk) kalau kita pakai baju kaler suram.

- Baju korang tu janganlah ketat sangat. Agak-agakla nak tonjolkan pinggang kerengga pun tak perlu lah dalam kelas. Kadang-kadang ia akan membuatkan sesetengah pelajar kureng selesa.

- Lagi material kain jangan jarang melampau-lampau. Pelajar-pelajar korang tu tentunya dah pandai-mandai semua. Nanti tak khusyuk dengar korang mengajar asyik duk tilik je baju korang macam ikan buntal.

- Dah jadi cikgu-cikgi ni sah-sahlah kena banyak baju. Sarat satu almari takpe asal korang jangan rotate baju sama. Sebab mereka-mereka ni teliti.

- Paling penting harus kemas. Pernah tak korang nak pegi mengajar letrik takde nak iron baju? huh! Parah kan. Jadi saranan saya korang iron la baju untuk seminggu terus, atau untuk empat hari terus ke. Hep! Tapi saya tak buat pun. Haha. Saya nak pegi kerja baru iron baju pagi itu jugak. Bijak tak?

- Pasal kekemasan lagi, taula korang dah pandai ikut style ribbon-ribbon tempek kat selendang tu. Tapi saya rasa la kan macam kurang sesuai untuk pegi mengajar la. Kalau korang student sweet jugak style macam gitu. Nak pakai selendang lilit-lilit pun agak-agakla. Janganla serabai macam xsempat-menyempat datang opis kejar masa. Kalau macam gitu baik korang pakai tudung Rozita Che Wan tu jer.

- Pasal match in pulak. Bukan nak jodohkan korang dengan cikgu sekolah yang hensem wei. Ni tentang ketersamaan ton baju dan tudung juga kasut. Dulu zaman sekolah orang selalu pakai baju sama ton kaler ngan tudung. Contohnya kalau baju kaler biru mesti pakai tudung biru yang lembut sikit. Masa tu takde yang berani pun lagi pakai shawl segala. Tudung bawal je masa tu. Kemudian beralih ke tudung harus sama dengan kaler yang paling sedikit dekat baju. ( Khusus untuk baju bercorak la) Contohnya kalau baju biru tadi bunganya kaler hijau. Jadi tudung pakaila kaler hijau. Dan saya rasa ia masih dipraktikkan sampai sekarang. Dan sekarang dah ada yang berani pakai jer campuran kaler ape pun asal bahagia. Macam shawl dengan anak tudung kaler 2, 3, 4 layer tu. Tapi style ni dah diterima orang sekarang kan. Lawa jugak walaupun kombinasi kaler sikit pun tak sama dengan kaler baju. Yang penting keyakinan diri harus ada. Yeah!

- Kaler kasut yang sesuai untuk mana-mana kaler baju ialah hitam dan coklat. Pakai kaler ini takde masalah nak pakai baju kaler ape pun. Ok. paham semua anak kecil?

Ni antara dialog yang membuktikan student-student ni teliti dari setiap aspek pemakaian kita :

' Cikgu, lawalah cikgu pakai tudung style macam ni. Ni tudung Rozita Che Wan kan cikgu'. Haa..Bila korang tukar jer style bertudung terus diorang dpt kesan. Tapi jarang la keluar dialog yang buat korang rasa nak cabut je tudung kat situ jugak seperti ' Cikgu tak sesuai la pakai tudung macam ni, muka cikgu nampak gemuk' Owhh. Pedih menusuk kalbu.

'Cik, pandai la cik pakai pashmina ni. Macam mana cik lilit-lilit tu? Cik ajarlah kami. Nanti cik buat bengkel pemakaian pashmina eh' Owhh, mentang-mentang hantar assignment lambat bodek-bodek saya takut kena potong markah yer.

'Cikgu, lawala kasut cikgu. Dahla heels tinggi. 4 inci eh cikgu. Nanti dah kerja saya pun nak pakailah heels macam ni' Ok. Baiklah. Kalau kamu kerja kat site nak beli heels cenggini jugak ke. Kental kamu membodek yer.

Dan juga dialog ini...

'Cik, saya nampak cik minggu lepas. Cik cuti kan. Saya nampak kat kenduri sedara saya. Baju ni jugak la cik pakai kan'. Ok. Pasrah!


Jadi apa-apa pun komen dari pelajar samaada memuji atau mengeji kena pertimbangkan. Kadang-kadang pendekatan mereka memuji dan memerli (2 in 1 kau). Jadi sendiri mahu paham yer anak kecil.

[Sampai senget kepala duk kemas meja. Meja professor kan. Haruslah macam gitu.]

P/S : Semoga Lembaran Hijrah yang baru ini para pendidik sekalian bertambah ikhlas dan semangat untuk mendidik anak bangsa. Owwhh. terharu seminit.

Friday, 26 November 2010

Senario drama.

Tajuk yang paling tiada kena-mengena kerana tak tahu nak bagi tajuk apa. Cuma saya nak ajak kalian berfikir tentang senario drama-drama tv yang menarik minat audiens terutama drama-drama Indon yang banyak ditayangkan di tv tempatan kita. Saya perasan lah drama-drama Indon ni kebanyakkan plot atau jalan cerita lebih kurang jer. Cuma pelakon jer yang pelbagai rupa. Ramai rupanya pelakon berbakat di Indon ya. Mari kita sama-sama tinjau..

Heroin
Kebanyakkan drama pasti serlahkan heroin yang muka sangat kesian, perwatakan lembut, sering dibuli. Cakap pulak suara macam takut-takut jer nak keluar dan seorang heroin mesti yang sangat mengalah punya. Heroin kategori ini pastinya menjadi tatapan setiap episode. Kebanyakkan heroin pula tak kaya tapi takla sampai merempat. Cuma dia takkan punyai rumah besar istana mahligai. Kalau iya pun cuma jadi orang gaji kepada rumah besar istana mahligai tersebut. Dan kadang-kadang terjadi cerita rupanya heroin anak orang kaya.


Tiada motif gambar Nabila Syakib jual air kelapa. (credit to Google)
Hero
Hero pulak sudah pasti hensem, tegap, seorang yang sangat melidungi heroin dari kejahatan. Dan kalau hero kaya dia mestilah sangat kaya misalnya pemilik hotel terbesar di negara tersebut atau pemilik perusahaan berjaya dan bekerja dengan syarikatnya. Hero haruslah ego tak bertempat yang akhirnya terpikat pada gadis miskin atau anak orang gaji atau pekerja bawahannya. Hero biasanya akan mempunyai penjaga yang menjengkelkan samaada emak, nenek atau mak sedara yang akan membantah niat hero untuk memiliki heroin anak orang gaji tadi. Haha. Gila berangan.

Baim Wong. Cepat!! Cakap dia hensem..(again credit to google)

Watak Antagonis
Ni adalah watak ‘perempuan sihir’ dalam sesebuah drama. Watak antagonis akan lebih menarik kalau dilakonkan oleh adik-beradik tiri si heroin / hero. Boleh jadi juga emak, nenek atau mak sedara hero yang menjengkelkan di atas. Atau perempuan gedik yang mahu mendapatkan hero atau mungkin juga kawan sekolej heroin / hero. Yang pelik dalam drama ni bila sesuatu rahsia wujud mesti watak antagonis mengetahui rahsia tersebut ketika hero/heroin cuba menyembunyikannya. Kadang-kadang pakatan watak baik sering saja diketahui oleh watak antagonis. Pelik betul. Watak antagonis pula sering saja punya pelbagai idea untuk menjatuhkan atau mengenakan heroin. Banyak pula idea mereka yer. Dan mereka sangat kebal dari segala kecederaan. Owwhh.

Watak antagonis beliau sangat superb!
Teman baik heroin (helper)
Heroin biasanya tak punya ramai kawan. Kalau kat kolej mungkin seorang dua sahaja temannya yang akan ada saja kemana dia pergi. Bertindak sebagai helper dia akan buat apa saja untuk heroin atau hero.

Humor
Dan dalam sesebuah cerita akan ada seorang watak yang gila-gila, bodoh-bodoh alang atau skema tahap gaban. Kadang-kadang orang gaji, atau polis pencen atau lelaki yang tergila-gilakan heroin atau sesiapa sahaja tapi dia memang penceria scene la.

Ada lagi saya tertinggal? malas dah nak fikir. Kalian sambung sendiri la. Thee..



Saturday, 23 October 2010

Jalanraya bukan kau punya sorang!

Apa motif tajuk entri sebegitu emo?

Jadi entri kali ini bukan mahu membebel atau mengutuk sesiapa. Cuma pemerhatian saya dan dari sudut pandangan saya.  Berada di jalan raya bukan semudah bermain game lumba kereta. Terpaksa bersabar dengan kerenah pengguna jalan raya yang lain. Errr..sama juga macam pengguna lain yang mungkin terpaksa bersabar dengan kerenah kita di jalan raya. Jadi mari kita tinjau gelagat kita di jalan raya. (macam nak ajak tinjau ramalan cuaca pulak yer)

1. Sebenarnya untuk pengetahuan kalian signal bertujuan sebagai accesories sahaja. Tidak lebih dari itu penggunaanya. Jadi siapa yang percaya sila angkat tangan dan keluar sana belajar pandu helikopter. Mungkin ini paling mencabar kesabaran. Tambah-tambah yang suka-suka stereng jer nak potong line. Kalau ada budak kecil sebelah mau jer saya buka tingkap suruh dia sound 'Sila beratur, uncle mampu mengubahnya'

2. Encik lori dan bas. Yang berskala lebar. Sila jangan berada sejarak 2cm dengan kenderaan depan kalian yer. Yer saya paham. Anda tinggi tak dapat mengagak jarak selamat. Tapi plz..Kalian sangat mengerunkan tambahan lagi selepas fikiran masih terbayang-bayang kemalangan 1010 itu yang mereka post di FB..owhhh..

3. Jadi berbalik kepada pernyataan 2 diatas (dah macam soalan exam pulak) kalau bas dan lori berada rapat dibelakang pastikan anda dan kenderaan depan jangan terlampau dekat. (errr..rasanya xperlu bagitau pun semua sedia maklum kan)

4. Motosikal (..dan basikal. Beca dikecualikan). Tolongla kalian. Janganla riang-ria berada tengah-tengah jalan. Ketepi la sikit. Gerun bila lori brek mengejut kerana kalian. Sayang nyawa plz.

5. Kalau ada excident (atau kereta rosak..atau majlis bandaran tengah siram bunga tepi jalan) sibuk jer perlahankan kenderaan nak tahu apa terjadi. Hello..ni bukan drama Samarinda. Tu belum shooting Impak Maksima. Kalau tak maunya saya naik bot pergi keja. Ok. ok saya salah. Betul kalian concern. Berjiwa muhibah 1Malaysia. Tapi kalau bawak 20km/j di selekoh sambil menjenguk-jenguk kepala keluar tingkap baik kalian terjun jer tingkap pergi selamatkan mereka yang tercedera. ok. Paham aunty? (err...harap aunty tiada blog)

6. Waaaa..(nangis) dah kalian nampak anak panah punyalah besar menghala ke kanan pasai pa kalian jalan terus pulak. Kalian sesat ke? (cuba berfikiran positif ni) Tak pasal-pasal terbebel. Jangan buat lagi yer. Luruh jantung saya.







Eh..Ada lagi ke? malas dah mahu fikir. Jadi selamat menjadi pemandu berhemah kalian-kalian sekalian. Semoga sentiasa selamat dijalan raya. Jalan raya milik bersama. Pandu cermat jiwa selamat (ceewah. Dah macam iklan raya pulak)

Saturday, 24 July 2010

Supaya lelaki tahu

Serius. Lelaki perlu ambil perhatian ini.

1) Kebanyakan perempuan (yang baik-baik sesuai untuk dijadikan calon isteri) sukakan lelaki yang selalu ingatkan untuk solat dan menampakkan lelaki itu seorang yang tak tinggal solat. Solat kan tiang agama. Perempuan akan rasa bangga bila lelaki cakap..
"Jap awak, saya nak solat dulu. nanti kita msg lagi"
Lagi buat hati perempuan kembang bila lelaki cakap..
"Jom solat sama-sama"

2) Juga perempuan suka lelaki yang ambil berat. Walaupun tanpa bertindak.
"Awak takde transport nak balik?Kesiannya. Saya minta maaf, saya tengah sibuk, kalau tak saya dan jemput awak"

3) Juga lelaki yang makan banyak dan kurang bercakap ketika makan dan tidak sukakan pembaziran.
"Takpelah awak tak dapat habiskan, meh saya tolong habiskan"

4) Lelaki yang rapat dengan ibunya. Tapi bukan bermaksud beliau anak emak ok. Perempuan akan kembang hati bila mengetahui lelaki menceritakan perihalnya pada ibunya. Supaya perempuan rasa ada kepentingan terhadap lelaki, bawalah dia apabila anda mahu belikan hadiah hari jadi untuk ibu anda.

5) Juga perempuan suka lelaki yang penyayang terhadap dua iaitu kanak-kanak dan binatang peliharaan. Sebenarnya lelaki yang menjadi abang kesayangan terhadap adik-adiknya adalah lelaki yang sangat penyayang. Sila perasan.

6) Juga perempuan suka bila lelaki tak kisah di ajak window shopping, jalan-jalan di mall, touch & go (belek-belek baju kat kedai dan blah). Bukan tolong bayar barang shoping ok. Itu kaki kikis yang tak perlu dibincangkan disini. Suka bila lelaki komen itu ini..
"Beli la baju bunga-bunga kecil ni, nampak awak kurus sikit"

7) Kadang-kadang perempuan suka lelaki berkereta. Bukan materialistik tapi berkereta nampak lebih sopan berbanding naik motor. Harap paham supaya tak perlu saya jelaskan panjang lebar. Dan berkereta nampak lebih stabil untuk dinilai oleh keluarga perempuan.

8) Kalau berbual pula,perempuan kurang senang dengan lelaki yang suka bermegah-megah dan ego tak bertempat, bangga diri dan bangga darjat dan bangga pangkat. Huh! Tapi perempuan sukakan lelaki yang suka berkongsi tentang minat dan hobi. Futsal, bola sepak,memancing..walaupun perempuan tidak sukakan itu. Dan perempuan suka bila lelaki ceritakan tentang kawan-kawannya yang baik hati, famili yang penyayang dan masalah di tempat kerja kerana itu membuatkan perempuan rasa ada kepentingan dalam sesebuah relationship.

OK..Cukup tips saya kali ini. Kesimpulannya jangan cuba berlakon jadi watak lain. Kita adalah kita. Kalau sesuatu sikap tidak wujud dalam diri kita cuba wujudkan ia secara semulajadi. Jangan dipaksa ia..=D

Wednesday, 7 July 2010

Addict

Entri tentang perkara yang tiba-tiba terlintas difikiran saya. Ini adalah entri yang tidak berkaitan dengan drug addict. Harap maklum.

Kamu pernah tak addict pada sesuatu perkara?OK! Baik saya terangkan definisi addict mengikut kamus fikiran saya. Addict ni umpama suatu keadaan yang memaksa kamu untuk lakukan ia dengan sangat kerap. Ia mungkin objek, keadaan dan manusia dan sebagainya yang buat kamu rasa tak dapat melengkapkan hari kamu tanpanya walaupun cuma untuk sehari.

Kamu pernah tak masa zaman sekolah suka pada seseorang. Suka dalam ertikata addict. Tak lengkap andai kamu tak melihatnya sehari. Sengaja pergi toilet empat kali sehari lalu sebelah kelas dia sedangkan toilet kat belakang kelas kamu pun ada.

Addict dengan futsal atau bola sepak sampaikan rasa lain macam jer andai tak sepak bola untuk sehari. Yang kaki bangku pula mungkin addict dengan games bola sepak. Kalau tak sentuh games tu rasa tak lengkap 24 jam yang dilalui. Kamu memang berpenyakit addict la kalau main games bola masa waktu pejabat.

Addict dengan shopping. Tak kira awal bulan, tengah bulan atau akhir bulan kamu mesti shopping.

Atau ada juga yang addict dengan makanan. Tiap-tiap hari nak makan nasi lemak Mak Minah seberang jalan. Eh! nasi lemak Mak Minah ni sedap ke? Atau kamu addict dengan anak dara Mak Minah yang ayu. Ada udang sebalik mee rupanya.

Terpulangla pada individu untuk addict terhadap apapun atau sesiapapun. Kadang-kadang ia boleh bagi semangat dan perangsang tapi dalam masa yang sama juga ia/dia boleh melekakan kita. Kan??

Saya sangat addict terhadap sesuatu ini. Hari-hari yang saya lalui tidak lengkap tanpanya. Saya dibesarkan dengannya. Tea O panas..keke.. Betul! Saya bukan bergurau. Dulu saya addict dengan tea O panas buatan mak. Bila dan pandai bancuh sendiri, saya addict dengan tea o panas buatan sendiri. Dan tiap-tiap malam inilah minuman addict saya. Sekian..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...