Para Pengikut..

Tuesday, 23 September 2014

Trip to Penang (Day Two)

Salam uollss..

Baca dulu :
Day One
 
Lamanya tak membebel kat sini. Ampunkan saya belog. hehe. So sambung trip kami ke Penang yang tertangguh. Pagi Sabtu aktiviti adalah bebas. Jadi kami plan nak terjah mall. Anak-anak nak shopping. Weolls window shopping je.

Jadi sementara tunggu semua siap kita posing-posing sakan dulu kat hotel. Hehe.



Mula-mula gerak cari breakfast dulu. Makan kenyang-kenyang jalan kaki ke jeti. Naik bas dari jeti ke Quensbay Mall. 

Bagus jugak naik bas terus dari terminal kat jeti ni. Pasal kita tak payah nak berdiri kalau penumpang ramai. Kebetulan masa kitorang naik tu takde orang so semua boleh sit dengan senang hati. Drebar rapid pun dah berapi agaknya tengok kitorang yang riuh rendah macam pasar tani. Haha. 


Yeayy akhirnya dapat jugak makan nasi berlauk kampung style. Asyik makan roti canai-nasi kandar-nasi beriani je bosan jugak kan. Ni makan kat foodcourt kat Qb Mall.

  

Ni je la satu-satunya benda aiollss beli kat sebesar-besar Qbmall neh. Haha. Bawak powerband wire usb tu plak tak detect. Stress sangat. Terus carik kat sana. Pon tak dapat detect jugak. Apa yang rosak sebenarnya neh. Nak kena tuka hp baru ke neh??muahaha.


Bye Qb mall. Tak puas lagi window shopping. Apakan daya masa mencemburuiku. Hukhuk.


Balik Qb mall terus balik hotel. Rehat-rehat kejap lepas maghrib keluar jalan-jalan cari makan. Kunun-kunun nak makan kat Nasi Kandar Beratur tu. Ya ampunnnn beratur sungguh la orangnya. Boleh je nak beratur tapi tengok meja crowded sangat. Tak dapat kot nak memuatkan kami 15 orang ni.


So, jalan-jalan lagi berenti kat Restoren Hameediyah Tandoori House. 





Nyummm. Sedap jugak la. Kari sotong tu sedap kaw sangat. Cuma masa kitorang sampai tu nasi lauk pun nak habis da kot. Kambing takde. Frust bebudak yang nak makan kambing.


Dah kenyanggg. Alhamdulillah..


Kemudian jalan-jalan lagi pegi Padang Kota. Ni malam merdeka. Tapi sebab masih memperingati tragediMH17 takde kemeriahan bunga api la. Ada pon 2-3 kali jer yang tak meriah sangat pon.

Kitorang pon lepak-lepak kejap kat padang tu sampai suasana tak sibuk sangat barulah balik ke hotel. Rehat. Fuhhhh. Penat sangat hari ni sepanjang hari window shopping malam pulak jalan jauh-jauh.

Yang penting puas hati. Bukan senang kan nak dapat kebenaran jalan-jalan balik lewat malam. Kikikiki.


Okeyy. Next hari ke-3 lagi best. Heeee. Tunggu la aiolllss ada masa banyak aiollls story. Kihkih.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...