Para Pengikut..

Sunday, 26 July 2015

Aidilfitri 2015 - Raya pertama dirumah mertua

Salam uollsss..
 
 
Raya sakan sangat. Langsung tak terhapdate blogku ini. Dah la blog dah suam-suam kuku. Hari ni baru nak upload raya pertama. Hehehe. Takpelah. Asalkan ada kenangan kat sini. Nak harap duk sesaja bukak balik folder gambo memang takde kerja lah kan. So tempek untuk jadi tatapan tahun-tahun mendatang.
 
Raya pertama di rumah mertua. Malam Rabu asben balik ambik saya. Khamis coti. Bolehlah buat persiapan apa yang patut. Bertolak lewat kot dari rumah. So, dalam kul 2.00 am tu berenti makan. Kira sahur terus lah. Sampai rumah mil jam 3.30 am kot eh. Sebab dah makan so ma pun tak kejutkan sahur. Bangun pagi tunggu ayam yang ditempah sampai. Nak siang isi ayam untuk sate. Lima ekor ayam kot kami beli tahun ni. Tahun lepas buat sate tak cukup. So, tahun ni tambah lagi ayam. Perap ayam dari pagi tu sampai malam. Malam tu terus cucuk sate. Ada sate ayam dan daging.
 

 
Jam 11.00 malam start bakar sate. Nasib baik ramai askar-askar yang membantu. Lepas bakar kepenatan terus tido. Tahun ni tak banyak sangat persiapan kat dapur. Just bakar sate. Ma buat kuah kacang. Ayah tempah nasi beriani dengan kawan beliau.

 
Pagi tu adik ipar sibuk siapkan balang kuih raya. Semua biskut raya adik ipar yang buat. Rajin betol dorang ni. Tahun depan kak long tempah dengan awak je la biskut raya. Hehehe.


 
Sementara tunggu tetamu datang and ayah balik dari masjid moh le kita penuhkan perut dulu. Makan nasi beriani. Sedapnya..

 
Adik ipar, kak. Ewah ewahhh..ayunya..hehehe..

 
With mak mertua yang anggun sentiasa.

 
Mak mertua with my biras. Bestnya tengok Emma berselera sangat makan. Kak Long makan sikit pon dah 'tak boleh pergi'..hehe..My biras dah 7 bulan preggy. InsyaAllah kalau diizinkan Tuhan tahun ni family in law dapat dua orang baby. Semoga Allah permudahkan =)

 
Tunggu ayah balik nak bersalaman raya lambatnya ayah ni. Konpem pegi raya ngan kawan dia dulu neh. So kita bergambo puas-puas dulu.
 
Tahun ni tak sedondon sangat. Huwaaaa. Maklumlah baju raya kita last minit beli. Takpelah asben, nanti raya haji la kita sedondon.

 
Buh gambo banyak-banyak. Jangan marah naa..

 
Macam biasa kita set timer letak camera penjuru meja. Hikhik.


 
Mak-mak buyung.

 
Anak-anak dan menantu-menantu.

 
Mak mertua tersayang. =)

 
Lambat sangat tunggu ayah balik, so sesi bersalaman dengan ma dulu lah.

 
Elok-elok bersalaman, ayah pon balik. Rujuk : Pintu . Hehehe.

 
Ayah ni malu-malu skit dengan camera. Langsung tak nak pandang camera.

 
Sebak tiap kali tengok asben salam bermaaf-maafan dengan ayah mertua. Kita pon mesti nangis jugak. Padahal sebelum tu gelak-gelak je semua. Part asben je terus semua orang diam..wuuuuu..Nak salam ngan asben pon salam dalam bilik je. Kang tak pasal semua orang nampak kita nangis. Salam pagi Syawal tak sama macam salam hari-hari biasa. Sayu dia lain macam je kan.

 
Okeyy da sayu-sayu. Jom kita bergambo pulak. Ayah sorang je tak pandang camera. Khusyuk tengok citer ke ayah tu. Adik bongsu muka masam mencuka lepas kena usik dek asben.

 
Pastu pegi beraya umah tok pulak.

 
Takde gambo la plak umah tok. Sebab raya hari Jumaat, tak dapat lepak umah tok lama-lama. Terus balik rumah. Tunggu orang datang raya kat umah je la pulak. Nak masuk rumah macam biasa kita bergambo dulu. Haha.

 
Kak long kena ambik gambo dari sisi la baru lah slim skit. Haha. Jangan nak berangan slim la Kak Long, tunggulah sebulan dua lagi. membesar bagai juara la kau. kahkah.

 
Kak jadi model hbeg ke ape tuh. kihkih.

 
Petang raya rumah kawan kak pulak. Balik raya lalu kat pantai. Terus adik ipar ajak photoshot kat pokok-pokok neh. Memang femes pokok-pokok neh. Selalu je ada orang bergambo sini especeli pengantin.


 
 
 

 
Dah dah jom balik rumah. Asben dah pening tengok gelagat adik-adik dan isteri dia neh.
 
Malam pulak kita main bunga api. Tulah kecik-kecik tak puas main bunga api. haha.



 
Kejapnya 1 Syawal berlalu. Raya kedua balik rumah mak pulak. Soon la update kalau rajin. Muahaha. Tahun ni macam malas je nak keluarkan camera godang kita even taklah godang sangat pon. Harapkan camera hp gambo sedih sangat lah. Macam nak kena beli  hp baru je neh asben. Kikikiki.
 
Salam aidilitri semua. Ampun maaf dipinta kalau ada kata-kata diblog ni menguris hati dan jiwa anda.

 


9 comments:

  1. meriahnya
    selamat hari raya
    maaf zahir batin

    jaga diri.
    smga selamat semuanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. QasehnyaRania selamat hari raya jugak =)

      Delete
  2. dlm byk2 gmbr umah ma,,, ternampak lak tudung saji ..tuding saji pun pkai baju raya..hihi..cntik umh ma.. pndai ma awk deco.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tudung saji jugak yg awok nampak yer..nsb bek dok kaler hijau tdung saji tu.

      Delete
  3. nak gambar open house haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.gmbo lambat transfer. Sabo yer.

      Delete
  4. fiza dear.. sebenarnya saya teringin sangat nak makan sate.. woohoo.. tak dapat time raya aritu..
    nway, selamat hari raya :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala.kesian plak kita buat ummiirfan terliur.hehe..selamat hr raya jugak.

      Delete
  5. belum terlambat nak ucap selamat hari raya kan fiza..hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...