Para Pengikut..

Thursday 3 January 2019

Daniel dah masuk taska.

Salam uollss..

Tahun 2019 mami hantar Daniel masuk Taska. Baru je seminggu lebih sambut birthday ke 3 tup-tup terus masuk 4 tahun. Hehe. Daniel belum free diapers, cakap pun belum lancar sangat. So mami tak plan nak hantar tadika atau Pasti lagi. Ni taska konsep dia playschool. Bukan nak dia terror sangat bab membaca mengeja sebenarnya. Tapi nak dia bergaul dengan kawan-kawan. Tahu ada teacher dan kena ikut cakap teacher. Ada empeti dalam diri, sayangi orang sekeliling. Mami survey banyak taska dan alhamdulillah jumpa satu taska yang kebetulan dekat dengan rumah.


Mami start contact pengurus taska dari bulan 10. Tapi masa tu beliau cakap taska dalam proses pemindahan. So anggap takde rezeki Daniel. So mami pun plan nak teruskan hantar kat pengasuh dulu setahun lagi. Tup-tup seminggu sebelum akhir tahun tu pengurus ws cakap boleh daftar 31hb Disember. Bila dah bincang ngan suami dan bagitahu pengasuh terus mami confirmkan dengan taska.

Sedihnya pengasuh. Dia jaga Daniel macam anak sendiri sebab takde anak. Pastu last minit dapat tau tinggal seminggu lagi dapat jaga Daniel. Sedihnya. mami pun sedih. Tapi demi kebaikan Daniel mami kena hantar jugak kat taska dengan harapan anak mami lebih lancar bercakap pastu sebagai persediaan untuk masuk tadika 5 tahun nanti.

So 31hb mami pegi la daftar. Bawak Daniel sekali nak tengok macam mana reaksi dia kat sekolah. 


Papa pulak buat seprais balik subuh2 tu nak pergi daftar sekali. Thanks b. Selalu ada dalam susah dan senang.


Dah settle semua keluar cari keperluan dia. Beg, toiletries, towel extra. 


Papa over excited. Siap belikan beg tarik untuk anak bujangnya. Haha. Kalah budak masuk darjah satu ni. Apa-apalah papa. Asalkan awak yang bayor kan. Haha. Daniel pun suka la beg car. Duk tilik je beg tu macam jumpa cinta pandang pertama.


Test galas beg. Besar bag dari tuan ni.



So 1.1.19 mami cuti lagi sehari hantar Daniel school. Jom la kita ootd dulu. Haha.





Sampai jer suka sangat masuk school tengok ada mainan. Masuk je mami terus tinggalkan dia. Petang tu dalam jam 5.30pm mami ambil kat school.


Alhamdulillah anak mami takde mengamuk sakan nak balik ke nak mami ke. Cuma teacher bagitau time mandi tu la susah sikit. Sama la kat rumah pon. Sejenis takut air sungguh. Pagi2 mami mandikan air hangat kalau tak mengamuk la nangis. Adoi. Satu lagi payah benor nak makan. Harap pasni makin serasi dengan school, dengan teacher dan kawan-kawan.


Ni pagi teacher hantar gambar duk breakfast.


Okey tu je. Nanti mami update lagi aktiviti Daniel kat school.





2 comments:

  1. wah, dah besar dah daniel. lepas ni, ramai lah tu kwn kwn dia dkt taska.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.kejap je masa.hehe.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...