Para Pengikut..

Showing posts with label Kisah laki bini. Show all posts
Showing posts with label Kisah laki bini. Show all posts

Tuesday, 26 May 2015

Suprise birthday gift for u, asben (Entri tertangguh)

Salam uolllsss..
 
Entri yang telah lama terperam kat draf. Selalunya saya menaip kat Bloggeroid jadikan draf. Then bukak lappy baru masukkan gambar. Leceh je nak edit kat hp gambar neh. So, selalu tulis tarikh supaya kita tak lupa. InsyaAllah dijadikan kenangan seusia hidup. Aiollss kan cepat pelupa. Heheeh.
 
******************************************************************************
 
 
17 April 2015/Jumaat
Asben biasanya bertolak dari Dungun jam 5.00 pagi. Dalam 6.00 pagi sampai la. 1 jam je perjalanan. Sampai je rumah saya cakaplah dah ada hadiah untuk birthday dia esok. Siap tanya nak sekarang ke nak jam 12.00 malam nanti. Hahaha. Bila dia cakap tak kisah nak bagi bila terus kita lari masuk bilik. Ambik upt tunjuk kat asben. Dia muka blur2. "eh,apa ni syg,b tak faham neh" sambil sengih-sengih kerang busuk buat-buat tak paham eh.hehe. Terangkan kat asben terus dia ucap syukur, Alhamdulillah.
Bleh plak asben cakap "Tulah yang syg duk nangis-nangis sangat nak tu, Dia tahu la masa yang sesuai nak bagi kat kita" Huwaaaaa..sapa suruh nangis. Kan dah kena perli.
 
Hurm..mula-mula kita plan nak tunjuk clear blue kat asben, tibe-tiba tengok kosong kat screen tu. Haha. Rupanya dia muncul sekejap jer eh. Tak sampai sehari pon. So tunjuk UPT je kat dia, yang clear tu nasib baik kita sempat ambik gambo.
 

18 April 2015/Sabtu
Hari ni asben cuti. Owh. Hari ni besday asben. Tapi takde hadiah eh asben. Ni perkhabaran gembira ni kira hadiah la eh. Hehe. So ajak dia g cek kat klinik. Doc tanya dah cek upt ke. Kita bgtau dah 2x cek upt positif, then cek guna clear blue pregnant. So terus doc scan. Doc cakap dah ada,tapi tak clear sangat. Doc kata mungkin terlalu awal. So dia suh datang 2 minggu lagi.

Asben punyala berjaga-jaga. Nak minum air 100plus pun tak boleh. Nak makan megi sup pun tak boleh. Eh,boleh tapi tak leh buh rempah megi tu. Hurm. Pasni dia tak bagi drive balik umah mil lagi awal-awal ni. Huwaaaa,dahla kita cuti 5 hari minggu depan. Terperap kat umah la jawabnya.

Hope lagi dua minggu nampak tanda-tanda kewujudan awak baby. Mommy can't wait.


25 April 2015/Sabtu

Selepas seminggu...

Asben ambik cuti hari ni. Kesian pulak baru minggu lepas cuti dua hari. Eh,tapi kita tak paksa pun. Dah sukarela nak cuti kan. Pastu alang-alang dia cuti kita ajak la pegi klinik. Tak sabar menyabar. Bukan doc cakap lagi dua minggu ke? Ni baru seminggu. Hehe. Actually kita ada gugel. Ramai mommy cakap pegi scan 7weeks dah nampak kantung. Then kawan-kawan pun cakap macam tu. So pegi klinik yang kawan-kawan kita pegi cek tu. Doc cakap tak payah cek upt la. Dia scan terus. Kejap je doc scan dah nampak da. Cepat-cepat asben jenguk tengok. Hehe. Kita pun tak nampak jelas sangat sebenarnya. Takpela asalkan doc dah confirmkan awak wujud dalam rahim mommy, barulah mommy rasa lega. Huhu. Doc cakap mesin scan klinik dia tak canggih sangat. Tapi dia tetap bersungguh nak print. Tq doc. Scan je la, coz asid folic da dapat minggu lepas..

Hope awak sihat-sihat aje yer baby. Semoga membesar bak wira!!
 
 
 

Wednesday, 18 February 2015

Kisah suami isteri - Kenangan menggeletek hati.

Salam uollsss..
 
 
Lamanya tak mencoret disini. Sibuk sangat kerja kononnya. Bukak blog pon sempat jeling-jeling sepintas lalu. Nak ajak jari menari-nari atas keyboard pon tak sempat menyempat.
 
Weekend yang lepas asben balik. Adik ipar, Ateh pon ikut sekali. Ada satu malam tu kitorang keluar ambil angin lepak kat Pantai Batu Buruk. Biasalah weollss. Macam-macam cerita la keluar. Pastu macam mana ntah sekali terkeluar cerita masa kitorang mula-mula kapel dulu.
 
Ateh : Ingat lagi abang (asben) masa dulu-dulu. Nak ngorat Kak Long (me). Konon nak tunjuk jiwang sangat lah bagi ayat-ayat romantik tapi copy lirik lagu.
 
Bhahaha. Kan dah kantoi..
 
Asben : Hahaha. Padan muka, nak sangat jiwang kan. Kira ok la bagi jugak lirik lagu pun.
 
Kikiki. Perempuan kan suka sangat bagi ayat panjang berjela-jela puitis kononnya. Eh, ke saya jer??haha. Pastu kalau kekasih tak reply mulalah nak merajuk. Hoihh..orang sibuk kerja mana ada masa nak layan ayat-ayat puitis ko. Hahahh.
 
Pastu bila merajuk sebab kekasih tak reply ayat bunga-bunga (hahahha..pun ada kerrr) terpaksalah kekasih taip ayat panjang lebar..barulah senyum sampai telinga.
 
Then satu hari tu saya dengar radio..eh, macam kenal je lirik lagu ni. Macam pernah dengar. Cisssss, copy lirik lagu rupanya.

 
 
^______^
 
 
 


Monday, 9 February 2015

Kisah laki bini - Boleh ke suami masak??

Salam uollss..

Apa ni wei, kisah laki bini pun nak publish kat blog ker??hahaha.

Okey, hari tu asben balik ngan cousin dia. So kitorang keluar makan sembang-sembanglah bertiga. Cousin ni malam kerja part time kedai makan. So dia cerita la dia pernah masak nasi goreng. Punyala sedap nasi goreng dia sampai semua pekerja berebut nak rasa. Ngan bos sekali rasa. Bos puji sedap plak tu. Kembang semangkuk la hidung. Kahkah.

Pastu saya pun terus cakap nak sangat asben saya buat nasi goreng. Sekali pun boleh lah.

Saya : Syg harap kalau mengidam nanti nak mengidam nasi goreng yg dimasak oleh suami syg.

Asben : Haha. Boleh je. Nanti b beli nasi goreng balik rumah b kata b masak.hahaha.

Cousin : Panaskan dulu nasi goreng tu. Buh minyak sampai berasap. Guna dua sudip mcm kedai makan biasa masak tu..

Asben : Pastu sudip tu biar bunyi bising-bising skit. Ketuk acap kali kat kuali tu biar real skit masak. Hahaha

Cousin : Pastu polisterine wat tapau tadi buang la jangan tak buang pulak. Kang tak pasal-pasal kantoi.

Asben : Okey, buang jauh-jauh sikit, dalam semak belakang rumah ke. Buh nasi goreng cantik-cantik dalam pinggan. Nah! Siap dah. Pandai kan b goreng nasi.

Huwaaaa...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...