Para Pengikut..

Showing posts with label hangout with friend. Show all posts
Showing posts with label hangout with friend. Show all posts

Sunday, 17 March 2013

Rindu bertamu =)

Salam uollss..

Alkisahnya Sabtu iaitu semalam saya bercadang nak ke Kelantan. Menghadiri kenduri cosmate zaman universiti dulu Fik & Nad. Plan nak pergi bertiga. Owhhh. Tiba-tiba sehari sebelum kejadian dapat tahu kena pegi opis. Apekah? Lalu rancangan saya untuk pergi terpaksa dibatalkan. Sedihnya..Tapi Ani dan Asma tetap pergi. Saya kirim hadiah saja. Waaaaaa...

Ok. Tapi lepas diorang balik dari Kelantan diorang jemput saya di opis. Kemudian kami menerjah kedai chiken chop. Yummmy. Eh, walaupun saya belum lunch di rumah, tapi di opis saya dah makan megi cup. Tapi tetap lapar. Kesian kan.

Hye chicken chop..=)

Opkos la. Lama tak jumpa uolls. macam-macam cerita kuar. Dari A sampai Z. Tetiba rasa macam masa sekejap sangat berlalu. Rasa macam baru je lagi kami ramai-ramai keluar makan kat kedai zaman unibersiti. Owwhh. Masa memang sangat cepat berlalu.


Kemudian siap makan nak ambik gambar bertiga. Set timer letak camera atas moto sape ntah yang diparking disitu. Fine..


Eh, kemudian ada abang berkopiah lalu situ terus mintak tolong beliau snap gambar kami bertiga. Hikss.



Gambar kami LIMA tahun yang lalu....


^__________^







Tuesday, 4 October 2011

Epilog : Jumpa kekawan yang dirindui itu sangat super duper best!

Salam uolls.

Jumpa kekawan yang dirindui itu sangat super duper best!

Inilah No-name members.

Eh. Cuma sorang tukang ambik gambar tiada dalam gambar.
Bila entah dapat jumpa ramai-ramai lagi. Sob!

Sabtu lepas ada urusan di Kemaman. Jadi sebab dah lama plan dengan Ani nak pergi jenguk Cemak kat sana terus kami decide nak pergi. Kalau plan awal-awal selalu jer tak jadi. Jap-jap kau kena pergi kursus, jap-jap aku ada audit kena keja Sabtu. Pastu jap-jap kau ada khemah apa kebenda jap-jap lagi aku kena jaga exam. Kebetulan Sabtu sama-sama free terus plan nak pergi jenguk Cemak.

Sampai Kemaman cari kedai makan punyalah susah bebenor. Sampai sempadan Negeri Pahang dah wei. Pastu u-turn balik makan kat kedai tepi jalan jer. Makan nasi ayam. Aku tak tahu mungkin eksaited sangat story-mory gosip itu ini sampai aku dah kenyang lepas makan 3-4 sudu nasi. Punyala membazir. Adeh.
[Sampai tak terambik gambo. Takpe. Tak nyesal sebab background pon tak cantek. Haha]

Lepas tu duk pikir-pikir pusing-pusing tak tahu nak melepak kemana. Ternampak signboard Pantai Teluk Mak Nik. Terus menerjah pergi. Lantak la apa nama kau yang penting kau adalah pantai.

Sampai jer eksaited gila. Masing-masing dah macam patpuluh tahun duk tengah pusat bandar yang takde pantai. Haha. Padahal aku nie hari-hari lalu kat pantai. Mungkin berlari ke pantai bersama kekawan yang dirindui jadi rasa ia sangat lain macam.




Haha. Amik kau. Gambar besar gabak. Pantai ni kira suci bersih la. Mungkin sebab tak ramai orang datang. Tak nampak sangat para kapel duk beromen-tik disini. Kaum keluarga la ramai. Jadi belum tercemar sangat. Kalau datang sorang-sorang sumpah aku tak berani datang. Pokok rhu pon banyak dah jadi macam hutan rhu dah. Tapi kau nak tenangkan diri tulis novel ke. Haha. Boleh la datang sini.

Tengok punyalah besar pantai dua orang jer kedek-kedek jalan. Lagi sekilometer di hadapan baru ada lagi manusia kat gigi pantai.

Yang penting mari bergambar-gambaran dulu. Inilah Cemak. Comey kan. Betul. Kawan-kawan saya memang comel macam saya jugak. Pang!

Ini pulak Ani. Sori sayam taruk gambo nie. Tapi riak muka kita comel jugak kan. Haha.

Dengan Cemak lagi. Penat okeh dipaksa Ani untuk posing. Eh! tak boleh belah. Apesal aku asyik pegang itu selipar? Haha.

Kan aku dah cakap. Ani paksa posing lagi. Tak mampu den.

Sebab tiada orang sekeliling nak mintak tolong amikkan gambar jadik kita gunakan tangan panjang Ani. Peace no war!!

Fly..fly..fly..firefly..

Ani ko snap tang mana tuh hah??!!

Sebab tadi nampak Ani sipi-sipi jer jadi dia tak puas hati. Snap lagi sekali.


Ani tengok tengok. Ada UFO. Haha.[statement langsung tak kena dengan riak muka]

Konon nak feeling-feeling wedding photoshot ke hape amik gambo dari belakang.

owhhh. Fly fly..

Lepas tu Ani tiba-tiba jerit.
'Jom tulis nama atas pasir!!'
Gigih cari kayu nak coret nama. Ewah. Ewah.

Fizah


Ani


As

As
Fizah
Ani

1/10/11

[ Macam sweet gula-gula kapas jer. Apesal selama ni pergi pantai dengan en.beliau tak pernah pun tulis cenggitu. Ok. Fine. Awak tak sweet macam kawan-kawan kiter]

Cepat-cepat ombak dah datang.




Tiba-tiba awan gelap berarak. Suasana terus jadi macam jam 7.00 malam. Angin tiup kuat pulak. Terus kami lari tak cukup tanah.
Langit gelap.

Terus masuk kereta baru rasa selamat.

Then pergi hantar Cemak balik rumah sewa. Hepi sangat walaupun kita jumpa tak lama kan Cemak. Next time ada masa kita pergi picnic kat waterfall plak. Waterfall la sangat. Haha.


Haha. Senyum sampai nampak gusi.
^_______________________^







Tuesday, 2 November 2010

Gambar tertunda (01)

Entri ni merupakan entri bergambar yang diambil semasa memenuhkan ruang perut di kedai makan INI. (Jadi dah namanya entri bergambar tentunya loading mengambil masa yang lama. Harap maklum yer)


Ini perspektif dari luar.

Mentang-mentang ekau suka ambik gambo tak perlu la cover menu pun nak snap juga. Haih.

Ini menu paling mengebest (bahasa apekah?).

Sos putih tu jangan pula kalian sangka tempoyak.

Saya mati akal tak tahu nak makan apa. Ini menu saya Kuew Teaw Sup. Yeay. Tengok cili merah hijau itu. Menarik kan.

Lampu yang bercahaya.

Ini Sumayyah (erkk! bukan dua orang ke atas tu?) okes. Yang paling comey itu Sumayyah.

Ini cik Nora yang gila excited dapat isi gelas yang lain dari yg lain.

"Saya sedang rancang sesuatu. Sila jangan ganggu". Nampaknya 'misi' kali ini tidak berhasil walaupun dengan kehadiran Sumayyah.

Woaaa. Saya mahu kesemuanya.

Erk! Saya tiada di atas. (tak dapat terima hakikat tiba-tiba muka membulat)

Okes. Ada lagi gambar ini nampaknya. Tapi ini versi gedik. Tadi versi skema.

Nasi Goreng apekah? lupa pulak nama penuh ia.

Ok. Akhirnya setelah menghabiskan kesemua air diatas, saya order lagi satu gelas.

Gambo tertunda diakhiri dengan gambo enteprem. Abaikan kaler ijau itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...