Salam uollss.
Alkisah cincin tunang saya dulu dah patah. Sadis sangat kisahnya. Mula-mula jadi bengkok-bengkok gitu macam lasak sangat jer buat kerja harian sampai macamtu kejadiannya. So boleh hold lagilah. Bila tahap dah patah tu terus patah seribu hati ai. Kahkah. Nak pakai takut makin worst. Simpan dulu. Then cerita kat mil. Cakap kat ma sayang cincin ni kenangan. Ma cakap takpela tukar jela yang lain. Yeayyyy. Yelah mesti nak tanya tuan badan yang pilih dan belikan cincin ni dulu.
So Ahad lepas mendesup pergi kedai mas. Trade in cincin ni tukar design lain. Kena topup duit skit jela. Cari yang jenis lasak-lasak sikit.
Bye cincin kenangan.
Thursday, 14 December 2017
Monday, 11 December 2017
Lazada Online Revolution Blogger Contest
Salam uollss..
Jomlah join Lazada Online Revolution Blogger Contest. Siapa tak kenal Lazada kan. Portal online shopping paling terkenal. Korang tanyalah siapa-siapa mesti ada jer apps Lazada dalam mobile phone diorang tu kan. Termasuklah saya. Hehe.
Contest ni bermula 11 November hingga 14 December. So ada masa beberapa hari lagi marilah kita meriahkan Lazada Online Revolution Blogger Contest ni.
Senang je nak join. Mula-mula korang kena jawab beberapa soalan. Soalan mudah jer. Bukan soalan matematik kimia ke. Heee.
a. Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience?
1st product beli online apa yer? Rasanya tudung kot. Berpuas hati sangat sebab dapat beli design yang kita suka yang penting tak perlu susah payah keluar semata-mata nak beli sesuatu.
b. Which types of products would you prefer buying online?
Macam-macam boleh beli kat online ni. Kalau korang tengok website Lazada pon macam-macam barangan boleh dapat, dari barang dapur, kelengkapan perhiasan rumah, fesyen, Kecantikan diri-macam-macam lagilah. Tapi secara peribadinya yang paling saya suka beli online adalah baju dan tudung.
c. What to you love about online shopping?
Banyak sangat kepentingan shopping online ni:
- Jimat masa dan tenaga - Just cari dalam internet, klik saja yang mana kita suka tunggu jelah barang tu sampai kan depan pintu rumah kan.
- Pilihan yang pelbagai - Pilihan yang pelbagai membolehkan kita membandingkan harga, bandingkan brand yang kita mahu dan bandingkan design dan warna yang diminati dari pelbagai kedai online yang wujud di alam maya.
d. Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution sales?
Produk yang saya plan nak beli pon ada jugak. So, jomlah kita tengok apa ada dalam cart. Hehe. Ni la barang-barang yang saya berkenan nak beli. Kita simpan dalam dalam cart dulu.
Banyak sangat dah beli barang kat Lazada ni. Haha.Tapi yang saya tak kan lupa beli rak dekat Lazada. Lama idamkan rak tu tapi nak keluar beli malas. So saya beli online pos hantar dekat pintu opis. Beli Lazada memang sekejap gila. Dua hari dah sampai barang dengan selamat. Puas hati sangat.
Nilah yang saya shopping kat Lazada hari tu.
Produk yang saya plan nak beli pon ada jugak. So, jomlah kita tengok apa ada dalam cart. Hehe. Ni la barang-barang yang saya berkenan nak beli. Kita simpan dalam dalam cart dulu.
So apa lagi korang, jomlah join Lazada Online Revolution Blogger Contest ni. Cepat klik link ni (https://www.lazada.com.my/online-revolution) kalau korang nak join dan ketahui hadiah-hadiah menarik.
Wednesday, 29 November 2017
Resepi Nasi Dagang Terengganu
Salam uollss.
Hari Khamis lepas asben tiba2 cakap bestnya kalau dapat makan nasi dagang. Lama tak makan. Kesiannya. Mengidam yer. Seusia hidup saya tak pernah masak nasi dagang. Kalau mak buat pon awal pagi kita masih berdengkur lagi. Bangun tido dah siap kukus. Haha. So hari Jumaat pergi pasar beli beras, santan, timun, ikan aye, rempah. Nak buat jugak sebab tak pernah try kan. Kira mencabar diri la ni. Haha. Pinjam pengukus ngan mak pastu google resepi kat facebook. Kiki. So kita olah jugak resepi ni sikit-sikit yer.
RESEPI NASI DAGANG
1 kg beras siam wangi (tak payah campur beras pulut dah). Rendam dari malam. Dalam 7 jam la.
Sediakan pengukus, kukus sehingga masak separuh dulu. Dalam setengah jam lebih la.
Sediakan pengukus, kukus sehingga masak separuh dulu. Dalam setengah jam lebih la.
Dah siap angkat nasi tadi dan masukkan dalam bekas. Masukkan air gaul rata biar jadi basah-basah gitu nasi tu. Masukkan santan 1 cawan. Gaul lagi. Santan tu campur la garam sikit.
Biarkan seketika bagi nasi kembang sikit. Dalam 5 minit macamtu jela.
Masukkan semula nasi tadi dalam periuk kukusan tu. Letak sekali bahan-bahan berikut:
*Bawang merah saiz sederhana 5 ulas (mayang halus)
*Halia 3 inci (hiris halus)
*Halba - 1 sudu makan
*Daun pandan - 3 helai disimpul rapi
*Bawang merah saiz sederhana 5 ulas (mayang halus)
*Halia 3 inci (hiris halus)
*Halba - 1 sudu makan
*Daun pandan - 3 helai disimpul rapi
Caranya buat lubang tengah-tengah nasi tu, masukkan daun pandan pastu masukkan bahan-bahan atas tu.
Tutup kembali lubang tu dengan nasi. Kemudian kukus kali ke-2 sampai nasi masak. Check la sentiasa nasi tu masak atau lembut ke idok lagi.
Kalau dah masak masukkan dalam bekas. Pastu masukkan lagi secawan santan pekat (santan dah tambah garam yer). Gaul rata bagi nasi tu basah-basah gitu.
GULAI IKAN TONGKOL / AYE
Ikan aye separuh je sebab besar sangat. (Rebus masukkan garam sesudu dan 3 asam keping.
Ikan aye separuh je sebab besar sangat. (Rebus masukkan garam sesudu dan 3 asam keping.
Bahan untuk gulai:
9 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1 inci halia
Beberapa hiris lengkuas
Dikisar bersama.
9 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1 inci halia
Beberapa hiris lengkuas
Dikisar bersama.
Lepas kisar masukkan dalam mangkuk dan campur rempah gulai khas untuk nasi dagang ( saya beli kat pasar cakap nak rempah gulai nasi dagang)
2 sudu rempah nasi dagang + 1 susu rempah cap bunga ros
2 sudu rempah nasi dagang + 1 susu rempah cap bunga ros
Tumis minyak
Masukkan lada kisar 3 sudu
Dah masak tu masukkan kan rempah dan bawang blend tadi.
Masukkan santan dan kacau lagi
Masukkan ikan skali air rebusan ikan aye. Tapi kena rasa dulu takut dah terlebih masam dan masin.
Masukkan gula, garam dan asam gelugur
Yang paling penting masukkan cili banyak2. Nasi dagang kaw makan ngan cili padi kan.
Gulai tu masak lama2 baru sedap. Saya masak malam nak makan pagi. Pagi tu panaskan lagi. Makin lama makin kaw.
ACAR TIMUN
Acar timun ni dimakan bersama nasi dagang. Ikut selera ada yang nak terlebih masam. Saya suka manis pedas sikit. Sukatan pon bergantung pada nasi yang korang masak la yer.
1 biji timun
1/2 biji carrot
1 biji cili besar
2 biji cili padi kalau nak extra pedas
1 biji bawang merah saiz sederhana
Cuka makan 2-3 sudu
Garam
Gula
Gaul semua tu dalam bekas biarkan dia meresap rasa manis masam tu. Buat awal-awal sikit biar dia meresap. Sedapnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)








