Para Pengikut..

Showing posts with label Product. Show all posts
Showing posts with label Product. Show all posts

Wednesday, 17 December 2014

Jom shopping produk kecantikan wanita online


Salam uollss

Kalau sebut je pasal makeup memang sinonim sangat dengan wanita kan. Tambah-tambah zaman it sekarang ni. Nak selfie buh gambar kat intagram or FB or belog haruslah nak touch skit muka tu. At least bedak, gincu, blusher, eye liner atau eye shadow. Kan. Dan ofkos naluri kita sebagai perempuan memang sentiasa inginkan kecantikan.

Sekarang pun banyak sangat tutorial cara-cara nak makeup untuk sebarang majlis. Dan kadang-kadang yang bertunang or kawin pun dah confident untuk make up sendiri di majlis diorang. Yang penting korang apply teknik solekan yang betul je okey. Cehh.Bajet macam jurucakap kecantikan pulak neh. Haha.

Tambah-tambah sejak wujudnya online shop untuk koleksi barangan produk kecantikan wanita ni makin memudahkan urusan kita kan. Kemudahan dah ada dihujung jari. Just pilih je jenama apa kita nak, tau-tau barang dah sampai depan rumah..Yeayyy..Senangnya hidup. Hehehe.

Saya pun dah terjebak sama tengok koleksi makeup neh. Boleh masuk dah dalam wishlist awal tahun. Hehehe. Macam-macam kot boleh dapat kat koleksi produk kecantikan wanita online ni.

Beli yang ni satu pun dah macam-macam kaler ada kan. Tak payah la nak beli banyak-banyak jenis pastu penuhkan beg makeup sampai terkoyak zipp.opsss.Macam tuju kat diri sendiri jer. Hahah.


Yang ni pulak tengok design pun dah jatuh hati. Boleh tak nak beli sebab design yang cantik itu.


Supaya wajah mulus cantik sentiasa silalah apply foundation okey.

Haa kan dah terjebak. Berejam-jam duk skoll. Klik itu klik ini, berkenan yang itu berkenan yang ini. Tak sabar nak tambah koleksi produk kecantikan ai.

Dengan adanya teknologi ni betul-betul mudahkan kerja kita. Yang penting jimat masa dan tenaga. Duk dalam aircond yang selesa pilih je mana produk yang kita suka tanpa perlu penat lelah cari parking semata-mata nak beli alat makeup kan. So tunggu apa lagi jom cepat tengok koleksi produk kecantikan wanita online.

Selamat shopping!!
 


Monday, 13 May 2013

Penyelesaian masalah rambut

Salam uollss..

Perhatian semua. Ini bukan iklan promote syampoo okehh. Ini hanyalah pandangan dari perspektif saya sebagai seorang customer. Ewahhh.

Selama ni susahnya hai nak jumpa syampoo yang guna satu jenama dengan pelbagai kebagusan ada pada jenama yang satu itu. Saya selalu terpedaya dengan iklan tv okeh. Tengok je syampoo tu buat rambut cantik berkilau terus aim lepas habis je syampoo yang sedia ada nak tukar je jenama iklan berkilau tadi. Eh, sudahnya hanya omongan kosong kan.

Jadi sebagai seorang wanita berkerjaya berhijabista #hakhak.takbleybla# saya selalu idamkan rambut yang segar walaupun sehari berbungkus, rambut yang masih tak hilang bau-bauan semerbak mewangi untuk dua hari. Okeh. Sebelum ni masih tak jumpa. Jadi bila dah bersuami haruslah kena jaga semuanya kan. Setiap kali nak beli syampoo mesti tanya beliau dulu best tak bau. Hakhak. Korang pun kan. Sebab nanti yang nak menikmati bauan itu orang lain kan. Bukan diri sendiri kan. Orang lain means bantalmate. Eh. Eh. Sori. dah kelaut ni. Haha.

Jadi suatu hari tu tanpa terpedaya dengan mana-mana iklan tv saya telah men-try semua bau syampoo yang ada di pasaraya tu. Nasiblah asben aiolls ni cinta sangat ke tempat-tempat penjagaan diri neh. Test bau parfume lah, deodorant lah..okeh. Jadi kesempatan yang ada terus hulur botol syampo kat beliau satu persatu. Sebab bagi saya kekuatan syampoo adalah pada baunya kan. Kalau syampoo kau itu buat rambut lurus macam lebuhraya tapi bau tak best langsung baik tak payah kot. Ok. Itu pendapat saya.

Tiba-tiba sampai turn syampoo yang ini terus en.beliau cakap.. NI BEST BAU. WANGI SANGAT NEH.
Hehe. En.beliau awak telah menjadi model iklan yang buat saya terpengaruh untuk kali terakhir ini. Pasni takkan terpengaruh dengan mana-mana iklan tv dah.

Inilah syampoo bagi penyelesaian masalah rambut saya.
Anda pula bagaimana? #kibas hujung shawl#

Thursday, 14 March 2013

Tea warisan turun temurun - Tea Cap Dua Pipe

Salam uollss..

Cer citer korang kat rumah minum teh brand apa? Saya sejak kecik lagi dah terbiasa minum teh cap pipe tuh. Mak memang akan beli teh brand tu saja. Kalo saya beli teh kat cameron tuh yang perisa stawberi whateva memang tak laku la kat rumah.

Alamatnya bawak pegi opis lah. Kalau terbeli teh brand lain kat kedai runcit sekitar pun memang tak kan minum. Terbiar macam tu saja. Bukan nak cakap brand ni bagus berbanding yang lain. Cuma mungkin lidah dah serasi sebati sejak kecik kan.

Saya tak pernah pulak soal selidik mak sejak bila mak guna brand tuh. Yang pastinya kalau dulu selalu beli teh tu dalam gelas kaca..sampai kat rumah saya ada bergelas-gelas gelas bercorak yang beli teh tuh. Eh, sampai pernah hari tu buat kenduri kawin abang guna gelas tu jer. Betapa lamanya kami setia dengan brand tu sampai berbakul-bakul gelas berisi teh tu ada kat rumah. Tapi rasanya sekarang tak jumpalah pulak dalam gelas kaca kan. Just dalam kotak ni jer. Dulu beli teh ni 40sen. Sekarang dah 70 sen. Esok lusa konfirm lah naik sampai seringgit kan.

Sekarang dah duk sendiri pun saya still beli brand ni. Eh, hari tu masa pegi beli teh ni kat kedai runcit bawah tu jumpa la sorang akak neh. Tiba-tiba jer dia beramah mesra dengan saya "Kak pun minum tea ni jugak. Kalau pegi kedai makan dia guna tea lain memang kak tak minum air tuh". GULP!! Rupanya ada lagi insan yang setia sampai tahap itu kan. Ai is ok je kalau minum tea brand apa pun kat kedai. Hikss..

Eh, panjang la pulak saya membebel hari ni kan.*Terrajin la pulak saya. Kuikui.






Friday, 8 February 2013

Jom amalkan gaya hidup sihat (Edisi RUMPAI LAUT, DIET dan SAY NO to Caffeine)

Salam uolls..

Sementara ada masa sikit mari kita update belog moh. Eh, bukan ada masa free sangat pon. Cuma masa untuk menghilangkan kestressan. Kestressan? Sia-sia cikgu Fazidah cikgu bahasa melayu masa sekolah rendah ajar kan. Plis la guna bahasa betul sikit. Ok. Ok. Mari kita ke topik perbincangan asal.

Jom sembang pasal selim nak? Stress tak korang kalo saya sebut pasal slim? Ahakz. Eh, hari tu baca kat fb ada satu artikel tu orang omputih sana buat penyelidikan. The result is diorang cakap perempuan berisi lebih disayangi suami. Eh? macam gitu la lebih kurang tau. Stress tau. Terus tanya suami betul ke statement tu? Ahakz. Nasib baik laki i fobia gemuk. So, isteri beliau plis jangan berisi sangat hokeh. Slim-slim sudey...

Masa mula-mula duk umah sewa kemain kan tiap kali balik keje masak. Mengidam makan tu lah, teringin makan ni lah. Kalah orang pregnant hoii. Tapi al-kisahnya walaupun saya masak banyak atau sedikit tetap saya sorang yang makan malam. Dalam seminggu ada lah sekali en.beliau buang tebiat nak makan nasi time malam. Jadi bila rasa teringin dah hilang saya terus tak makan nasi malam. Konon-konon dietlah kan.  Hamboiiii.

Eh, kejap tukar topik. Sekarang femes rumpai laut ni kan. Hari tu mak mertua bagi saya. Sebulan lebih dah bagi minggu lepas baru saya rebus. Hiks. Ampunkan saya ma asyik tertangguh je kan. Macam-macam khasiat rumpai laut ni. Korang nak tahu khasiat sila Google yer. Setakat ni selama seminggu saya makan yang nampak ketara ialah saya bangun awal. Haha. Tu kira sebab rumpai laut tu ker? Maksudnya sebelum ni asyik bangun lambat sebab penat. Now jam 11pm dah ngantuk dah. Tido awal bangun pun awal la kan. Bangun tido rasa segar sikit. Bertenaga sikit. Tapi kalau lapar akan terasa lapar yang amat. Tak leh tahan-tahan dah kelaparan tuh. Eh, tu pun sebab rumpai laut jugak ker. So kena konsisten makan. Sebab mak mertua i kalau col selalu tanya makan tak? Susah payah mak nak bagi anaknya sihat kan. Kena rajin lah amalkan. Yang penting ia semulajadi. Tiada campuran bahan-bahan lain.

Lepas siap rebus tu kan baunya ya ampun. Rasa nak termunt**. Tapi bila dah sejukkan simpan dalam fridge bancuh dengan milo terus bau tak enak tu hilang. Ari tu Google pasal khasiat rumpai laut ni ada sebut kena kurangkan pengambilan kafein. Al-maklumlah saya neh hantu tea o panas. So now, pelan-pelan ubah gaya hidup ke arah yang lebih positif dengan mengurangkan tabiat minum kafein. Dah seminggu minum milo. Setiap pagi kena buat dua jenis air, milo untuk saya dan nescafe o untuk en.beliau. Harap konsistenlah yer. Konsisten untuk saya lah. En.beliau hantu nescafe o. Susah skit nak buang tabiat beliau sebabnya dia tak minum milo. So, no choice lah. Takkan pagi-pagi buta nak bancuh sirap untuk dia.


Mood diet sedang on sekarang. Gedix tak beragak nak diet. Tak sedar diri badan sekeping. Sebenarnya mood malas sedang on. Yelah kalau masak saya sorang yang makan. Dahlah spesis tak reti nak masak untuk kuantiti yang sedikit. Sudahnya asyik membazir jer kerja. So, baik kita makan je apa yang tak jadi membazir.
Roti bakar cicah kari. Kari tu ya ampun 2 hari gak kot baru habis. Eh, tapi best jugak roti cicah kari. Ala-ala makan roti canai jugak la kan.
Makan sorang-sorang sambil tonton ceramah Ustaz Azhar. Masa ni en.beliau takde kot kan. Kalau ada konpem la berebut roti tuh. Kata nak diet sangat kan. Makan roti saja larh!!


Semoga Tuhan tingkatkan semangat saya untuk berubah ke arah gaya hidup yang lebih sihat.
Ehemm. Pasni nak jogging la pulakkk..
^___________^




Thursday, 3 February 2011

I Lap u Celcom..

'Anda kini blh nikmati 1minggu pggln+SMS percuma ke nombor 8pax/15pax/Teman 20 anda. Terus nikmati lebih ganjaran menarik lagi!

Wow! hari tu baru merungut keciwa tak dapat hadiah hari jadi free sms + call masa birthday lepas. Tiba-tiba hari ni Celcom kotakan janji setelah saya topup non-stop. Terima kasih.

Nak pergi bergayut.
Babai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...