Para Pengikut..

Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Saturday, 30 March 2013

Eskrem = Ubat sakit tekak

Salam uollss..


Eh, iyeiye jer kan cakap eskrem tu ubat sakit tekak. Marah dokter baru tahu kan. Hari ni saya rasa pelik semacam jer. Ditambah pulak cuaca yang sangat panas rasa pening kepala + panas badan. Eh, tapi bila sentuh tekak ni ok jer. Tak panas pun. Cuma panas dalam la. Makan pun tak selera dah. Jam 4.00 petang baru makan nasi. Tu pun makan terpaksa kan.

Kemudian duk khusyuk tengok Galaksi malam tadi en.beliau call suruh bersiap nak ajak keluar.

"PEGI BELI ESKREM"


Haha. Fine.

Eskrem kedai runcit bawah tu tak menarik sangat lah. Takde coklat + vanila.



Mekasih asben. Tapi sakit tekak tak hilang jugak. Wuuuuu.


Tuesday, 2 October 2012

Sakit penghapus dosa kecil.

Salam uoolss.

Terengganu dah mula musim tengkujuh. Musim bah. Musim banjir.

Dan opkos la musim-musim sejuk begini penyakit saya semakin kerap menyerang. Sob.
Hari-hari kena serang lelah. =(

Nasib baik sekarang dah pindah meja opis duk bawah aircond =)

Dulu olwes guna vicks. Dalam handbag standby sentiasa. Sampai la vick tu masuk angin dan dah takde fungsi lagi. Pakai tak berangin pon. Takde efek pon.


Kemudian beli Tiger Balm pulak. Boleh tahan la skit. Pon sama kena standby sentiasa dalam handbag. Bila-bila masa diperlukan boleh guna.


Terima kasih Tuhan.
Menghapuskan dosa-dosa kecil saya.

=)

Sunday, 14 November 2010

Sakit penghapus dosa kecil

Saja bagi tajuk entri begitu supaya saya tetap bersyukur walaupun diuji dengan kesakitan.

Pagi tadi pergi kerja ok je. Tapi cuaca gelap. Betul-betul macam terkandung hujan untuk seminggu. Tapi keluar lunch panas sangat amat terik sekali (betul-betul panas la tuh) Naik jer ofis lepas lunch tu baru rasa pelik semacam. Saat-saat genting sebelum jam 5 bertambah-tambah pelik.

-Tekak sakit dan gatal
-Kepala pening
-Mula batuk-batuk
-Badan tak sejuk tak panas
-Sesak nafas.

Jadi simpton apakah ini? Puan doktor sila menjawab saya.

Drive dalam keadaan kepala pusing dan sakit dada. Dada makin sakit bila bertembung dengan roadblock apabila encik polis hensem senyum di tepi jalan (denyutan terhenti sekejap.ceh). Alhamdulillah selamat sampai rumah. Dan tiba-tiba saya terfikir sepanjang perjalanan tadi saya langsung tidak dapat mengingati lagu yang berputar di radio. Kena pukau ke hape?

Dan lewat petang tadi hanya makan sesenduk nasi+seketul daging+sesudu sambal bilis. Tapi akhirnya v.o.m.i.t...

Dan sekarang dada ni makin sakit. Saya hanya mahukan secawan tea o panas+tidur...

p/s: alamak! saya ditag. Mari settlekan tag. (sempat menyempat lagi tuh)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...