Para Pengikut..

Tuesday, 12 October 2010

Surat untuk awak.

Sue, ini pertama kali saya tulis surat versi diari digital saya. Khas untuk awak Sue (sila terharu okey). Saya sedih awak dah nak quit. Memang niat awak murni tulus suci nak pergi sambung belajar ikut jejak langkah Kak Da. Tapi saya sedih sebab kurang dah kegilagilaan di opis tanpa awak nanti.

Saya ingat lagi masa mula-mula diperkenalkan awak. Tengok hidung saya dah tahu awak keturunan sharifah. Tepat tekaan saya. Dan saya ragu ‘boleh kamcing ke ngan dia nie’ (dialog saya la) pasal sebelum nie dari sekolah tadika sampai masuk u saya tak pernah rapat dengan kawan berketurunan seripah.

Saya ingat lagi masa mula-mula masuk saya pendiam jer. Berlagak skema la konon. Tapi lama kelamaan bila dah kamcing dengan awak dan Kak Da terus saya rasa saya dah ‘huha-huha’( google la untuk tahu maksudnya).

Awak ingat tak lagi masa pergi dinner tahun lepas. Kagum saya tengok mama awak jahitkan riben untuk awak. Dan kenangan dinner ada yang grrrrramm untuk diingat. Macam mana kita tidur berempat di atas katil single. Nasi baik kita kecil comey kan. Kesian awak tak dapat tidur sedangkan saya lena kepenatan.

Sue lepas nie kalau saya tersesat dalam Terengganu saya terus akan teringatkan awak. Jadi awak jangan risau okey. Lagi awak ingat tak kita keluar berdua dan saya berlagak tahu semua jalan dengan konpiden suruh awak masuk simpang kanan. Rupanya itu jalan sehala. Tup2 ada kereta bagi hadiah lampu tinggi. Kurang asam jawa punya kereta. Dia tak tahu ke awak dan saya lost bab-bab jalan nie.

Awak pun patut tahu pengalaman pertama saya makan di Chicken Rice Shop adalah dengan awak. Terima kasih perkenalkan saya tempat makan best itu. Dan tempat wajib kita adalah fast food. Pizza,McD,KFC..kalaulah kita dapat claim semula gov tax tu tentu banyak duit kita kan Sue.

Yang tak boleh saya lupa jugak baru-baru nie bila kita jeles tengok Kak Amy pakai pashmina. Terus kita interview lokasi tempat dia beli itu selendang. Dan sehari sebelum cuti raya kita curi2 keluar nak pergi beli kan. Tapi frust sangat bila pusing-pusing tak jumpa pun dengan selendang. Tulah buat kerja jahat lagi. Rupanya kita salah lokasi. Dan lokasi sebetulnya belum buka lagi jam itu. Frust sangat kita kan. Dan petangnya awak teman saya pegi bank bayar downpayment keta. Time kaseh sekali lagi awak. Tibe-tibe je odw nak balik kita buat keputusan mengejut untuk mencuba nasib lagi untuk beli itu pashmina. Sangat kental kita kan. Dan atas kekentalan kita akhirnya kita berjaya menemukan. Tahniah buat kita. Maafkan saya Sue tak tag gambar teknik-teknik pemakaian pashmina seperti dijanjikan. Tapi saya dah buat bengkel cara-cara pakaikan selendang tu kan. Jadi saya dah tak hutang awak lagi sue.

Sue awak banyak tolong saya Sue. Saya salute awak kental. Harap saya dapat bertukar jadi kental macam awak. (Errrr..kecuali bab mengenal jalan). Sue saya nak buat awak sedey lagi ni. Lepas Kak Da quit saya tak sedey sangat sebab ada awak dan Kak Ina. Nanti bila awak pula quit tentu sangat bosan kami menempuh hari-hari mendatang (ayat bunga belajar dengan cikgu bahasa). Macam mana nak bergumbira dinner nanti tanpa kalian. Harap kali nie Faizal Tahir jadi artis jemputan biar padan muka awak nak sangat quit. Huhu. Siapa lagi nak ajar saya sebagai cikgu tekno.huhu. Siapa lagi nak mencongak-congak budjet untuk program. Huhu lagi. Siapa lagi nak backup saya bila gaduh dengan penghayun buaian cinta. Lagi siapa nak habiskan daging sup kalau 'pakwe' saya bagi extra. Nampaknya Kak Ina lah yang kena habiskan.

Ohh..Ada lagi Sue. Saya mintak maaf. Sangat-sangat maaf. Saya tahu awak kecik hati kan. Bila saya jadi seorang yang tersangat pelupa. Kerap pula tu. Maafkan saya untuk segala kejadian yang disebabkan sikap pelupa saya. Yang pasti saya yakin saya tak kan lupakan awak sebagai seorang sahabat suka duka.

Dah la sue. Saya sedey sangat. Semoga awak Berjaya mendapat segulung master. Bye.

Lepas ni kami tentu akan sentiasa merindui puding buatan awak yang lazat berkrim disukai ramai.

11 comments:

  1. huhu sayu la hati saya cmni.lebih sayu lagi bile kite kehilangan tutor paling klakar voted by student tahunlepas.

    ReplyDelete
  2. awak buat saye makin sedey...huhu

    ReplyDelete
  3. tok cik: tau xpe..huhu..
    encik kat: huhu..kita sama merasainya..=(

    ReplyDelete
  4. ske baca profile awk.."kalau meluat jangan baca"..tapi sy baca sampai abes..teringat kenangn dgn kawan2 yg baik2 :)

    ReplyDelete
  5. tihara: yer.Sedih kn bila kawan baik kita jauh dr kita.tp life goes on. Nanti akan diganti kawan lain. lagi bertambah kawan.=)

    ReplyDelete
  6. surat utk dia je ke?? surat utk pakdin xde ke? wakakaka.. steady je

    ReplyDelete
  7. pakDin:hehe..buat pakdin sy bg surat layang la..hehe..

    ReplyDelete
  8. surat t0k sy...??...sy merindui sumyyah..=(

    ReplyDelete
  9. cda comel: nti btambah windu..huhu..surat utk kamu?gulp..

    ReplyDelete
  10. bile dia last day??...sy sudah tahap kemuncak sem nih...sgt tertekan tuk mase skrg...=()

    ReplyDelete
  11. abis bln ni last.wah2.kamu tgh kritikal eh.xpe.nti cti kamu roger2 kte kua menderap.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...