Para Pengikut..

Tuesday, 13 September 2011

Raya oh raya.

Eh. cerita raya dah habis ke? Tak kira lah dah lapuk basi pon tetap nak cerita jugak.

Raya tahun ni buat pertama kali beraya ke rumah blogger. Jumpa lagi bloggers lain disana. Itupun Hafiz Hafizol yang ajak pergi. Gambar-gambar saya cilok dari blog mereka-mereka. Theeee. Sebenarnya kitorang beraya ke rumah Eyda. Dia buat open house. Jumpa la bloggers lain disana.



Peeewit. Dah macam potret famili dah. Heee. Pape pun terima kasih korang-korang. Next time hang out ajak la ahkak jugak. Gedik nak ikut jugak. Haha.

Okeh. Nak kenal diorang-diorang yang hensem dan comey sila kelik-kelik link di bawah.









Saturday, 10 September 2011

Korban lemak di bulan Ramadhan.

Salam uollls.

Sila ambil perhatian.
Saya mengepost entri pada jarum jam ke angka 2.00 am ini ketika masih di opis.
NOTED!


Sebenarnya nak share dengan korang tentang lemak yang terkorban di bulan Ramadhan. Sebulan di bulan Ramadhan langsung tak perasan seluar baju makin longgar. Bila pijak penimbang minggu lalu tengok berat turun 3 kilo. Dah kurus dah saya (bajet macam dulu gemuk jer). Thehee.


Serius mesti korang-korang hepi bila lemak-lemak terkorban. Owhh. Tapi tidak bagi saya. Sayang owhh lemak-lemak neh. Penat saya menternak. Lepas ni harusla berusaha lebih gigih untuk kembali menternak lemak.

Serius. Saya memang tak suka menjadi terlalu kurus like now. Eh! bukan menidakkan ciptaan Tuhan. Saya bersyukur sekurang-kurangnya saya sihat dari penyakit berbahaya kot. Tapi selalu orang akan tanya saya.
"aku tengok kau ni makan banyak tapi tak gemuk-gemuk. kau ada penyakit je?"
Selalu sangat la orang bertanya soalan spesis itu.
Apa harus saya jawab yer??

Saya makan banyak. Tapi mungkin cara pemakanan yang salah kot sebab tu tak gemuk-gemuk. Atau mungkin dah azali genetik keluarga.

Errrr. Sesiapa yer ada tips untuk tambahkan berat badan. Yang dah cuba dan berjaya. Sila promote pada saya tips yang korang amalkan. Ceeewah. Tetiba cari testimonial. Korang mesti tak percaya kan saya dah kurus tapi comel sekarang.

Tak percaya sila scroll gambar saya. Gambar 1 Syawal.










*










*










*








*










*










*










*











*












*












*












*












*










(sengaja buat korang scroll lama-lama. Haha)











*












*












*











*












*












*












*












*











(ok.ok. saya janji lepas ni terus keluar gambar)


















Saturday, 3 September 2011

Edulfitri 2011

Salam uolls.
Masuk entri pakai baju raya sambil bawak penyapu. Maklumlah blog dah berhabuk bersawang dah seminggu lebih tak jenguk. Maapkan saya. Bizi la kunun menyambut edulfitri kali ni. Kelas khau.

Tahun ni memang dasar raya sakan. Raya sampai negeri sebelah...
Tapi tak berkesempatan ke rumah sebelah. Adeh.

Saya pun tak tahu nak start cerita raya dengan topik apa. Tapi yang pasti tahun nie lain dari yang lain becoz dapat kenal ramai kawan baru..cik abang dan cik kak blogger yang santek hensem, dapat kenal bakal sedara mara (peewit) jugak raya bergusip dengan kawan lama.

Tapi tahun nie sebab sibuk raya atas jalan raya. Banyak rumah tak berkesempatan pergi. Sedih jugak. Raya sekejap sangat. Tup tup dan petang. Dah magrib. Agak-agakla nak beraya umah orang time malam. Orang len pun tahu rehat jugak. Jadi syawal yang masih bersisa nie harap dapat jumpa kawan-kawan lain kerana bersalam time raya sangat tak serupa dengan salam hari biasa-biasa.

Yer. Itu saja laporan dari saya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...