Para Pengikut..

Monday, 25 February 2019

Doodle Planner 2019 Giveaway

Salam uollss..

Jom join giveaway. Saya ni suka sangat beli diari atau notebook yang cantik designnya. Tapi tak pernah beli planner. Yang ni doodle planner tau. Cantik designnya. Suka sangat wei. Jom join giveaway ni manetau rezeki kita dapat memiliki planner yang comel ni.

Simple giveaway je boleh klik link SINI

Ni antara design planner tu . Mesti korang geram nengok kan. Cantik sangat.





Atau boleh klik gambar untuk direct ke entri giveaway. Good Luck. 

Saya TAG Hafiz Hafizol untuk join giveaway ni jugak. 

Tuesday, 19 February 2019

Potty training Daniel


Salam uollss..

Kisah potty training Daniel. Mami selalu post kat ig je. So kita copy letak sini untuk jadi kenangan besar kelak. Hehe.

Start 3y baru mami potty train Daniel. Tu pun weekend or time cuti je la. Tahun ni hantar taska masih pakai diaper. Harap tahun depan start masuk tadika boleh la free diaper. Haha. Takpe la lambat dik. Laju2 nak kejor hape kan. Haha.

Kisahnya mami dah gulung karpet tengah ruang tamu tu. So kosong takde pape. Kalo dia terkencing terberak ke senang nak detect nak cuci. Biasa tengah tu la port dia lepak main2 or tengok kartun. Setakat ni memang kencing depan tu jela.

Setakat sebulan lebih mami train ni masih lagi selamba dia kencing dalam seluar pastu tetiba dia tengok air atas lantai pastu cakap "eh". Hahaa. Takdelah nak bgtau mami..daniel kencing. Sabo jela. So ajar dia kalau nak kencing bgtahu. Kadang2 lepas sejam dia minum mami bawak g toilet suruh kencing. Kadang kencing, kadang tak. Jenuh la mami nak duk dapur lagi. So redho jela. Cuma kena bgtau sokmo bagi dia paham.

Hari tu sekali mami duk masak dapur, dia datang bagitahu something tapi biasalah bahasa dia mami tak paham. So mami iyekan jela. Ingatkan dia nak story pasal kartun Tayo dia tengah tengok tu. Pastu dia masuk dalam rumah balik ambik penyapu bawak g kat depan tv tu sapu something. Cepat2 la mami masuk takut penyapu kena tv. Mami tengok la seketul objek hitam dia sapu tu. Mami pun terdetik "eh,macamne katak ni boleh masuk dalam rumah". Hahaha. Tapi katak tu tak bergerak pun. Rupanya seketul tu adalah 💩 dia. Hahahahaha. Sekian. Semoga mami terus tabah.

Friday, 1 February 2019

Aktiviti Daniel di taska.

Salam uollss..

Lama tak cerita tentang anak bujang tunggal mami ni. Dah sebulan masuk taska. Alhamdulillah syukur sangat banyak perubahan. Paling suka bila dia dah boleh nyanyi, dah makin banyak words keluar. Kat taska teacher selalu whatsapp gambar dia. Kadang-kadang teacher post di fb taska. Macam-macam aktiviti yang diorang buat.

















Tempek sini sebagai memori akan datang. Semoga jadi anak cerdik pintar yer anak mami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...