:: Lunch terakhir menjelang Ramadhan ::
Wednesday, 3 August 2011
Tuesday, 2 August 2011
Bila bazar Ramadhan wujud sebelah opis
Salam uolls.
Yer. Serius tiada tipu menipu. Bazar Ramadhan dibuka betul-betul sebelah opis saya. Sebelah parking kereta dengan jarak boleh melaung panggil tuan gerai jual air tebu kat bazar tersebut dan didengari secara jelas. Yer. harusla nafsu membuak-buak untuk pergi bazar setiap kali nak balik. Begitukah opis mate sekalian?
Haha.
Tipu.
Sebab syaiton diikat Ramadhan ini jadi tiada suara-suara halus untuk mengoda-goda suruh beli itu ini dan akhirnya membazir itu ini. Saya cuma beli menu yang betul-betul teringin nak makan. Yer. Tadi saya beli MURTABAK. Saya suka murtabak sejak mula-mula pandai berpuasa. Masa kecik-kecik kalau banyak juadah terhidang depan mata waktu nak berbuka termasuk murtabak..menu inilah yang akan sold out dulu. Kalau beli murtabak tak perlu risau membazir sebab nescaya akan habis. Balik terawih bukak tudung saji memang dah takde piring berisi murtabak. Sekian.
Eh.
Tapi apesal bila masing-masing dah besar menggalah mengalahkan saya murtabak dah macam dilupakan. Yer. Tadi balik terawih murtabak masih ada. Maafkan saya murtabak bila kamu terpaksa bersaing dengan ayam golek madu yang dibeli oleh HafizHafizol. Potong betul HH. Time saya beli murtabak la dia pegi beli menu meleleh tu. Semua makan ayam golek hingga murtabak terabai. Ok. Fine. Lain kali saya beli satu saja biar kita semua berebut-rebut. Enam kali empat dua puluh empat siapa lambat dia tak dapat. Huh!
![]() |
| Seplastik murtabak. |
![]() |
| Takdela meriah sangat pon sebenarnya. Mungkin ramai tak tahu kewujudan bazar ni. |
![]() |
| Tengok. Dekat jer dengan opis. |
![]() |
| Lepas beli boleh riang ria berjalan tanpa manusia bersesak-sesak. |
Saya harap esok hari tiada lagi menu bazar berlegar-legar di kepala. Itu saja.
Bye.
Tuesday, 26 July 2011
Bila future husband mula ajak bincang itu ini.
Dua tiga hari ni kerap kali en.beliau col time ofis hour. Biasanya sangat jarang beliau col time kerja kecuali ada perkara penting nak diberitahu. Tapi rasenya empat kali sehari kot beliau col. Lepastu setiap kali col mesti beliau duk tanya repeat banyak kali.
"Dah cari ke rumah sewa?"
"Bila nak cari rumah sewa?"
Katanya nak kena sewa awal-awal nanti boleh pelan-pelan beli perkakas rumah.
Semua dilist satu-persatu.
"Yang paling penting dalam rumah adalah tv"
Ceh. Bajet saya surirumah ke nak ngadap tv sambil lipat baju.
Phewww!
Bila dia tanya saya pulak barang apa yang paling penting untuk didahulukan?
Owhh!mestila saya cakap KUALI. Haha. Terharu tak?
Then katanya tak perlu beli kuali awal-awal nanti dapat hadiah kuali kan dah membazir disitu.
Hahahaha.Gelak besar.
Plz la. Ada ke orang bagi hadiah kuali?
Lagi kena beli set bilik tidur, sofa, perkakas kat dapur, peti ais, mesin basuh dan macam-macam lagi. TV nak saiz besar-besar. Pastu nak pasang Astro nak tengok bola. Cesss! Penat hokeh kalau bagi dia peluang bercakap memang tiada titik. Sob!
Jadi saya yang kental bukak mudah.my cari rumah sewa sekitar Kuala Terengganu.Banyak jugak la. Tengok lokasi, keluasan, harga dan kemudahan yang ada. Yang paling murah RM300. Tapi tak tahu la kondisi macam mana. Then en.beliau col lagi. Hokeh. Report kat dia apa yang dicari.
Rasanya wahai en.beliau kita ni terlalu awal kot nak cari rumah sewa. Macam membazir je rasa bila sewa rumah dan saya duk sorang-sorang macam musafir dari negeri orang. Sedangkan selama ni stay kat rumah dengan mak ayah. Lain la kalau rumah jauh dari opis.
Yer. Setelah berpenat lidah melakukan sesi debate akhirnya keputusan dibuat kami akan cari rumah sewa awal tahun depan. En.beliau sila bersabar. Keputusan adalah muktamad yer.
Bye!
Subscribe to:
Posts (Atom)








