Para Pengikut..

Sunday, 19 June 2011

Saya suka AYAH menjadi AYAH saya.

Salam uollsss.

Ni kisah semalam-semalam dan hari ini.

Jumaat malam :
Sedang lepak-lepak main game hp saya dengar ayah duk sembang dengan mak. Jadi curi-curi dengar. Haha.
Mak : Esok JKK anjur sukaneka kat padang sekolah. Pergilah tengok. Kot-kot dapat cabutan bertuah.
Ayah : Malas la. Budak-budak je la pergi.
Mak : Dengar kata ada jugak lawan dam aji.
Ayah : (bunyi eksaited) Yer ke? Sukaneka ada jugak ke main dam aji?
Mak : Ada la. Dah tulis dalam kertas tu (pamplet)
Ayah : Malasla..

Ok. Tu je ke? Ingatkan sembang-sembang pasal majlis perkahwinan saya. Haha. Berangan tak hengat!

Sabtu pagi :
Sebab terpaksa harus kerja jadi tak boleh melepak-lepakkan diri di rumah. Tak boleh jugak ke padang tengok orang kampung bersukaneka. Sob sob.Nasib baik masuk kerja 10am. Jadi pagi-pagi tu saya teman mak pergi pasar.

Sampai kat pasar tengok mak macam cari seseorang kat deretan kedai makan.
Mak : Takdok la pulak ayah. Kata pergi pasar.
Saya : Dia pergi rumah kawan dia kot tuh.

Malam pulak balik 2am. Tak terjumpa femili members untuk tanya perkembangan sepanjang hari.
Sobsob..

Ahad pagi :
Hari ni pun kerja lagi. Bersungguh-sungguh untuk kecemerlangan.

Sebelum pergi kerja jumpa emak. Sembang-sembang kejap.

Mak : Tak nampak ke hadiah ayah?
Saya : Hadiah ape mak?
Mak : Hadiah sukaneka.
Saya : Haha. (Gelak tak hengat). Ayah main sukaneka apa?
Mak : Main dam aji. Dapat nombor dua.
Saya : Ye ke mak? (muka was-was)
Mak : Ye la. Kawan dia ajak pergi tengok. Dia pun join. Dapat nombor dua.

Ok. Bukan ke ayah kata malas pergi??


Tahniah ayah. Menang main dam aji. Hehe.

SELAMAT HARI AYAH.
Moga ayah terus kuat semangat.
Terus dikurniakan kesihatan berpanjangan.
Terus dipanjangkan umur.
Terus menjadi kebanggaan kami semua.
Kami sayang ayah. =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...