Salam uollsss..
Rumah yang kita duk sekarang ada laman. Takde lah besar sangat pun keluasannya. Tapi taklah sekangkang kera pon. Nak bertanam-tanam bunga, tanam sayur sikit-sikit boleh la. Hari tu mak mertua datang dia dah bagitau suh tanam bunga. Dia kan hantu bunga. Suh ambik je bunga kat rumah dia mana yang berkenan. Hehee. Pastu kita ni memikirkan kot la tetiba ada lembu or kambing sesat datang makan segala tanaman kita maunya tak mengamuk tambah-tambah kalau pokok kesayangan kan. So, pendamkan dulu niat nak tanam pokok bunga tu. Coz umah ni tak berpagar. Umah kawasan kampung kan.
Then hari tu kebetulan beli kangkung. Ada akar skali. Kita rendam la batang dalam bekas ada air. Dah nampak ada tunas-tunas baru tumbuh tu terus pegi tanam. Situ dekat ngan paip air. So nak siram pon senang. Kadang-kadang balik kerja tengok tanah kangkung tu dah basah. Ada lah kot mak ke abang yang datang siram. Heeeee. Setakat siram air je takde buh baja pon. Tapi nampak la hari ni dah ada dahan baru dengan daun bertubi-tubi keluar. Takde gambo latest la pulak. Suka tengok kangkung tu membesar depan mata. Tak sabo tunggu masa nak petik.
Hope takde la lembu kambing sesat singgah meragut kangkung ai.
No comments:
Post a Comment