Para Pengikut..

Klik Me =)

Wednesday, 13 July 2016

Cerita sebelum raya - Aidilfitri 2016

Salam uollss..

Tahun ni ai macam takde masa sangat nak snap gambo. Dah ada handbeg berkaki dua ni. Kikiki. Asyik duk kelek anak je la. Pakai tab pulak lagilah ahkak malas nak kuarkan tab besar gabak ni. Guna fon asben jela. Tupun nak suh snap gambo banyak-banyak kang kena bebel. hahaha. Pasrahhh. Dahla camera senyap duk bertapa dalam gerobok tak kuarkan pon. Ampunkan saya. Lalu nak menempek gambar apa yer kat blog ni ha??

Alkisah semalam tab pulak buat hal tetiba xleh on la pulak. Lagilah ahkak mood kelaut nak post citer pasal raya. Baru ingat nak transfer n buh watermark kat gambo. Kelaut la jawabnya.

So kita citer alkisah sebelum raya jela yer. Tunggu asben balik weken nanti baru nak copy balik gambo dalam fon beliau.

Tahun ni raya tokjiring. Semua orang nak buh hashtag #teamraya'namakampungkorang'. So akak #teamrayaterengganu. Raya umah sendiri tahun ni. Umah mak kan depan rumah jer. Tahun ni tak la meriah sangat. Abang ngah sekeluarga tak balik sebab baby kecik lagi nak travel jauh2. 

Juadah raya.

Saya dah plan awal-awal nak masak rendang dan lontong. Ceewah. Rendang direkues oleh asben. Lontong diri sendiri yang nak makan. Mak pulak masak nasi dagang. Jadi kita buat lontong banyak la jugak. Nasi himpit pon ada lagi dalam peti ais tu. Haha. Tengoklah kot weken ni buat lontong lagi kot ada orang nak datang raya umah kita ke kan. Muahaha.

Baju raya.
Tahun ni semua menda last minit. Macam kalut sangat je rasa. Yela tunggu asben balik weken baru boleh nak menyoping. Tak kuasa kita sorang-sorang kelek anak pegi soping. Nasib baik 2 minggu sebelum raya soping sakan baju raya Daniel. Kebetulan baju Daniel banyak tak muat dah singkat dah. So beli baju untuk pakai harian dan baju tido teruslah. Baju melayu Daniel tempah dengan biras jahitkan. Comel betul kecik cinonet je bajunya, Ngam-ngam dia pakai.
Baju raya aiolss beli on9 je. Tupun koleksi baju yang aiols jual jugak. kiki. Nasib baik la sampai sebelum raya. Kita redho jela kalau baju tak sedondon kaler ngan anak. Maklumlah gambar dalam on9 kan tak sama sangat dengan real. Sampai je terus matching ngan baju ank eksaited kemain sebab kaler matching. Hehehehe.
Baju melayu asben pulak malam Isnin baru nak cari. Sebab petang Isnin asben baru balik. So malam tu terus keluar cari baju dia. Punyalah last minit tak jumpa yang berkenan dihati. Balik dengan hampa. Pagi besok (Selasa) keluar lagi cari. Alhamdulillah jumpa jugak. Ada pulak saiz ngam-ngam ngan asben. Seronok la sebab boleh pakai sedondon. Kikikiki.




Alhamdulillah tahun ni raya bertiga. Terima kasih Allah bagi peluang raya dengan suami dan anak tercinta. 

Next entri tunggu aiolls rajin menyelongkar gambo la jawabnya.

Tempek gambo budak bulat etel2 mami dulu sekeping.




6 comments:

  1. Lama rasa tak komen dekat blog ni. Comel betul. Tunggu next entri pula nak baca. :)

    ReplyDelete
  2. rindu dak bucuk... tunggu ummi balik ye daniel..muah ciked..hehe

    ReplyDelete
  3. tahniah iza.
    da ada handbag di hari raya ekk.
    tapi seronok ler beraya dgn handbag tu kan :)
    next year daniel boleh sedondon dgn ayah nyer la.
    berjalan beraya berbaju melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..taun ni pon dh berbaju melayu dh.kikiki.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...