Salam uollss..
Salam aidilfitri saya ucapkan. Tak sempat lagi nak update blog sempena aidilfitri 2019. Semalam ambik mc sebab demam urat,batuk dan selsema. Ni penangan raya + kenduri punya pasal. Alhamdulillah hari ni dah ok sikit boleh masuk kerja. Hureyy.
So kita update dulu gambar2 throwback bermula tahun 2012 iaitu tahun kitorang bergelar suami isteri.
1st year beraya sebagai pasangan suami isteri kami raya di kampung saya sebab raya kedua balik raya di kampung asben kat Kelantan.
Tahun ke2 raya di rumah mentua pulak. Setiap tahun memang akan buat giliran supaya adil dan saksama. Kalau raya pertama raya tahun ni kat rumah mentua, pagi raya ke2 baru balik beraya dengan family belah saya pulak. Begitulah sebaliknya.
Nasib baik jarak kitorang selang satu daerah je. Drive kereta dalam 1 jam lebih dah sampai. Kalau jem haru lah sampai 3-4 jam.
Tahun 2015 ni Daniel dalam perut 4 bulan kot.
Tahun pertama raya dengan anak mami super aktif.
Ni raya belah mentua pulak.
Raya rumah my family suka sebab adik beradik ramai. Sedara mara ramai. Kalau sehari tu memang tak sempat nak pergi ziarah semua mak sedara.
Tahun ni raya umah mentua. Raya umah mentua walaupun keluarga kecik tetap meriah dengan sedara mara dan kawan2 ayah ma datang raya. Memang duk dapur jela kerjanya. Haha.
Semoga dipanjangkan usia untuk bertemu aidilfitri tahun2 akan datang. Eh syawal belum habis lagi dah nak ketemu yang akan datang yer. Haha.
No comments:
Post a Comment