Para Pengikut..

Friday, 15 January 2021

Deko hantaran untuk pertunangan.

Salam uollss..

Ahad minggu lepas adik lelaki saya selamat bertunang dengan gadis pilihan hatinya. Mengejut jugak keputusan ni. Asalnya plan nak pergi merisik jer. Tapi memandangkan dalam keadaan sekarang ni nak balik kerap pun payah,  sebab adik kerja kat KL. Dan orang kuat dalam adik beradik kami iaitu abang menetap kat Klang. So alang-alang diorang balik terus bertunang. Majlis pun simple jer. Asalkan tercapai niat dan hasrat utama tu nak menyatukan dua jiwa. Ceewahh. So untuk hantaran pihak laki bagi 5 hantaran :

1. Sireh junjung
2. Kain pasang
3. Telekung
4. Manisan (kek)
5. Buah-buahan

Pihak perempuan membalas 5 hantaran juga.
1. Baju melayu
2. Sejadah
3. Jam tangan
4. Manisan (kek)
5. Buah-buahan

Mak sarungkan dua cincin iaitu cincin merisik dan jugak cincin pertunangan.

Dan gubahan hantaran dari pihak lelaki of course la digubah oleh kakak yang gojes ini. Haha. Alhamdulillah boleh la nak gubah simple-simple.
Untuk lapik hantaran saya recycle jer yang majlis kahwin kakak hari tu. Cuma tukar renda dan bunga. 
So,  macam biasalah,  bila nak buat deco ni kena plan dulu design macam mana. Match dengan warna apa,  dan hiasan apa yang nak dibeli. Sebelum beli sy akan cek dulu kotak craft sy. Saya selalu juga buat deco hantaran dan bouquet. Banyak bunga extra. Kita guna mana yang ada dulu. Tak cukup baru beli supaya tak membazir. 
Saya beli barangan untuk hantaran kat kedai Era Nona,  kedai ni famous la kat Terengganu ni. Nak keperluan untuk hantaran ke deco ke apa semua ada kat sini. Iklan ini tak berbayar yer. Heheh. Saya just beli bunga dua jenis warna purple dan soft pink,  renda color purple 4 meter, sehelai lapik color purple. So boleh potong empat ngam2 dalam bakul hantaran, renda bunga kaler hijau untuk lilit daun sireh, gun stick sebab stok kat rumah dah habis. Total semua tu tak sampai RM50.

Excited tu nak deco ni. Saya memang suka gubah bunga. Masuk kedai bunga tu pun rambang mata tak tahu nak beli bunga apa. Suka tau kalau adik abang kakak kahwin,  kita boleh deco apa2.
Saya start deco malam Khamis. Mula-mula lilit bakul hantaran dengan renda seterusnya kat hujung tu susun bunga. Hari Ahad start tengahhari tu baru lah letak semua barang-barang hantaran dan juga deco sireh junjung. 
Mak tanam sireh kat rumah. Suka bau sireh ni fresh jer kan. Dalam pukul 3 petang siap semua baru pergi makan. Selagi tak siap selagi tu tak bergerak dari meja. Haha. Paling lama dan leceh sikit buat of course la sireh junjung.
Kitorang ke rumah pihak perempuan malam Ahad. Dua buah kereta jer perginya. Family perempuan pun memang takde panggil tetamu lain datang. Betul-betul keluarga kami sahaja.
Alhamdulillah majlis ringkas penyatuan dua keluarga berjalan lancar. Terima kasih Allah permudahkan. Semoga dipercepatkan jodoh adik ku dan bakal adik ipar untuk mempercepatkan proses mendirikan masjid. Aamiin.

4 comments:

  1. Perempuan mmg perlu balas hantaran juga ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adat semua ni sis. Tp tu la. Org memberi kita membalas la. Hehe. Tp depends atas family pulak mcmne. Bincang baik2.

      Delete
  2. Fuyo dapat jam gshock 😱hahaha.. Semoga dpermudahkan urusan adik awak sis... 🤩

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...