Para Pengikut..

Showing posts with label info buat kalian. Show all posts
Showing posts with label info buat kalian. Show all posts

Tuesday, 22 March 2011

Nikah di masjid tak sah?


Terkedu sekejap bila seorang anggota Majlis Fatwa berkata ‘menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah’. Lagi beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka dan beliau berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin.


Betul ke? Baru jer berangan nak nikah kat masjid. Theee.

Pastu hari nie keluar lagi dalam paper..

Penggunaan masjid sebagai tempat untuk upacara akad nikah tidak bertentangan dengan Islam dan boleh diamalkan selagi ia mengikut peraturan ditetapkan agama.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata ia juga memudahkan imam masjid menjalankan upacara itu selain menjadi perantara untuk menyebarkan dakwah apabila ramai yang datang ke masjid untuk menjalani akad nikah.

“Ia memudahkan kerja imam kerana kerana mereka mungkin perlu menikahkan lebih dari satu pasangan dalam sehari. Jadi lebih mudah ia diatur di masjid kerana imam tidak perlu membuang masa untuk pergi ke banyak lokasi perkahwinan"

(copy paste from BeritaHarian online)

okai. Lega. Heee.



Monday, 14 February 2011

Fakta Tentang Lelaki - Siri II

..sambung yang INI..

'Fakta Tentang Lelaki'

(6)
Bila lelaki mengatakan 'uuummm' untuk tempoh yang panjang serta sering mengelak saat memerlukan pertolongannya, itu bermakna dia tidak menyukai anda lebih dari teman.

(7)
Bila lelaki mula menyimpan rasa terhadap seorang wanita, maka rasa itu adalah benar meskipun wanita itu tidak cantik di mata orang lain.

(8)
Saat lelaki kononnya meminta anda meninggalkannya atau mahukan masa sendiri, sebenarnya dia mahu anda terus disisinya dan mendengar masalahnya.

(9)
 Lelaki tak seperti wanita. Mereka sukar untuk meletakkan impian dan harapan yang terlalu tinggi untuk dicapai.

(10)
Bila seorang wanita menolak ajakan seorang lelaki dengan mengatakan 'tidak', bagi lelaki wanita itu hanya mengatakan 'cuba lagi esok'!
(11)
 Lelaki paling sukar membuat keputusan yang pantas dan ini jauh berbeza dengan wanita.









Sunday, 13 February 2011

Fakta tentang LELAKI - Siri I

Malam ni susah nak tidur sebab siang tadi dah terlebih tidur. Jadi belek-belek majalah Rapi isu yang lepas-lepas terpakulah pada satu topik yang menarik minat saya untuk baca lagi buat kesekian kali. Mungkin ada yang tak tahu atau tak ambil tahu. Jadi saya mahu kongsi dengan kalian. 

'Fakta Tentang Lelaki' 

(1)
Lelaki sebenarnya tidak sering mencari wanita yang cantik semata-mata untuk dijadikan isteri sebaliknya lebih selesa memilih yang kemas dan berpesonaliti menarik serta pandai membawa diri.

(2)
Lelaki mampu gila bayang hanya dengan senyuman seorang wanita.

(3)
 Jangan suka bercakap tentang bekas teman lelaki anda di hadapannya. Walaupun dia berlagak cool tapi dia sangatlah membenci hal tersebut.

(4)
Lelaki sanggup melakukan apa sahaja termasuklah bercakap kuat hanya semata-mata mahu menarik perhatian wanita yang disukai.

(5)
Lelaki juga menangis!!!!

Tapi malam ni nak bagi 5  fakta jer dulu. Esok sambung lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...