Para Pengikut..

Thursday, 6 June 2013

Lega.

Salam uollss..

Lama kan aiollss tak update blog. Hee.. Sekarang sehari tak update pon dah rasa lama. Boleh eh gitu. Hikss. LEGA sangat sebenarnya aiolls dua hari ada audit semalam dan hari ini. So sekarang baru rasa lega sedikit. Harap keputusan audit ni semakin melegakan saya. 


Ok. Maybe minggu depan pon dah kembali bizi dengan semester baru-semester panjang. Lama sangat dah rasa tak mengajar neh. Rindu pulak nak kembali ke rutin harian. Eh?Rindu ke??Ahakz.

Ok. Tu je nak cerita plus takde gambar pon. Bye!


Monday, 3 June 2013

Petang nan indah.

Salam uollss..


Ewah kau. Asal sebut je pasal makan terus jadik petang nan indah kan. Cuba ajak pergi mancing mesti jadik petang yang membosankan. Owhh. Husbeng pliss nak pegi mancing sila jangan ajak saya. Kang saya mogok bawak satu guni junkfood kan. Hahaa. Harap awak baca entri neh.

Balik dari rumah mak selepas makan kat kenduri dah tu kan. Terus en.beliau ajak jalan-jalan ambik angin kat pantai. ok. Aiolls suka. Sebab nanti mesti kita boleh bagi mukadimmah sikit "Bestkan petang-petang gini pekena ABC". Hahaha. Nampak tak skill disitu berjaya.


Eh, tapi tipulah kalau ABC je kan. Pastu saya pergi ke kaunter intai-intai apa yang ada. En.beliau cakap beli sotong celup tepung. Fine. Tapi keropok tu buat saya terliur sangat. Terus beli dua menu tuh. Sampai kat meja bebel la en.beliau katanya membazir kan. Eh, aiolss makan je kan. Bukan nak buang pon. Cakap banyak je kan. Padahal tak dapat habiskan. Bungkus baki bawak balik rumah. Tulah. Sape suh beli lagi banyak-banyak kan.


Sekarang asyik rasa lapar je. Tambah-tambah kalau hari cuti. Asyik nak mengunyah jer kerjanya. Kedai runcit pulak bawah rumah jer. Asal lapar je turun beli pape untuk dikunyah.

Kemudian en.beliau cakap "Makan lah lagi banyak-banyak. Tengok perut tu dah bunch"
"Eh, tak baik tau kutuk bini sendiri"
"Biarlah. Nak kutuk sampai awak insaf"

BAIKLAH.BAIKLAH.
MULAI HARI INI SAYA AKAN DIET!
MAKAN NASI SEKALI JE SEHARI. TUPUN SIKIT JER
TAKKAN MINUM AIS LAGI.
MINUM AIR SUAM JER.


Puas hati awak kan.
Okey. Yang capslock atas tu saya akan sebut dalam mimpi malam ni okeyyy..

Sunday, 2 June 2013

Masak lemak jambu golok.

Salam uollss..


Now bersiaran dari rumah sambil menonton Cinta Jangan Pergi. Eh, tension aiollss tengok citer dengan housemate neh. Sebaris ayat je ai bersuara pasal citer neh konpem bertalu-talu dia tanya macam-macam. Hish. Hilang fokus ai tau. Dia ni gamaknya mata je tengok citer tapi fikiran tembus tv, tembus dinding. Sebab tu kot dia orang laki tak minat sangat drama-drama neh. Sebab fikiran dia selari jer kan. Pompuan ni fikiran dia bercabang-cabang. Episod pertama jer keluar konpem pompuan dah reka macam-macam kesimpulan untuk episod seterusnya kan.

Ok. Citer dah habis now boleh sambung membebel kan. Internet malam nie lembeb gilos okeh. Sabar jer la. Sebenarnya nak story pasal jambu golok. Eh, jambu golok ni panggilan orang Tganu kan. Jambu golok ni adalah buah gajus. Orang Kelate panggil buah ketereh kan. So ceritanya balik rumah mak semalam en.beliau la punya idea neh "jom kait buah jambu golok balik masak kat rumah". Ok. Fine. Pergilah dua orang neh masuk dalam semak nak carik jambu golok kan. Kemudian en.beliau mesin kelapa. Tak best langsung kot beli santan kotak tuh. Sobsob. Kadang-kadang beli jugak bila takde pilihan kan. Jadi time balik rumah mak jer mesti culik nyior. Hikss. Pastu singgah pasaraya beli sotong. Masak untuk makan malam.




Lepas tu goreng kacang buncis. Yeke nama dia kacang buncis? Hehe.
Ikan goreng. Nak sangat garing kan. Saya goreng sampai tulang nya rapuh boleh kunyah. Ok.

Sambal belacan. Selalunya buh perahan asam limau jer. Tapi tadi beli pauh. Terus tumbuk dengan pauh. Masamnyerrr.

Nyumnyum. Agaknya ni kali terakhir untuk tahun ni makan sayur lemak jambu golok. Sebabnya buah kat pokok tu dah habis stok da. Tunggu stok tahun depan la jawabnya. Daaa..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...