Para Pengikut..

Tuesday, 18 November 2014

Hujan oh hujan.

Salam uollss..

Baru bersiaran lepas balik dari Shah Alam. Jumaat Sabtu Ahad di Shah Alam attend bengkel, staff award, annuar dinner n staff assembly. Balik Dungun hari Isnin (semalam) cuti plak. Masuk kerja hari ni terus blur. Haha. Hari ni ujan lebat sangat. Pagi tadi pon macam tak nampak jalan dibuatnya. Semua kereta bawak 30kmj.  Sebenar dah 2-3 hari hujan berterusan di Terengganu ni. Adik laki saya pon ada duk upload gamba kat whatapp group famili bagitau laman umah mak dah melimpah air sampai kat anak tangga. Air hujan bertakung kat padang samapi melintasi jalan. Biasanya kalau hujan berterusan macam ni mesti kitorang dah standby letak moto kereta kat luar jalan sana. Risau jugak kalau air makin naik susah nak keluarkan kereta.

Rindu pulak zaman kecik-kecik. Zaman tak takut pon banjir. Seronok sangat kalau musim tengkujuh.

Depan umah mak ada padang, kalau musim tengkujuh mesti kat padang tu penuh air dah jadi macam lautan dah sampai la laman umah mak penuh air. Pastu kitorang ni, saya adik abang kakak dan sepupu-kawan-jiran sebelah umah mesti pegi mandi air banjir. Haha. Seronoknya.

Buat rakit guna buluh or batang pisang.

Tangkap anak haruan yang kaler gold tu. 

Cabut ubi kayu, rebus cicah nyior. Mak bancuh air kopi. Nikmatnyaaaaa..

Nampak je kelibat moto ayah balik cepat-cepat lari balik rumah. Kalau tak nanti ayah mengamuk. Haha.

Pastu umah mak ada telaga, kalau musim tengkujuh hujan lebat eksaited sangat bangun pagi nak tengok air telaga sampai paras mana. Ada jugak sampai boleh cedok ngan gayung. Banyaknya hujan masa tu.

Kadang-kadang kalau hujan lebat sangat mak tak bagi turun so duk diam-diam dalam rumah. Tapi opkos la tak diam. Main batu seremban, tutup botol tu, karom, congkak, tak pun main pondok-pondon guna selimut n kusyen. Haha. Owhhh, kitorang selalu jugak main cari harta karun. Sampai panjat-panjat dinding nak cari harta karun punya pasal.


Rindunya. Rindunya.










Wednesday, 12 November 2014

Ole-ole dari Langkawi.

Salam uollsss..
 
Minggu lepas kan mil,fil n adik ipar pegi Langkawi. Wahhh bestnya. Saya pun tak pernah jejak kaki lagi ke Langkawi. Huhuk. Pastu semalam adik ipar datang jalan-jalan bawak sekali ole-ole mil kirim untuk menantu hantu kesayangan dia. Haha. Plisss. Jangan ada suara-suara sumbang cemburu okey.
 
Coklat Daim peberet sangat ni. Saya ni kurang gemar makan gula-gula. Kalau dapat gula-gula doorgift kawin tu sampai berbulan-bulan dalam fridge. Pastu last-last bagi anak buah, takpun bg student, takpun dapat doorgift gula-gula bagi siap-siap kat opismate sebelah meja.
 
 
Haha. Seronok pulak dengar pengalaman mil ke Langkawi yang adik ipar cerita. Mil kan bergaya, nampak muda jer sentiasa sampai orang ingat mil ni anak Pak Nasir (fil). Hahaha. Suka lah tu ma, orang puji dia muda. Hehehe. Tapi satu yang saya nampak rahsia muda mil adalah sentiasa murah dengan senyuman. Ramah dengan orang sekeliling, sentiasa buat orang menyenangi beliau. Tu la rahsia awet muda. Pastu nak keluar kemana-mana sentiasa cantik dan kemas. Takde selekeh-selekeh.
 
Eh, ma bagi kain batik jugak. Tq tambah koleksi kain batik saya yang tak seberapa banyak ni. Hehe.
 
 
Pastu pegi Langkawi opkos la ada minyak gamat kan. Banyak pulak tu ma belikan. Ni stok bertahun-tahun ni ma. Kan katanya menantu ni lelah, siap belikan minyak pala tu lagi. Tq banyak-banyak ma. Luv u. Muaahhh. (Bajet macam ma baca je blog ai. hakhak)
 
 
Suka jugak adik ipar datang. Yang datang dua orang macam 10 orang dah riuh satu rumah. Masak simple untuk dorang. Dapur pon kering dengan stok barang basah. haha. Lain kali datang Kuala Trg jangan lupa singgah makan. Hehe.


Monday, 10 November 2014

Giveaway By Mamaniza.com

Assalamualaikum




Mamaniza melancarkan sekali lagi Giveaway by Mamaniza.com berserta dengan para sponsor yang cukup hebat berserta engan tawaran hadiah yang menarik pasti akan memikat hati kalian.

Tujuan GA ini dijalankan adalah : untuk mengeratkan lagi hubungan antara sesama blogger. Saling kenal mengenali antara satu sama yang lain. Selain itu, kita juga menambah rakan-rakan baru dalam senarai followers kita.

Follow Blog:


Like FB:



Syarat utama:

1. Pastikan anda follow kesemua sponsor berikut dan like page mereka.

2. Buat entri bertajuk Giveaway By Mamaniza.com

3. Copy coding yang telah disediakan dan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publishkan.

4. Hantarkan URL penyertaan anda di ruang komen.

5. Giveway ini akan berlangsung pada 3 Nov pukul 12 tengahari dan berakhir pada 10 Nov 2014 pada 12 tengahari juga.


6. Pemenang akan diumumkan pada 13 Nov 2014 berdasarkan random.

Hadiah Giveaway by Mamaniza.com:

Wang Tunai RM 50 - Top Refferal by Mia Liana
Paper beg - Mamaniza
Kain sulam pasang - Fuza Musa
Shawl - Farahuda
Shawl manik juntai - Shalimar
Bawal, keychain dan masker - Alise
Buku Tetamu Istimewa - Cikgu Helmi
Herblax dan halfmoon bead shawl - Norhana (IbuHana)
Keychain - Norihan
Top up RM 5 - Fatihah Fazlin dan Azwar Syuhada
Misteri - Farah Wahida dan Kathy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...