Para Pengikut..

Showing posts with label Sembang kosong. Show all posts
Showing posts with label Sembang kosong. Show all posts

Sunday, 13 September 2015

Siapa paling kuat daya ingatan?

Salam uollss..
 
 
Dah kenapa tajuk entri macam pakar motivasi bertanya soalan pulak. Haha.  Saja sembang-sembang takda topik nak sembang. Biasanya yang susah nak ingat tarikh-tarikh penting ni laki la kan. Besday isteri pon tak ingat, anniversary pon tak ingat.

Kitorang laki bini ni ada satu habit suka sembang-sembang. Kadang sampai 2-3 pagi kot duk menyembang jer kerja. Macam-macam topik lah. Agaknya habit orang pjj macam tu kot eh. Hehe. Pastu mula lah throwback dari zaman 10 tahun lepas, zaman mula-mula kenal. Zaman pergi dating masing-masing naik bas. Sadisnya. Haha. Sanggup naik bas bersesak dengan orang ramai, panas lagi. Balik pulak kena awal nak kejar bas last. Kang tak sempat bas merana lah kau tak dapat balik. Memori betul.

Pastu malam tadi bukak topik throwback lagi..

Mula-mula cerita pasal bestnya kalau dapat pegi pulau. Cerita la Apihapijol pegi pulau best. Then kitorang pon terus terpikir macam mana orang pulau dapat sumber letrik ha?? Pastu melalut cerita pasal dia pegi La Hot Spring kolam air panas kat Setiu ke mana ntah. (Okeyyy...bila tu saya langsung tak ingat. Tapi nak bagitau tak ingat takut. So, buat-buat ingat)

Masa tu kakak saya kawin, so dia tak dapat datang kenduri sebab pegi La Hot Spring tu la. (Okeyyy...bila tu saya langsung tak ingat. Tapi nak bagitau tak ingat takut. So, buat-buat ingat.) Tak kan nak tanya masa kakak saya kawin kita dah kenal eh???

Pastu dia cakap kakak saya adalah keluarga saya yang 1st dia kenal. Masa tu kakak ngan saya pergi bandar cari kasut. So, dia join sekali. (Okeyyy...bila tu saya langsung tak ingat. Tapi nak bagitau tak ingat takut. So, buat-buat ingat.)

Then bukak cerita dia datang umah saya dengan ayah dan mak angkat dia. (Okeyyy...again!!!bila tu saya langsung tak ingat).

Apa ni..apa ni.. semua menda tak ingat ni....lost memory betul..huwaaaaa..So kesimpulannya saya mengakui memang daya ingatan dah semakin luput. Memang tarikh-tarikh keramat tu saya ingat jer dan asben memang susah nak ingat. Tapi bab-bab peristiwa biasanya dia ingat satu persatu. Kita pon buat-buat angguk je padahal dalam fikiran bermacam-macam persoalan berlegar-legar di kepala. "Bila kejadian tu? tolong ingatlah lagi sampai memori saya datang balik boleh?"

Kena masuk mesin masa Doreamon nampaknya neh. Huuhuhu.



Monday, 15 December 2014

Pengalaman mendewasakan.

Salam uollsss..
 
Bosan-bosan ni mari sembang-sembang.
 
Hari ni kebosanan kat opis. Ada dua-tiga orang yang bercuti plus cuti bersalin plus masih warded di hospital. Sunyi sepi jer rasa. Terengganu plak 2-3 hari ni dah start hujan balik setelah berminggu-minggu panas. Ni hujan lebat, hujan sekejap-kejap langit gelap tak nampak matahari macam nak datang banjir peringkat ke-2 je ni. So, hati-hati lah pada yang rumah kawasan rendah tu okeyy. Sediakan payung sebelum hujan.
 
 
*****
 
Masuk hari ni dah seminggu drive sendiri setelah lebih-kurang lima bulan kot pergi kerja menumpang opismate and kalau balik Dungun or kemana-mana dengan asben mesti dia ada teman sebelah. Hurmm. Kadang-kadang bila kenangan tu datang masa tengah drive pon tiba-tiba rasa menggeletar lutut. But life goes on. Istigfar banyak-banyak, ingat Allah banyak-banyak. Macam mana sekalipun saya kena kuat dan berdikari. Ceewahh. Ayat nak tenangkan diri nampaknya.
 
Ujian Allah bagi untuk matangkan kita, untuk mendewasakan kita. Semoga kita terus kuat untuk hadapi segala ujian dariNya.
 
 
*****
 
Sedih bila ada yang masih perli soal zuriat. Dan sebenarnya lebih ramai yang bagi kata-kata semangat berbanding yang bagi kata-kata perli menyakitkan hati. Tapi macam yang saya cakap mengalaman mendewasakan. Bila ada blogger pm saya, kawan wassap saya tanya "Kenapa Fizah nampak kuat sangat, macam rileks je even dah nak masuk tiga tahun belum dapat rezeki zuriat"
 
Kenapa??
 
Sebab terlalu banyak ujian Allah bagi pada hidup saya, pada keluarga dan kawan sekeliling..hingga saya rasa cukuplah, cukup sangat dengan rezeki Allah bagi setakat ini. Bukan tak pernah berusaha, sentiasa berusaha terutama mengharap dalam doa, namun tak pernah pon mempertikaikan kekurangan kerana rasa sudah terlebih dengan apa yang Allah bagi.
 
Melihat orang terdekat bercinta bagai nak rak, kawin punya anak berderet-deret namun akhirnya tiada jodoh, suami kawin lagi, cerai isteri dengan anak berderet-deret yang kadang-kadang tak cukup makan, tak cukup pakai. Nauzubillah. Saya bersyukur punya suami yang menyayangi saya seadanya, punya keluarga besar tempat bergantung harap, punya keluarga mertua terutama ibu mertua yang tak pernah anggap saya sebagai menantu, tapi anggap saya sebagai anak kandung sendiri. Menyayangi saya sedalamnya, menyuap makanan untuk saya, berkongsi apa saja dengan saya, terlalu mengambil berat. Allahhh. Betapa saya tak pernah rasa kesunyian dengan kasih-sayang yang Allah sampaikan melalui keluarga sekeliling.
 
Dan bila dua kali mengalami kemalangan seusia perkahwinan ini barulah saya sedar, betapa Allah menyayangi saya. Masih panjangkan usia saya supaya masih dapat merasa dan memberi kasih sayang. Dan bila satu saat saya kemalangan seminggu sebelum Ramadhan yang lalu lagi bertambah rasa syukur. Kereta terbabas berpusing 2-3 kali dan dalam kereta saya mampu menyebut nama Ya Allah, Ya Allah berkali-kali. Dan ketika kereta berpusing saya hanya nampak tiang elektrik di hadapan hingga kereta merempuh tiang elektrik dan tembok batu.
 
Hancur luluh hati ini.
 
Namun bila suami, mak dan ayah mertua sampai memeluk saya dengan erat dan mengatakan betapa bersyukurnya mereka melihat saya selamat....Ya Allah...Andainya saya sudah punya anak ketika itu, dan terjadi apa-apa pada anak saya macam mana entah rasanya. Mungkin yang punya anak saja tahu perasaan itu. Syukurlah Allah masih panjangkan usia saya. Dan kerana itu saya menjadi setabah dan sekuat ini. Terima kasih Allah atas pengalaman ini.
 
Dan ingatlah ujian Allah untuk mendewasakan kita, Allah tak kan uji kita dengan apa yang tak mampu kita depani, makin kuat Allah uji makin menjadikan kita kuat. Dan andainya kita rasa ujian ini terlalu berat buat kita percayalah ada yang diuji lebih berat dari ini dan mampu hadapinya..
 
 
 
 


Tuesday, 18 November 2014

Hujan oh hujan.

Salam uollss..

Baru bersiaran lepas balik dari Shah Alam. Jumaat Sabtu Ahad di Shah Alam attend bengkel, staff award, annuar dinner n staff assembly. Balik Dungun hari Isnin (semalam) cuti plak. Masuk kerja hari ni terus blur. Haha. Hari ni ujan lebat sangat. Pagi tadi pon macam tak nampak jalan dibuatnya. Semua kereta bawak 30kmj.  Sebenar dah 2-3 hari hujan berterusan di Terengganu ni. Adik laki saya pon ada duk upload gamba kat whatapp group famili bagitau laman umah mak dah melimpah air sampai kat anak tangga. Air hujan bertakung kat padang samapi melintasi jalan. Biasanya kalau hujan berterusan macam ni mesti kitorang dah standby letak moto kereta kat luar jalan sana. Risau jugak kalau air makin naik susah nak keluarkan kereta.

Rindu pulak zaman kecik-kecik. Zaman tak takut pon banjir. Seronok sangat kalau musim tengkujuh.

Depan umah mak ada padang, kalau musim tengkujuh mesti kat padang tu penuh air dah jadi macam lautan dah sampai la laman umah mak penuh air. Pastu kitorang ni, saya adik abang kakak dan sepupu-kawan-jiran sebelah umah mesti pegi mandi air banjir. Haha. Seronoknya.

Buat rakit guna buluh or batang pisang.

Tangkap anak haruan yang kaler gold tu. 

Cabut ubi kayu, rebus cicah nyior. Mak bancuh air kopi. Nikmatnyaaaaa..

Nampak je kelibat moto ayah balik cepat-cepat lari balik rumah. Kalau tak nanti ayah mengamuk. Haha.

Pastu umah mak ada telaga, kalau musim tengkujuh hujan lebat eksaited sangat bangun pagi nak tengok air telaga sampai paras mana. Ada jugak sampai boleh cedok ngan gayung. Banyaknya hujan masa tu.

Kadang-kadang kalau hujan lebat sangat mak tak bagi turun so duk diam-diam dalam rumah. Tapi opkos la tak diam. Main batu seremban, tutup botol tu, karom, congkak, tak pun main pondok-pondon guna selimut n kusyen. Haha. Owhhh, kitorang selalu jugak main cari harta karun. Sampai panjat-panjat dinding nak cari harta karun punya pasal.


Rindunya. Rindunya.










Sunday, 28 April 2013

Tak sedap hati

Salam uollss..


Tadi odw datang kerja ada eksiden. Hurmmm. Saya dah tak boleh tengok dah. Masa lalu kawasan kejadian tunduk je pandang hp. En.beliau tengok la jugak tapi dia pun senyap jer. Langsung dah tak cerita lagi kat saya. Dia tahu kot saya masih shock. Lepas je lalu kawasan eksiden tu terus hati berdebar-debar. Terus rasa tak sedap hati. Baca ayat Kursi banyak-banyak. Baru lega sikit. Harap orang yang terlibat dengan eksiden tu selamat. Memanglah insiden kali ni meninggalkan kesan yang pahit skit buat saya. Sikit jer kan.

Tapi hidup kena teruskan. Kena ceria hepi olwez. Untuk menceriakan orang sekeliling kitalah yang kena ceria dulu yer dak. Kena senyum sentiasa pada orang sekeliling baru lah hati kita sentiasa berfikiran positif. Ahakz.

Hurm..pasni en.beliau keje tak sehaluan dah. Aiolls terpaksa pegi kerja sendiri. Drive sendiri. Owhh. Semoga Tuhan bagi kekuatan. Amin.

Eh, sampai opis call mak mertua. Lama tak balik so kena sentiasa call tanya khabar. Anak lelaki dia tu kurang sikit bab-bab nak call tanya khabar neh. Jadi isteri beliau kena ambil alih tugas. Haha. Biasalah mak mertua sangat suka bagi nasihat sampai aiolls sebak mendengarnya.
"Tuhan uji macam-macam sebab nak tengok kita kuat tak terima ujian dia, makin Tuhan uji kita kena makin kuat, tu tanda Tuhan ingat kita, bagi peringatan sokmo pada kita"

Ai is sebak. Terima kasih ma sentiasa bagi kata-kata semangat buat anakmu =)

Tuesday, 23 April 2013

Sembang kosong - Kisah pasal pelupa, musim mengundi dan makan malam

Salam uollss..

Hari ni nak sembang pasal semalam. Sebab nak taip malam tadi emosi tak habis-habis lagi. Saya tak tahu la. Dua-tiga hari ni saya jadi seorang yang sangat pelupa. Mula-mula pasal resit kereta. Kereta kan itu hari hantar baiki bcoz of eksiden tu kan. Lepas tu bearing tayar (tak tahu part yang mana). Buta skit pasal kereta neh. Tapi bila naik kereta dekat tayar yang berpusing tu seolah-olah ada sumtin yang longgar dan berbunyi. okeh. Horror. En.beliau pliss jangan kemana-mana sehingga kereta siap dibaiki okeh. Ai is seram naik kereta tu takut rosak tetengah jalan Naya!!

Eh, macam ni lah saya suka melalut tadi kan nak cerita pasal pelupa. Ok. Lepas dapat resit dari bengkel tu saya rasa macam simpan dalam wallet (perasaan je la). Jadi kereta tu ada warranty selama tiga bulan. Haruslah kena bawak resit kan. Cari punya cari sampai ke sudah tak jumpa. Semua tempat dah cari..kat rumah, dalam kereta, kat opis..dalam handbeg dan wallet tu tak tahu la berapa kali saya cek kan. Waaaaa. En.beliau dah menyinga dah. Sori asben. Saya memang careless. Wuuu. Pasni kalau ada dokumen-dokumen penting yang kena simpan saya tak kan simpan sendiri dah. Nak suh dia simpan pulak. Huhu.

Kemudian di opis pulak. Saya pun terlupa satu benda. Yang sangat PENTING. Sumpah langsung takleh recall balik kejadian sebelum. Apekah??Sangat frust dengan diri sendiri. Saya makan semut banyak kerrr??



********


Okeh. Jom sembang pasal mengundi pulak. Saya suka kampung saya sebab diorang sangat kreatif. Eh, tak malu betul nak mengaku tu kampung saya kan. Eh, kira kampung saya la dah saya bermastautin situ kan. Cuma tak mengundi situ jer kan. Ok.Ok. Kadang-kadang kitorang sengaja pusing-pusing ronda kampung semata-mata nak tengok kekreatifan diorang. Macam-macam replika yang diorang buat. Sampaikan sepanjang jalan tu teduh jer dipayungi bendera-bendera berkibar. Tapi almaklumlah asyik tak sempat nak snap gambar. Dan semalam nampak diorang berkumpul siapkan satu replika yang sangat kreatiffffff. Petang nanti nak ajak en.beliau pegi kawasan tu nak tangkap gambar. Muahaha. Hoverrrr.


*******


Balik opis semalam singgah Pasaraya Sabasun ingat nak beli udang. Saya tak boleh makan sangat udang. Tapi dah en.beliau tu peberet dia so ai layankan saja. Makan pun sikit jer la. Buat syarat kang kempunan pulak kan. Kalau sakit sapu ubat kan.

Tapi takde la pulak udang segar. Yang ada hanya isi udang. Mahal la sikit kan. Tak suka sangat isi udang semata-mata coz nanti takde sangat rasa manis udang kan. Tapi en.beliau suh beli jugak. Kita beli je lah yer.  Masak sambal udang. Seperti biasalah rumah saya ni ada pengkritik tegar. Kalau jadi panel Masterchef haruslah nangis semua peserta sebab terharu kena komen banyak sangat. Muahaha.

En.beliau cakap sambal ni kena blend bawang kan baru sedap. Eh, salah kan blender takpe jangan salahkan saya. Hikss. Nak buat macamne kan. Blender saya adalah manual #Lesung batu. Hari tu masa kawin dapat jugak hadiah blender. Kebetulan masa duk rumah mak blender rumah mak rosak. So, guna je la dulu. Takkan dah nak pindah habis nak angkut semua kan. Bagi mak guna je la blender tu.
So en.beliau SILA BELIKAN BLENDER BUAT SAYA. Owwhh lupa. Awak tak baca blog saya.


Kemudian godek peti ais jumpa hati dan pedal ayam. Jadi masak sawi masak sos tiram. Simple je uolls. Asalkan kenyang weolls makan.

Nasib baik panel puji masakan sayur ni even main campak-campak jer. Ahakzzz.


Alhamdulillah kenyang. Mekasih Tuhan kurniakan nikmat ini.



Sunday, 3 March 2013

Bersiaran via hp - Sembang kosong.

Salam uollss..

Hari nak sembang2 kosong je bleh? Alhamdulilah orang cakap patah tumbuh hilang berganti. Mekasih en.beliau tumbuhkan pengganti buat saya. Sebab Sabtu ni maybe tak bleh celeb anniversary sama-sama kerana beliau ke Kola Lompor..Jadi bagi hadiah kat isteri awal-awal supaya isteri tak kecik hati..Gitu??Mekasih sekali lagi asben. So boleh gayut ngan mak mertua lama-lama. Sebab henfon yang dulu dah nazak benor dah.

Eh,hari ni penatnya Tuhan saja yang tahu. Naik turun tangga belas-belas kali. Fuh. Terus rasa kembang urat lutut. Tapi yela bila pikir orang lain yang takde kaki tentu lagi kesian. Syukurla Tuhan pinjamkan anggota yang sempurna ini. Alhamdulilah.

Eh,sekarang ni rasa lapar ni melampau sangat tau. Kalau lapar sampai ketar-ketar. Kalau dulu bleh je tahan lapar tu. So tengah hari wajib la makan nasi. Kalau tak jamah nasi balik keje petang kang konpem mcm dua hari tak jumpa nasi. Over sangat rasa lapar ni tau. Balik keje sebab penat sangat terus rasa lapar hilang. Makan eskrem dua mangkuk pastu tepuk-tepuk bantal terus tido..


Alhamdulilah lagi hari ni Kak Ngah melahirkan anak pompuan. Ololo tomey sangat tau. Geram tengok tau. Abang Long n Adik Ucu. Eh, bongsu dah ke Kak Ngah? Thehee..


Okeh. Tu je nak sembang.. Daaa...

Thursday, 21 February 2013

Tropicana Twister.

Salam uollss.

Tropicana Twister ni best kan. Rasa sweet sour gitu.

Selalunya mata sentiasa bergayut oleh syaitonn. Setiap hari pasti terlelap mungkin sebab letih sangat kot. Letih fikiran dan emosi. Tapi pagi tadi beli Twister ni terus mata segar bugar. Mencatat rekod tidak terlelap. Ewahh. Rekod la sangat kan.


Alkisahnya di sebuah kedai menjual Twister.

Saya jenguk-jenguk dalam fridge kedai tu ada dua botol twister yang duk bersebelahan. Satu botol berharga RM2.60. Satu botol lagi berharga RM3.00. Saya bawak duit cukup-cukup RM3. Berlenggang kangkung tanpa bawak wallet.
Terus saya terpikir kalau ada dua harga yang tak sama baik amik harga yang lagi murah kan. Hikss.
Bawak botol Twister berharga RM2.60 ke kaunter.

Abang kaunter scan harga..
"Tiga ringgit kak"
Saya tunjuk botol kat dia.."Ni tulis RM2.60"
"Eh,yeke kak. Takpelah" Dia pulangkan baki 40sen kat saya.

Hehehe..So, moral of the story kalau ada barang sama dengan harga yang berbeza sila ambik harga yang lebih murah. Tapi hanya boleh praktik di kedai-kedai kecik sahaja. Heee. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...