Para Pengikut..

Showing posts with label Muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah diri. Show all posts

Monday, 15 December 2014

Pengalaman mendewasakan.

Salam uollsss..
 
Bosan-bosan ni mari sembang-sembang.
 
Hari ni kebosanan kat opis. Ada dua-tiga orang yang bercuti plus cuti bersalin plus masih warded di hospital. Sunyi sepi jer rasa. Terengganu plak 2-3 hari ni dah start hujan balik setelah berminggu-minggu panas. Ni hujan lebat, hujan sekejap-kejap langit gelap tak nampak matahari macam nak datang banjir peringkat ke-2 je ni. So, hati-hati lah pada yang rumah kawasan rendah tu okeyy. Sediakan payung sebelum hujan.
 
 
*****
 
Masuk hari ni dah seminggu drive sendiri setelah lebih-kurang lima bulan kot pergi kerja menumpang opismate and kalau balik Dungun or kemana-mana dengan asben mesti dia ada teman sebelah. Hurmm. Kadang-kadang bila kenangan tu datang masa tengah drive pon tiba-tiba rasa menggeletar lutut. But life goes on. Istigfar banyak-banyak, ingat Allah banyak-banyak. Macam mana sekalipun saya kena kuat dan berdikari. Ceewahh. Ayat nak tenangkan diri nampaknya.
 
Ujian Allah bagi untuk matangkan kita, untuk mendewasakan kita. Semoga kita terus kuat untuk hadapi segala ujian dariNya.
 
 
*****
 
Sedih bila ada yang masih perli soal zuriat. Dan sebenarnya lebih ramai yang bagi kata-kata semangat berbanding yang bagi kata-kata perli menyakitkan hati. Tapi macam yang saya cakap mengalaman mendewasakan. Bila ada blogger pm saya, kawan wassap saya tanya "Kenapa Fizah nampak kuat sangat, macam rileks je even dah nak masuk tiga tahun belum dapat rezeki zuriat"
 
Kenapa??
 
Sebab terlalu banyak ujian Allah bagi pada hidup saya, pada keluarga dan kawan sekeliling..hingga saya rasa cukuplah, cukup sangat dengan rezeki Allah bagi setakat ini. Bukan tak pernah berusaha, sentiasa berusaha terutama mengharap dalam doa, namun tak pernah pon mempertikaikan kekurangan kerana rasa sudah terlebih dengan apa yang Allah bagi.
 
Melihat orang terdekat bercinta bagai nak rak, kawin punya anak berderet-deret namun akhirnya tiada jodoh, suami kawin lagi, cerai isteri dengan anak berderet-deret yang kadang-kadang tak cukup makan, tak cukup pakai. Nauzubillah. Saya bersyukur punya suami yang menyayangi saya seadanya, punya keluarga besar tempat bergantung harap, punya keluarga mertua terutama ibu mertua yang tak pernah anggap saya sebagai menantu, tapi anggap saya sebagai anak kandung sendiri. Menyayangi saya sedalamnya, menyuap makanan untuk saya, berkongsi apa saja dengan saya, terlalu mengambil berat. Allahhh. Betapa saya tak pernah rasa kesunyian dengan kasih-sayang yang Allah sampaikan melalui keluarga sekeliling.
 
Dan bila dua kali mengalami kemalangan seusia perkahwinan ini barulah saya sedar, betapa Allah menyayangi saya. Masih panjangkan usia saya supaya masih dapat merasa dan memberi kasih sayang. Dan bila satu saat saya kemalangan seminggu sebelum Ramadhan yang lalu lagi bertambah rasa syukur. Kereta terbabas berpusing 2-3 kali dan dalam kereta saya mampu menyebut nama Ya Allah, Ya Allah berkali-kali. Dan ketika kereta berpusing saya hanya nampak tiang elektrik di hadapan hingga kereta merempuh tiang elektrik dan tembok batu.
 
Hancur luluh hati ini.
 
Namun bila suami, mak dan ayah mertua sampai memeluk saya dengan erat dan mengatakan betapa bersyukurnya mereka melihat saya selamat....Ya Allah...Andainya saya sudah punya anak ketika itu, dan terjadi apa-apa pada anak saya macam mana entah rasanya. Mungkin yang punya anak saja tahu perasaan itu. Syukurlah Allah masih panjangkan usia saya. Dan kerana itu saya menjadi setabah dan sekuat ini. Terima kasih Allah atas pengalaman ini.
 
Dan ingatlah ujian Allah untuk mendewasakan kita, Allah tak kan uji kita dengan apa yang tak mampu kita depani, makin kuat Allah uji makin menjadikan kita kuat. Dan andainya kita rasa ujian ini terlalu berat buat kita percayalah ada yang diuji lebih berat dari ini dan mampu hadapinya..
 
 
 
 


Thursday, 25 September 2014

Pedoman hidup.

Salam uolls.
Selalu dapat panduan, pedoman hidup kat whatapp. Tapi bila nak baca balik jenuh nak skroll semula. So alternatifnya kita tempek kat blog la. Semoga dapat manfaat sama-sama.

**********

LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB...
Tulisan Dato Roslan Abd Hamid
Saya jumpa lelaki tua ini..
Selalu lepas Asar, dia iktikaf di Masjid..
Baca al Quran..
Umur dlm 70an..
Duduk rumah dkt masjid..
Rumah agam besar & menarik..
Hartanya di sana sini..
Ada bangunan komesil tengah bandar, bernilai dlm RM 35 juta..
Pendapatan pasif kutip sewa dlm RM70k sebln...
Belanja RM 20k & baki RM50k, dia sedekah & infaq..
Dia tenang bersendirian melayani anak cucu..
Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak..
Katanya malu..
Saya minta 1 formula, dia berikan 10...
Saya catat & mahu kongsikan..

1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa..
Doa ibubapa adalah segala galanya..
Ia tiada hijab, terus termakbul..
Raikan ibubapa & jaga mereka sepanjang usia..
Doakan mereka apabila telah tiada..

2. Jaga masa..
Ia datang & berakhir..
Urus masa antara 5 waktu solat..
Atur kerja dgn sebaik cara..
Pada setiap waktu, ada perkara yg kita mulakan..
Berada di masjid, sebelum azan..
Masuk waktu, terus lah solat.. Selepas solat, bertebaran lah berusaha cari rezeki..

3. Berdoa dgn khusyuk..
Berserah pada Allah & bertawakal lah..
Allah tahu apa yg terbaik utk kita..

4. Namun begitu, kena lah berusaha..
Usaha pagi ptg siang & mlm..
Usaha lah bersungguh2..
Usaha bermula dgn berniat..
Lepas itu buat, sampai dpt..
Kalau tak dpt, usaha yg lain pula..
Adakan masa utk baca
Al-Quran..
Maka dia pun nasihatkan saya..
"Org yg membaca surah Al-Ikhlas satu kali, sama ganjarannya dgn memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-Quran..
Jadi jika membaca surah
Al-Ikhlas 3 kali, mendpt ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-Quran..
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas..
Kadang2 sampai 1000 kali sehari..

5. Jaga Kesihatan..
Banyak kan berjalan kaki..
Banyaknkan minum air masak atau air mineral..
Jaga pemakanan..

6. Hidup kena buat target & kena ada wawasan..
Ikat perut & usah membazir..
Makanan & minuman mesti lah dihabiskan..
Usah berlagak org kaya, padahal kita teman pada syait an..
Sentiasa lah belanja org mkn & minum..
Apabila mkn di kedai yg kecil,  perhatikan kebersihan kedai itu..
Apabila bersih masuk..
Disitu kita akan temui ramai org susah..
Belanja mereka mkn & minum..

7. Bila waktu maghrib, usah berada di atas jln...
Apabila dlm perjalanan, berhenti..
Cari lah masjid..
Apabila di rumah, tutup pintu rapat2..
Malam, buang sampah sarap..
Basuh pinggan mangkuk..
Pastikan semua teratur sebelum tidur..
Gunakan waktu antara maghrib & isyak utk tuntut ilmu agama..
Boleh dgr org mengajar..
Boleh juga baca kitab..
Lepas Isyak, buat kira2 untung & rugi..
Siapkan bahan utk kerja esok hari..

8. Usah takut jumpa org..
Walau pun 5 minit mahu berjumpa., pergi lah sendiri..
Usah pakai posmen apabila depani soal penting..
Biar kita merangkak panjat bangunan..
Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan..
Yg penting, sampaikan dgn tgn sendiri..

9. Balik mlm, usah cakap penat, usah cakap letih..
Usah cakap sakit..
Apabila sakit, senyum..
Allah sedang luruhkan dosa.. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga..
Siapakah dlm dunia nie yg tidak pernah rasa sakit, jatuh & dihina..
Semua pernah, termasuk lah Rasulullah SAW..
Namun, baginda ajar kita utk maafkan semua org..

10. Niat kan mahu kaya..
Niat kan mahu bantu ramai org..
Niat mahu jadi manusia berguna..
Niat itu macam tulis surat..
Dulu tiada internet, mcm tulis surat lah..
Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu..

Maka tulis alamat betul2..

Wednesday, 28 May 2014

Nikmat.

Salam uollss.

Pagi tadi dengar Tanyalah Ustaz. Topik hari ni pasal KUFUR NIKMAT. Kebetulan hari ni ustaz best yang bagi kuliah. Tapi tak ingat nama ustaz tu. Itulah cara kita nak sentiasa berfikiran positif dan berprasangka baik pada setiap perancangan yang Allah bagi ialah sentiasa dengar kuliah agama. #nasihatuntukdirisendirijugak

Dalam kuliah tadi ustaz ada cakap pasal nikmat ni. Dia banyak highlight dalam kehidupan berumahtangga la. Jangan kita menafikan 10 kebaikan suami dengan 1 kesalahan yang dia buat. Contohnya jangan sebab suami tak belikan hadiah anniversary terus kita tuduh dia tak hargai kita, tak cakna dengan kita. Sedangkan suami tu banyak berkorban dah untuk kita. Contoh saya reka neh. hehehe. Cuba lah bersyukur Tuhan dah bagi kita suami. Ada orang lain umur 40 pun belum dipertemukan jodoh.

Sama lah macam zuriat. Yes, yang ini nak highlight besar-besar. Khas untuk diri sendiri jugak. Jangan sebab kita takde zuriat lagi kita duk sedih-sedih mengenangkan nasib diri. Cuba fikir orang lain yang ada anak tapi dapat suami yang tak bertanggungjawab, contoh tak bagi nafkah ke, pukul anak isteri ke, atau dapat mak mertua yang tak suka kita ke. Kan. Sentiasa muhasabah diri dan bersangka baik dengan Allah. Apa yang Allah bagi, apa yang Allah lambatkan dan apa yang Allah tak bagi ada sebab-sebabnya.

Barulah kita akan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi. Lagi ustaz cakap kita selalu mintak apa yang kita mahu, tapi Allah akan bagi apa yang kita perlu. Yang ni pandai-pandai la muhasabah diri sendiri. Kadang-kadang apa yang kita dapat yang kita tak suka itulah yang terbaik untuk kita.

Ciri-ciri orang yang kufur nikmat :
1. Sombong
2. Sentiasa melihat kekurangan
3. Miskin jiwa (sentiasa tak puas hati dengan orang)
4. Malas beribadat

Satu lagi kalau kita nak jadi orang yang sentiasa besyukur jangan tengok orang di atas kita, 
tapi tengok orang di bawah kita. Contohnya kalau kita rasa kita ni miskin pakai kereta second hand, kereta pulak asyik rosak jer sentiasa, cuba tengok orang lain yang tak mampu pakai kereta, pakai moto jer. Hari hujan habis basah lencun.

Kalau kita belum punya isteri atau suami tengok orang lain yang ada suami atau isteri tapi asyik tak sehaluan akhirnya bercerai.

Kalau belum punya anak, bukan kita jer. Mungkin kita belum punya anak tapi kita dan suami Alhamdulillah sihat. Mungkin ada di luar yang belum punya anak kerana ada penyakit atau memang tidak berpelung untuk ada anak dari rahim sendiri selamanya. Nauzubillah.

Kalau kita asyik stress dengan kerja. Fikirlah ada orang lain yang berapa kali tukar kerja kerana pelbagai masalah. Syukurlah.

Dan sebagainya lagi kan. Kadang-kadang kita tahu cuma kita perlu bertenang sekejap dan bermuhasabah diri semoga kita sentiasa menjadi orang yang bersyukur dengan nikmat.

Jom sama-sama 
=)

Thursday, 22 May 2014

Buat yang sentiasa cakna

Salam uolls..

Maha Kuasa Allah..Sedangkan Mariam yang tak punya suami pun Allah kurniakan zuriat.
Kita pula pertikaikan...
"dia dah kawin, bila lah giliran aku"
"dia dah ada anak, aku ni ntah bila"
Namun jarang sangat kita cakap "dia dah meninggal, aku ni ntah esok lusa"
Sedangkan kuasa Allah tak pernah terawal tak pernah terlewat  mengikut saat dan masa yang telah ditetapkanNya.
Yang paling perit bila orang lain yang mula bertanya dan terus menerus bersuara. Bukan mereka tak tahu rezeki ditangan Tuhan. Bukan mereka tak ingat akan hikmah bagi orang yang sabar. Tapi mungkin niat untuk cakna.

Terima kasih bagi yang sentiasa cakna. Semoga Allah merahmati hidup kalian.

Tuesday, 30 April 2013

Duk kaunter depan sila muka dan mulut tu manis sikit boleh??

Salam uollss..


Ini adalah pandangan dari pihak saya. Dari pihak beliau wallahuaklam. Semoga dijadikan pengajaran dan iktibar. Ewahhh iktibar macam menda yang serius je kan.

*****

Alkisahnya kereta yang claim insurans baiki di sebuah bengkel tu ada masalah. Jadi pihak bengkel dah bagitahu sebarang masalah boleh datang hantar balik dalam masa tiga bulan kan. Jadi selepas tiga hari guna en.beliau cek air viper. Rupanya takungan viper tu bocor. Letak air je air mencurah-curah ke ladang gandum.

Ok. Sabar lagi. En.beliau pun paham lah. Dah menda tu duk dalam kat enjin kan haruslah dia tak perasan kebocoran. Ok. Fine. Bawak kereta lagi macam biasa. Kemudian selepas seminggu pulak bearing tayar pulak pecah. Lalu bila naik kereta tayar depan kesan eksiden tu mulalah berbunyi ketah ketah ketah (sound efek sila bayangkan sendiri)

*****

Sebab ada varantee tiga bulan kami pun hantar semula kereta ke bengkel. Ada seorang pekerja perempuan yang bertugas kat depan kaunter. Kerani barangkali. Masa kitorang pegi tu dalam pukul 1.10 lunch hour kan. Sampai jer muka langsung tak senyum. Masam mencuka jer.

En.beliau : Kereta yang hantar hari tu rosak balik ni.
Pekerja itu : Nak complain tunggu pukul dua la. Pasal pomen semua pegi makan.
En.beliau : Kalau gitu bagi number pomen yang baiki tu.
Pekerja itu : Saya kata dah pomen pegi makan. Awak nak kacau dia tengah makan ke???
En.beliau : Saya nak number dia bukan nak kacau dia.

Pekerja itu pergi ke talipon dah call pomen.
Pekerja itu : Eh, ni ada orang nak complain pasal kereta ni. Aku kabo doh mu tengah makan dia nak number mu.

Agaknya pomen tu suh bagi je number kot. Terus pekerja itu tulis num kat kertas.


En.beliau call pomen mintak maaf banyak-banyak then cerita apa masalah kereta. Pomen tu suruh tinggal kunci dan akan baiki hari tu jugak.

Ok. Fine. Tak kisah sangat pun pasal kereta tu bila siap. Tapi geram kot dengan pekerja itu. Dah lah masa tu ada tiga orang lagi customer lain tunggu. Kau buat perangai macam tu macam nak mintak penampor jer kan. Kalau ada masalah pun janganlah sampai nak cakap kasar-kasar dengan customer. Aku rasa bos kau patut hantar kau pergi kursus Teknik-teknik Memikat Hati Pelanggan atau Teknik-teknik Berkomunikasi Dengan Baik dan teknik-teknik yang sewaktu dengannya kan. Sabar je la saya.

Ok. Sini saya cadangkan ucapan yang betul untuk awak. Kot-kot awak terjumpa blog neh kan.

En.beliau : Kereta yang hantar hari tu rosak balik ni.
Pekerja itu : Yer ke encik. Apa yang rosak encik?
En.beliau: Bearing tayar pecah, takung air viper pun pecah tak tukar.
Pekerja itu : Maafkan saya encik. Mungkin pomen yang baiki tak perasan. Pomen pergi makan sekarang. Encik tinggalkan kunci nanti saya bagi pada pomen. Ni nombor opis kalau encik nak complain apa-apa lagi boleh call pukul dua nanti. Nanti kalau kereta dah siap saya akan suruh pomen call encik direct.


Ok. Kalau kau cakap macam tu tak lah kami hangin satu badan kan. Tak pasal-pasal kami cop kau macam-macam. Sesiapa yang bekerja yang kena berkomunikasi dengan customer ni memang mencabar kan. Macam-macam kerenah customer ada. Kena handle betul-betul.

Ok. Semoga menjadi iktibar. Byee!!




Friday, 1 March 2013

Semanis Kurma.

Salam uolls..

Malam tadi tengok Semanis Kurma. Topik 'Setelah Dia Pergi'. Baru rasa fikiran tenang sikit. Jiwa tenteram sikit. Baru rasa macam dapat balik semangat yang dibawa lari. Betul la kata ustazah...

Antara intipati topik 'Setelah Dia Pergi'..

*Tuhan uji kita sebab nak tau kita beriman ke tak.
*Kalau kita rasa ujian kita dah hebat, ada lagi insan lain yang dapat ujian lagi hebat.
*Tuhan bagi ujian hebat untuk orang yang hebat.
*Cara atasi kemurungan bila kehilangan orang tersayang :
    1.Banyakkan doa, Al-Quran, zikir
    2.Cari apa yang kita suka dan minat supaya kemurungan hilang
    3.Cari kawan yang ceria
    4.Mengadu dengan Allah.

Tapi kadang-kadang bila teringat akan rasa sedih sangat. Tak tahu sedih untuk apa. Nasib baik sentiasa ada suami disisi. Menenangkan tika sedih. Mekasih suami.
Walaupun rasa macam dah lega sikit tapi time terpandang jeans yang dipakai pada hari kejadian terus dada sebak. And now, saya nak buang semua perkara yang mengingatkan saya tentang hal itu. Ya, mungkin TAY juga akan berganti. Maapkan saya TAY. Mungkin dah takdir awak tak perlu lagi berkhidmat untuk saya.


*Pada setiap kesenangan, disana ada kesedihan dan tiadalah sebuah rumah yang diliputi kegembiraan melainkan akan diliputi pula kesedihan ~Abdullah Ibnu Mas'ud.




Sunday, 24 February 2013

Terima Kasih Tuhanku..

Tuhanku...
Andainya kesakitan ini bisa menghapuskan dosa-dosa ku aku terima seadanya YaAllah.
Cuma ku mohon padaMu agar engkau kuatkan semangatku untuk menerimanya seikhlas hati
dan kuatkan imanku agar aku terus bisa sujud padaMu..

Ameen.





Saturday, 22 September 2012

Memuji di depan mengeji di belakang.

Salam uolllss..



1) Seseorang yang suka memuji di hadapan. Tapi mengeji di belakang.

2) Seseorang yang tak pernah puji depan-depan kita, tapi kita selalu dengar manusia bercerita yang dia selalu cakap baik-baik tentang kita.




Korang prefer yang mana?


Situasi satu.
Saya bukan jenis suka memuji orang. Jadi saya akan rasa rimas kalau ada yang memuji tambah-tambah menda kecik pun boleh jugak nak puji. ‘Wow, sedapnya awak masak megi neh??’**Motif la masak megi pon nak puji kan. Bukan masak rendang. Tu as example lah. Bila orang puji lantas hati saya mesti berdetik. Ikhlas ke neh? Kalau ikhlas simpan puji dalam hati. Sebab kadang-kadang puji-pujian terhadap manusia yang melampau-lampau akan buat kita hanyut seketika. Kita yang memuji mugkin tiada niat nak melambung-lambung mereka di awangan, namun mereka yang dipuji akan rasa macam tu. Akan terkesan dihati. Yer. Bila saya tulis ni baru saya perasan saya memang sukar memuji. Kalau memuji pun menda tu akan automatic keluar dari mulut. “Wah, lawa baju awak. Baju baru eh”. Yeah. Truly, baju awak seyes lawa. Satu lagi bila kita asyik duk memuji seseorang dan satu hari bila ada perkara yang kita tak puas hati dengan dia dan kita luahkan pada seseorang mesti akan timbul isu “Kau apehal, ari tu duk memuji sangat dia tu baik hati, cantik, comel, lawa..hari ni kau cakap dia pakai baju koyak pulak”. Adeh.



Situasi dua.
Bila kita masak kita tunggu dia komen. Senyap je. Aku masak ni sedap ke tidak? Kurang garam ke, terlebih manis ke?? Susahnya nak memuji kan. Kita duk tertunggu-tunggu la bila satu hari dia nak cakap “sedapnya awak masak neh”. Haaa. Haru jugak. Kesian kau. Kemarau pujian kan. Tapi tup-tup dengar orang duk sembang-sembang “Ada orang cakap awak masak sedap, hari ni awak masak lah yer”. Ngeh ngeh. Baru lah rasa diawangan-awangan.


Korang suka yang mana? Suka memuji atau dipuji. Atau dua-dua tak suka??


Biasalah. Musim-musim berPJJ dulu. Duk belek-belek gambar en.beliau. Kemudian masa tu pulak ada cerita Mahabbah. Yang Fathia berlakon tuh. Gilewww setia tunggu depan tv tengok cerita tu hokeh. Pastu leleh-leleh air mata nangis sebab sedih sangat. Kemudian ada OST lagu Kapan Lagi. Haha. Kemain semangat terus wat montaj.












Sunday, 12 August 2012

Lihat kekurangan diri sendiri dahulu.

Salam uolls

Kalau kita tak suka tentang satu sikap buruk yang ada pada seseorang, fikirlah mungkin orang akan benci tentang sepuluh sikap buruk yang ada pada diri kita.

Ambik contoh yang paling mudah adalah bila kita menyewa dengan beberapa orang kawan. Dah nama pun rumah sewa kan kadangkala akan ada seseorang yang perangai pelik bin ajaib sikit kan. Katakan kita tak suka kat sorang housemate yang suka melenting tak tentu pasal. Tak suka tahap menyampah betul. Tapi cuba kita muhasabah diri kita. Mungkin kita memang seorang yang sopan santun gadis melayu terakhir yang bersikap cool tak pernah marah-marah denga haousemate.

NAMUN sebaliknya berlaku bila kita dirumah sendiri. Bengisnya bukan main. Silap haribulan kucing dengar kita bagi salam je terus menyorok bawah almari. Mungkin kawan yang suka melenting tadi punya sikap positif yang lain seperti pandai memasak, seorang yang tabah tak mudah menangis, tak cepat mengalah dan macam-macam sikap positif lain yang tak kita sedari dek kerana telah melabelkan TAK SUKA hanya kerapa sikapnya yang suka melenting.

Sedangkan cuba kita perhati diri kita. Adakah kita punyai sikap positif yang lainnya selain seorang yang cool tak mudah melenting. Adakah kita pandai masak? Adakah kita seorang yang kuat semangat?tak mudah menangis?pandai mengemas rumah?pandai menjaga hati ibu bapa?.

 Itulah.

Kita tak nampak kekurangan diri sendiri kerana asyik memandang kekurangan pada orang lain. Terima lah keburukan orang lain kalau kita tak mampu untuk menasihati mereka

Sunday, 29 July 2012

Hikmah disebalik kesakitan.


Salam uolls.

Tuhan tak kan uji kita dengan ujian yang tak termampu untuk kita tempuhi. Kan. Sebenarnya makin sakit ujian yang Tuhan turunkan makin kuat untuk kita tempuh dari aspek fizikal dan mental. Secara psikologi kalau kita diserang deman dan sering bersungut sakitnya, panasnya badan saya, sakitnya kepala saya dan seumpamanya, rasa sakit itu makin menyucuk-nyucuk diri kita. Kesakitan yang kita sebut-sebut itulah menjadi makin sakit buat kita.

Cuba kalau apabila demam kita berdiam diri dan bersyukur Tuhan uji kita dengan sakit yang sedikit berbanding orang lain yang terlantar di hospital berhari-hari, berbulan-bulan. Tentunya kesakitan kecil yang kita alami tidak akan berkesan pada diri. Sedar-sedar dah sembuh dari demam.

Seseorang yang miskin harta sebenarnya adalah seorang yang paling kuat jiwanya. Seseorang yang miskin sentiasa menerima ujian kemiskinan. Tidak ada beras untuk masak nasi, tidak cukup duit untuk beli keperluan dapur inikan pula untuk baiki atap rumah yang bocor. Tidak ada baju yang baru untuk bertukar ganti setiap kali tiba Aidilfitri. Semuanya ditempuh sabar. Andai suatu hari Tuhan uji dengan rumah terbakar sekalipun, semestinya seseorang yang miskin masih mampu membiasakan diri membina kembali rumah sementara walaupun cuma sebesar reban ayam.

Sedangkan seseorang yang kaya raya yang hanya makan nasi bersumberkan beras yang mahal-mahal, yang keperluan dapur memenuhi tiga peti ais, yang rumahnya tersergam dipenuhi 10 buah bilik tidur. Yang setiap kali ke majlis jemputan bajunya ditempah pereka fesyen artis. Mereka tak pernah rasa susah. Dan andai satu hari Tuhan uji dengan kemiskinan tentulah mereka akan rasa sangat SAKIT oleh ujian tersebut.

 Itulah hikmahnya Tuhan memberikan ujian kemiskinan buat seseorang. Supaya mereka sukar merasa SAKIT dengan ujian kesusahan yang Tuhan turunkan.

Bagi pasangan berkasih, tentunya merasa amat sakit apabila pertama kali hati disakiti, ditinggalkan atau dikecewakan. Tentunya kekecewaan kali pertama itu mengundang air mata berhari-hari malah berminggu-minggu untuk kering. Namun, kesakitan itu sebenarnya kekuatan untuk kita menempuh kekecewaan akan datang. Dan seandainya Tuhan uji lagi dengan kekecewaan tentunya rasa sakit itu akan berkurangan dan akhirnya langsung tidak meninggalkan kesan. Jadi seandainya Tuhan uji kita kehilangan seseorang yang kita sayang, sebenarnya Tuhan menguatkan diri kita supaya hati semakin tabah untuk kehilangan yang lebih besar.

Semasa kecil saya akui saya sangat benci ke sekolah. Masa tahun satu hampir setiap hari saya menangis sebelum ke sekolah. Kadangkala sebab tak jumpa sikat pun saya menangis. Saya benci ke sekolah berjalan kaki. Masa tu saya pernah terfikir kan bagus kalau ayah ada kereta supaya saya boleh ke sekolah naik kereta. Sampai sekolah menengah pun saya masih terfikir perkara yang sama. Saya ke sekolah naik basikal. Malah pergi mengaji yang jauhnya 1 km pun naik basikal. Tak pernah dihantar ayah. Bila dah besar mengalah barulah saya faham erti hikmat yang Tuhan berikan. Syukur. Selepas SPM saya sempat bekerja sementara menunggu keputusan SPM. Saya puas dapat bekerja walaupun dengan gaji yang tak seberapa. Berulang-alik menaiki bas. Saya seronok dapat berdikari sebegitu. Kalaulah saya dilahirkan dalam suasana senang dan kemana pergi dihantar ayah tentunya ayah tak kan lepaskan saya berulang-alik menaiki bas sendirian. Sehingga belajar di matrikulasi dan USM pun hanya dua kali keluarga datang iaitu masa pendaftaran dan semasa konvo. Saya rasa lagi bagus saya boleh berdikari supaya tak menyusahkan sesiapa. Saya tabik lah kepada ibu bapa yang mampu melepaskan anak mereka sendirian pergi kemana-mana kerana kepayahan yang berterusan itu akhirnya akan menyenangkan anak mereka pada masa akan datang. Siapa tahu??

Tuesday, 22 November 2011

Nak jadi seorang yang setia tu susah ke?

Salam uolls.

Taip tanpa fikir panjang. Mungkin ini hanya pendapat dari perspektif saya.



Nak jadi seorang suami yang setia tu susah ke?
Means kalau kau seorang suami kepada seorang isteri yang setia gilos terhadap kau namun sewenang-wenangnya ke kau nak curang belakang dia? Kau mesej pompuan lain sebab isteri kau mengandung tak boleh layan kau sepenuhnya. Then kau cakap kau mesej dengan staff opis. Atau kau cakap kau mesej dengan bos kau yang pompuan. Bila kebetulan kau kantoi keluar lunch dengan pompuan lain beria-ria kau menangis depan mak mertua kau cakap tu klien kau. ADA KE SUAMI MACAM GITU???

Nak jadi seorang isteri yang setia tu susah ke?
Mentang-mentang suami kau sibuk kerja, keluar 6 pagi balik 2 pagi kau sewenang-wenangnya keluar ngan laki lain. Konon sunyi kan. Kau jadikan alasan suami kau tak kisah keluar dengan sesiapa then kau sukati keluar dengan laki lain. Hampes. Kau mesej jiwang-jiwang romantik-romantik dengan laki lain. Beranje-anje bergegel-boboy, tapi asal suami kau mesej 'Syg masak tak malam ni? Abg dah nak balik kerja ni'. Tanpa fikir panjang kau terus jawab ' Saya penat sangat. Tak larat nak masak. Awak dinner kat luar jela'. Kalau suami kau banas baran harus kepala kau dicium kuali. ADA KE ISTERI MACAM GITU???

Nak jadi tunang yang setia tu susah ke?
Selamba badak je kau cakap kat semua ofis mate kau yang kau tu masih single lagi available. Jadi kau senang lenang je keluar dengan laki/pompuan lain sedangkan tunang kau masih setia dengan kau. Dulu masa nak tunang merajuk tak nak cincin belah rotan nak cincin kalah cincin batal air sembahyang. Then bila orang tanya 'Eh, cantiknya cincin. Cincin tunang eh?' Beria-ria pulak kau menafikan. 'Mana ada. Cincin ni aku beli dengan duit gaji aku sendiri'. Padahal inai tunang masih merah di jari. ADA KE TUNANG MACAM GITU???

Nak jadi kekasih yang setia tu susah ke?
Kau ada facebook dan twitter tapi cakap kat kekasih kau yang kau tak kenal pon apa tu facebook atau twitter. Konon nak sembunyikan apa aktiviti yang kau buat dibelakangnya. Huh! Then bila ada orang suka kat kekasih kau tu kau pulak pergi sembur ayat berapi marah kat dia tak setia. Sedangkan kau? Kau tak nak kehilangan dia dalam masa yang sama kau mengushar orang lain. Then bila kawan-kawan marah kau tak setia kau pulak cakap kau masih mencari jodoh yang sesuai. Kalau la 'jodoh' tu boleh bercakap mesti dia akan sound kau 'Boleh blah!'. ADA KE KEKASIH MACAM GITU???

Harap-harap kita semua dikurniakan sekeping kejujuran yang tak akan retak walaupun ditimpa letusan lava berapi. Doa-doalah sentiasa supaya dijauhkan dari individu yang cuba menguji kejujuran kita terhadap pasangan.Peace no war.=)



Tuesday, 18 October 2011

Bila hidup tak semudah yang kita fikirkan.

Syukurla bagi manusia yang ada masalah.
atau UJIAN sebenarnya.
Kerana mereka-mereka tergolong dalam golongan yang Tuhan sayang.


Diuji kemiskinan supaya manusia tahu erti syukur erti tidak membazir erti kesederhanaan.
Diuji sakit supaya manusia sering teringatkanNya
Kerana sesetengah manusia bila sakit baru teringatkanNya.
'Ya Allah, sakitnya kaki aku. Ya Allah sakitnya perut aku'
Jarang manusia bersyukur dengan kekayaan yang ada.
'Ya Allah syukur aku naik gaji lagi tahun ni'
Bukan semua. Namun ada jugak kan.




Jadi kalau ada masalah jangan bersungut.
Itu UJIAN sebenarnya.

Bila kita selalu diuji dengan kehadiran seseorang yang menguji kesabaran.
See..
Tuhan nak kuatkan kesabaran dalam diri kita.
Hari ni dibuli oleh samseng jalan raya.
Esok ditipu oleh salesman jual alat pengering rambut.
Lusa jiran sebelah rumah sengaja biarkan kambing dia makan semua pokok bunga kesayangan.
Tulat kawan baik tiba-tiba tikam belakang dengan keris.

Sabar, sabar dan terus sabar.
Kalau nak balas dengan amarah atau perbuatan pun tak guna
Buat tambah dosa kita ada lah
Tuhan dah ada untuk membalas
Kan.
Tak hari ni, esok, lusa, tulat.
Kalau tak jugak di akhirat sana Tuhan balas.


Kita memang seorang yang sabar bila dapat menahan semua ujian dengan hati yang tenang tanpa amarah.
Kerana amarah itu syaiton.
Jadi kalau sedang marah cuba tenangkan fikiran.
Ingat perkara baik-baik...
dan senyum.
(Sabar la sangat diri ini kan)


^____________________^


Sunday, 16 October 2011

IKHLAS untuk manusia lupa diri.

Salam..
Korang pernah tak berdepan dengan situasi yang bilamana seseorang sedang susah dan perlukan pertolongan, korang hulurkan tangan bantu selagi terdaya dan bila mereka dah senang bahagia terus budi dan jasa korong ibarat macam ta*i. Atau apa peribahasa yang lebih sesuai? Kacang lupakan kulit juga mungkin.

Pisang emas dibawa belayar masak sebiji diatas peti hutang emas boleh dibayar hutang budi dibawa mati.

Itulah. Kau hutang dengan Saodah 50sen tak dapat bayar tahun ini tahun depan boleh bayar lagi. Kalau berhutang budi pulak kau nak bayar dengan apa?

Dengan body? Oh!sori naik lori.

Itulah. Bila orang buat baik dengan kita, ingatlah kebaikan dia sampai bila-bila. Jangan bila kita dah senang terus lupa diri. Sebab dunia ni bulat. Hari tu kita kat bawah kita mintak tolong dgn dia yg kat atas. Tak kan esok lusa bila kita kat atas kita nak pijak dia kat bawah. Malu la beb. Dah senang jadi manusia lupa diri. Takde maruah ke? Esok lusa bila kita jatuh duk bawah balik tak malu ke nak mintak tolong dengan dia lagi?? Baik tutup kepala dengan kotak.

Kadang-kadang serik juga bila kita buat baik dengan orang, tapi orang balas kejahatan pada kita. Rasa macam 'malas haku tolong. Bukan dia nak kenang jasa aku pun'. Tapi bodohlah aku kalau fikir macam tu. Itu namanya buat baik untuk dapat nama. Bukan itu yang mak ayah ajar. Bukan itu yang tok wan ajar.

Bila kita buat baik ingat satu perkara je. IKHLAS. InsyaAllah Tuhan akan terima amalan kita dan tercatat di sebelah kanan.

Bila kita IKHLAS kita akan rasa ok je bila orang buat macam-macam kat kita. Tiada rasa sakit hati, geram, benci dan rasa negatif yang lain.
 
ok. IKHLAS. Fine.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...