Para Pengikut..

Saturday, 22 May 2021

Aidilfitri PKP 3.0

 Salam uollss.

Amboi lamanya tak mengepost wei. Harap maaf blogku. Instagram ternyata telah merampas kasih sayangku terhadapmu. Ceewahhh. Haha.

Hari ni dah 10 Syawal kan. Dikesempatan ni saya dengan rendah diri menghulur 10 jari mohon ampun dan maaf andai ada kata-kata di belog ini telah mengguris hari saudara saudari sekalian. Meh la kita sembang-sembang kisah Aidilfitri supaya jadi memori untuk masa akan datang.

Aidilfitri tahun ni jatuh hari Khamis kan. So minggu last tu hari Ahad saya masih bekerja. Hari Isnin tu dah cuti. So plan malam Isnin nak gerak balik rumah mertua. Sebab tahun ni turn raya rumah mertua. Tapi takdir penentu segalanya. Huwaaaaaa. PKP seluruh negara diumumkan. So pasrah jela tak dapat balik kampung beraya rentas daerah. Dah la siap buat baju sedondon satu family in law tu. Pastu dahla baju raya kita ada kat kampung sebab upah biras jahitkan. Nasib baik baju asben dan anak dah bawak balik sekali hari tu masa beli kat kampung. pastu berkira-kira nak beli baju baru lah. Tapi rasa macam ruginya. Dah lah raya duk kat rumah nak beria sangat tak payah lah kot. Lepastu teringat yang my friend pjj jugak asben dia balik rumah malam raya. Alang-alang tu kita pun kirim lah baju raya kat dia. Siap adik ipar plak kirim kuih raya macam-macam. Terharunyaaaa.



So bermula episod memikirkan apa menu pagi raya. Alhamdulillah even raya dirumah sendiri saya duduk sebelah rumah mak jadi kita beraya rumah mak jela. Mak tempah laksa kuah putih. So kita masak nasi la. Balance ada laksa ada nasi. Hahah. 

Nasi beriani ayam goreng berempah di pagi raya pertama. Tapi sebab takde orang kami-kami dalam rumah je duk makan sampai pagi raya kedua boleh breakfast dengan nasi ni lagi. Haha.



Pukul 10 pagi baru turun pergi rumah mak bersalaman bermaafan dan menghulur duit raya buat mak ayah. Ampun yer rentas 10 langkah jalan kaki pergi rumah mak. Sebab kita memang hari-hari duk pergi rumah mak.


Mula-mula bervideo call dengan abang kakak yang jauh diperantauan. Dapat bukak video call mak ayah tengok dan dengar suara anak cucu dia dah lega sikit. Lepas tu turun berphotoshot kat luar rumah.


Bawah daun keladi pon boleh yer. haha.





With anak buah.




Tepi semak pon boleh lah.


With mak kesayangan.


Then adik ipar hantar gambar family in law. Kita pon selit la kat bawah tu. Feeling-feeling bergambar sekali. Heheh.

Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Friday, 5 March 2021

Resepi nasi kerabu yang sedap

Salam uollss..

Asalnya tengok bff zaman u up status nasi kerabu. Ya allah,  terus teringat nasi kerabu zaman belajar dulu. Berebut beli nasi kerabu kat pasar malam. Gigih beratur walaupun ramai orang. Sedapnya. Kemudian kita pun nak try la jugak masak. Kali ni nasi kerabu ni saya makan dengan ayam bakar. So let's check it out.



Resepi Ayam Bakar:

Ayam 6 ketul

Bawang merah 5 ulas

Bawang putih 3 ulas

Halia 1 inci

Serai 1 batang

Sos bbq 3 sudu besar

Sos tiram 1 sudu besar

Garam

Gula/madu

Minyak 1 sudu

Blend bawang, halia dan serai. Kemudian masukkan gula/madu, sos tiram, sos bbq dan minyak. Perasakan dengan garam. Sos tiram tu dah masin tau,  jangan terlebih garam. Kemudian perap dalam 30 minit lebih. Bakar ayam sampai masak.

Resepi Nasi Kerabu:

Nasi 

3 pot beras (Saya guna pot kecil sebab bilangan ahli dalam rumah tak ramai)

Air mengikut sukatan masak nasi biasa.

Pewarna biru sedikit.

Daun pandan 2 helai disimpul.

Nasi dimasak macam kaedah masak nasi biasa tu okey.


Sambal Tumis:

Minyak masak untuk menumis.

3 ulas bawang merah

1 biji bawang besar

5 ulas bawang putih

Setengah inci halia

Cili giling 2 senduk

Santan pekat

2 keping asam keping

3 batang serai diketuk

1 inci belacan

Garam dan gula secukup rasa

Budu dalam 3 sudu

Mula-mula masukkan minyak dan tumis cili giling. Sambil-sambil tu kisar bawang2 dan halia. Masukkan pes kisar dan tumis sampai pecah minyak.

Lepastu masukkan santan. Kena kerap kacau supaya santan tak pecah. Masukkan serai,  belacan dan asam keping. Masukkan budu dan bahan perasa secukup rasa. Kuah tumis ni kena rasa masin sikit baru ngam makan dengan nasi.


Sambal kelapa:

1/2 biji kelapa parut (untuk 3-4 orang makan)

4 ekor ikan selayang

3 ulas bawang merah

2 batang serai

Gula 1 sudu besar

Garam 1 sudu besar

Kelapa parut digoreng hingga kekuningan. Api kecil jer okey. Kau jangan sesekali tinggalkan kelapa parut tu dalam kuali pastu pergi layan social media tau. Tak pasal2 hangus😆. Lepas tu tumbuk la kelapa parut tu. Tak payah sampai hancur sangat pun takpe. Asingkan letak dalam bekas.

Ikan direbus bersama garam dan asam keping. Kemudian asingkan tulang ambik isi. Tumbuk ikan tu.

Tumbuk serai sampai hancur lepas tu masuk bawang2. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Dah hancur tu letak dalam bekas kelapa parut tadi. Gaul sekali dengan ikan yang ditumbuk. Gaul sampai sebati. 


Sambal lada:

10 biji cili padi 

(Kalau tak nak pedas kurang cili padi ganti cili besar)

Gula 1 sudu besar

Garam 1 sudu kecik

Limau nipis (diperah)


Blend cili,kemudian masukkan gula, garam dan perah limau.

Okey siap. Nasi kerabu ni wajib ada ulam kan. Antaranya kacang panjang, taugeh dan kobis. Lepas tu nak ngam lagi boleh makan dengan ikan bilis, bawang putih jeruk, solok lada,  keropok dan telur masin. Sedapnya

Friday, 12 February 2021

Jejak Seni Warisan di Kota Lama Duyung

Salam uollss.

Hari tu saya ada bawa student melawat rumah tradisi di Pulau Duyung,  Kuala Terengganu. Actually setiap kali ada subjek Basic Drawing saya akan bawak diorang untuk hayati kesenian yang terdapat di kawasan tersebut. Sebelum ni pernah bawa diorang ke Muzium Negeri Terengganu dan rumah tradisi Kat Losong iaitu Rumah Warisan Haji Su. Kali ni bawak pergi Pulau Duyung pulak.


Macam biasa di musim pandemik ni nak masuk kena scan MySejahtera. Pakai mask sepanjang masa,  bawa hand sanitizer okey. Ada guard yang jaga kat rumah ni.


Saya memang suka pergi rumah tradisi macam ni. Meninjau dan menghayati elemen-elemen traditional yang terdapat pada dinding,  pintu,  atap,  tingkap,  lampu..semua lahhh.


Cantik kan ada beranda macam ni. 


Perabot yang ada pun sangat klasik.


Pelita zaman dahulu kala.

Hiasan dinding.


Pintu-pintu rumah dulu kebanyakannya berlubang macam tu kan. Kenapa yer? Agaknya nak memudahkan pengudaraan. Atau senang kalau ada yang ketuk pintu bolehlah mengintai tetamu mana yang datang. Heheh.


 Sebenarnya nak bergambar berlatar belakangkan anyaman dinding kat belakang.





Ceewah. Feeling kejap. Tq student layan saya bergambar. Hehe.


Permandangan rumah dari hadapan. Korang kalau datang Kuala Terengganu singgah lah rumah ni tau. Macam haku plak tuan rumah yer nak jemput-jemput bagai. Haha. Tapi memang open to public. Korang sangat dialu-alukan. Bawak anak-anak kita hayati warisan,  sejarah melayu kan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...