Para Pengikut..

Friday, 25 February 2011

Bercinta dengan Yang Lebih Berusia

Salam pagi uolls..

Lama dah tak menaip. Pagi nie nak join entry BroFramestone pasal bercinta dengan yang lebih berusia. Korang pernah ke? Kalau pernah jom join sama-sama. Klik jer bawah untuk link ke entry Bro.

 


Opsss..Jangan gosip-gosip sini eh. Yang gadis kecik molek comel lotey itu Yuyu Zulaikha. Sila terjah blog beliau yang sweet macam tuannya. =)

Okeh..Berbalik pada topik kita Bercinta dengan Yang lebih Berusia. Saya pernah jugak sekali. Masa saya 18tahun dan beliau 23tahun. Lima tahun tu kira jarak umur yang jauh jugak la bagi saya. Jadi ini hanyalah pandangan saya.

(1)
Mereka sangat matang (nak dibandingkan yang sebaya/lebih muda). Matang dari aspek cara berfikir. Kalau minta pendapat atau apa-apa nasihat tak pernah sampai bertelagah pendapat. Sebab mereka sangat pandai psiko supaya kita terima pendapat mereka. Tapi memang pendapat mereka bernasla. Maklumlah dah banyak makan garam dari kita.

(2)
Cara nasihat. Masa tu tengah belajar kat matrik. Jadi selalu beliau call dan sepanjang berbual tu memang banyak nasihat diberi. Rasa macam seorang abang bagi nasihat kat adiknya.

(3)
Penampilan. Sebab beliau lebih matang,jadi pemakaian pun matanglah. Kita pun otomatik akan dressup mengikut cara mereka. Memang mereka sangat detail bab pemakaian ni. Nak dating siap tanya 'esok nak keluar awak nak saya pakai macam mana?' haha.

Dan yang paling BEST!!
(4)
BEKERJAYA. Mereka bekerjaya. Jadi sebab masa tu masih belajar jadi banyak dia sponsor. Dan dia kan matang. Semua perkara dia nak settlekan.
'Saya suka awak pakai batik sutera, nampak ayu jer'
'Ala..saya kan belajar,mana ada duit nak beli. Duit nak makan ada la'
'Laa..siapa suruh awak beli. Saya dah beli ni'
(padahal awal-awal dah nampak beliau bawak paper beg ada kain pasang..lalalaa)

okeh. Tu jer la kot Bro yang sempat saya fikir. Heee..

Saturday, 19 February 2011

Hangin betul kat depa buat buah ati saya macam tu!!

Assalamualaikum..

Nasib baik ada ko blog. Dapatla aku kutuk depa belakang-belakang.

Masuk hari ni dah 7 hari hp saya kat kedai servis hp. Minah yang janji itu hari nak call kalau dah siap baiki tak call jugak. Sibuk bergayut dengan boipren agaknya. Dah rindu sangat kat buah ati ku itu terus saya pergi terjah kedai itu untuk tanya dah siap ke belum. Kalau hantar kain pasang dah siap jadi baju agaknya.

"Kak, hp saya dah siap ke?"sambil tunjuk resit jual-beli.
Kak yang dimaksudkan ambil resit terus blah masuk dalam kedai.
"Dah siap"sambil serahkan buah ati saya.
Saya belek-belek. Tekan-tekan keypad. Nampak lain macam la. Macam bukan hp saya punya dah.
"Berapa kak?"
"RM80 dik"..ok.senyap sambil buat muka tak puas hati.
"Mahal sebab kita tukar button sekali" kak tu menjawab bimbang saya terus koyakkan resit agaknya.
Saya bayar dan terus blah.

Dalam kereta saya belek punya belek hp. Geram sangat. Memang mic dah ok ,tapi yang lain pulak rosaknya.. 

1) Keypad longgar. Rasanya kalau hp nie jatuh katil konpem terburai urat perut ia.
2) Bahagian atas pecah. Tapi mereka dengan gaya genius (konon) lekatkan balik. Tapi memang terang tak payah suluh dah nampak kesan pecah.
3) Sekeliling hp kemek. Agaknya ketat sangat nak bukak kot. Tak tahu la diorang guna alat apa. Spanar?Tukul? 
4) Tiba-tiba hp ni slow yang amat. Macam laptop diserang virus.

Okes! Sabar..sabar..Malas dah nak pegi bertekak dengan mereka.

Kemudian dapat mesej dari Kak Siti katanya dah otw ke McD. Saya terus menuju ke McD kat Giant. Makan Spicy Chic McD terus lupakan insiden tadi. Snap gambar berkeping-keping konon nak buat entri bertajuk 'Akhirnya orang mengidam dapat juga apa yang diidamkan'..

Dan petang ini (sekarang) saya sebenarnya excited mahu post entri bertajuk 'Akhirnya orang mengidam dapat juga apa yang diidamkan' sambil upload gambar yang disnap di McD tadi.

Bukak folder Photos dalam hp tengok semua gambar yang diambil tadi takde.
GAMBAR HILANG!!

*sambungan dari list diatas...
5) Snap gambar>bukak folder photos>semua gambar tiada!!

okey!
Saya mahu bom kedai itu. Siapa sokong angkat tangan!

Friday, 18 February 2011

CONTEST ME AND HIJAB – KHUMAERA ISMAIL

Join contest lagi. Ni untuk perempuan saja yer. Owner contest ialah KHUMAERA ISMAIL atau nama timang-timangan Miss Librarian.
kalau mahu join contest beliau KLIK SINI!!

Jom join ramai-ramai.
Tarikh tutup 1ST APRIL 2011

HADIAH???
PEMENANG :: RM50 x 1 orang
SAGUHATI :: RM20 X 2 orang

 
Bawah ni gambar yang saya pertaruhkan. 

 
Itu adalah pashmina.
Ada dua jenis material kain. Satu lembut dan satu agak tak lembut. Ala-ala material cotton gitu. Yang saya pakai nie material lembut.
Dari segi color saya suka sebab colornya gabung dark blue dan soft blue. Jadi boleh match in dengan banyak baju lain.
Dari segi material pulak ia sangat lembut. Jadi kalau pakai ia tak nampak serabut even korang lilit macam mana pun. Cuma kena pandai kemaskan la.
Lagi suka kerana harganya murah. Ni saya beli kat pasar malam jer. Tak ingat la harga. Tapi dalam RM15 ke bawah la. 

Okeh. Jadi mahu tag 3 orang kawan blogger.oyeah!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...