Nasib baik ada ko blog. Dapatla aku kutuk depa belakang-belakang.
Masuk hari ni dah 7 hari hp saya kat kedai servis hp. Minah yang janji itu hari nak call kalau dah siap baiki tak call jugak. Sibuk bergayut dengan boipren agaknya. Dah rindu sangat kat buah ati ku itu terus saya pergi terjah kedai itu untuk tanya dah siap ke belum. Kalau hantar kain pasang dah siap jadi baju agaknya.
"Kak, hp saya dah siap ke?"sambil tunjuk resit jual-beli.
Kak yang dimaksudkan ambil resit terus blah masuk dalam kedai.
"Dah siap"sambil serahkan buah ati saya.
Saya belek-belek. Tekan-tekan keypad. Nampak lain macam la. Macam bukan hp saya punya dah.
"Berapa kak?"
"RM80 dik"..ok.senyap sambil buat muka tak puas hati.
"Mahal sebab kita tukar button sekali" kak tu menjawab bimbang saya terus koyakkan resit agaknya.
Saya bayar dan terus blah.
Dalam kereta saya belek punya belek hp. Geram sangat. Memang mic dah ok ,tapi yang lain pulak rosaknya..
1) Keypad longgar. Rasanya kalau hp nie jatuh katil konpem terburai urat perut ia.
2) Bahagian atas pecah. Tapi mereka dengan gaya genius (konon) lekatkan balik. Tapi memang terang tak payah suluh dah nampak kesan pecah.
3) Sekeliling hp kemek. Agaknya ketat sangat nak bukak kot. Tak tahu la diorang guna alat apa. Spanar?Tukul?
4) Tiba-tiba hp ni slow yang amat. Macam laptop diserang virus.
Okes! Sabar..sabar..Malas dah nak pegi bertekak dengan mereka.
Kemudian dapat mesej dari Kak Siti katanya dah otw ke McD. Saya terus menuju ke McD kat Giant. Makan Spicy Chic McD terus lupakan insiden tadi. Snap gambar berkeping-keping konon nak buat entri bertajuk 'Akhirnya orang mengidam dapat juga apa yang diidamkan'..
Dan petang ini (sekarang) saya sebenarnya excited mahu post entri bertajuk 'Akhirnya orang mengidam dapat juga apa yang diidamkan' sambil upload gambar yang disnap di McD tadi.
Bukak folder Photos dalam hp tengok semua gambar yang diambil tadi takde.
GAMBAR HILANG!!
*sambungan dari list diatas...
5) Snap gambar>bukak folder photos>semua gambar tiada!!
okey!
Saya mahu bom kedai itu. Siapa sokong angkat tangan!
eh, apa hal jadi mcm tu? orang tu reti ke tak baiki hp? mcm dah rosak je bunyi nye
ReplyDeleteMiss Dill^^
Miss : tulah pasal..baiki 1 rosak sekarang dh macam-macam plak yg rosaknya..huhu..
ReplyDeletebila saya baa ni saya rpon rasa mau bom itu kaldai~!!!1! oppps silap~ *mau bom itu kedai*
ReplyDeletekdai mane yg jeng sgt tu....
ReplyDeleter-5 :
ReplyDeletehaha..nanti kita berdua femes masuk muka depan harian metro pulak..=p
umie akif :
ReplyDeleteowhhh..ada sebuah kedai dipusat bndr..
patut bom je kedai tu... ahaks
ReplyDeletekak lin : tulah..g bom jugak nati..
ReplyDeletetu lah mlas nk anta servis hp kat kedai...takut jd camtu..huhu..rmai da kene kot..
ReplyDeleteneway, 1st tyme bw here..da folo..sudi folo blik:)
jiwemude:
ReplyDeletetaw xpe..serik dah!
tq drop here n folo me..=)