Para Pengikut..

Thursday, 3 February 2011

Ceritera di Tahun Baru Cina

Silamat hali laya.

Cuti tahun baru cina kali ni ramai betul kawan-kawan bertukar status.
Hari ni majlis Ain. Esok Wanie dan Yana. Lusa pulak Husna. Tu tak campur darab jiran-jiran sekampung. Tapi saya suka pergi majlis kawin. Boleh sibuk menyibuk ushar hantaran diorang. Kot-kot la nak cilok idea gubahan ke, theme color ke, door gift ke. ( Bunyi macam tak sabar nak gubah hantaran sendiri jerk. Heh!)
Tapi hari ni saya menyibukkan diri. Jadi tak berpeluang intai-intai majlis kawin.

*Hari ni jadi surirumah yang berjaya*

Mula-mula pergi pasar. Nak beli ikan, ayam dan sewaktu dengannya. tapi terkejut tengok kat area barang basah (ikan) ada dua gerai jer bukak. Tu pun satu gerai tu hanya tinggal sekilo-dua jer ikan. Adakah semua ikan telah diborong oleh kaum cina untuk aktiviti 'makan besar' mereka? Kental temuramah pak cik tu. Dia cakap stok ikan takde. Jadi, sila ke kedai runcit membeli joran untuk memancing!

Kemudian berhasrat ke pasar raya untuk beli hadiah hari bahagia kawan-kawan. Wah, gila kental. Sampai jer tengok parking kosong. Best2. Orang tak ramai. Takdela nak bersusah payah cari parking kosong. Ok. Dengan megah lalu tepi pasar raya.
 Waaaaaa...patutla parking kosong. Pasar raya tu cina punya. Mestila tutup hari ni!!
(Nasib baik belum masuk parking dan tolak troli)

Seterusnya pergi pasar raya kepunyaan melayu dan borong hadiah tanpa fikir panjang.

Dalam perjalanan balik rumah, adalah mamat tu sorang.
Taula ekzos kereta dia besar. Sengaja la nak vroom vroommm.. Macam kau sorang ade ekzos yer. Pastu lalu jalan kampung habis kereta dipotongnya. Kalah ambulans bawak orang nak beranak. Hape kau ingat nie lebuhraya ke nak drift? dalam empat kereta jugak dipotong termasuk kereta saya sehinggalah saya dah tak nampak kelibat bontot kereta dia. Tup-tup sampai trafic light lampu tengah merah elok-elok jer dia ada situ. Hahaha. Gelak puas hati. Untuk mamat berkereta wira tadi saya ada peribahasa untuk kamu...
'Selaju-laju kau drift, dekat lampu  merah terpaksa berhenti juga'

Babai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...