Para Pengikut..

Thursday, 28 June 2012

Positifkan diri, ubah persepsi


 Salam uolls.

Kita kerap kali nilai sikap negatif dalam diri seseorang. Tapi pernah ke kita nilai diri kita sendiri?


Situasi 1 : Kawan kuat memerintah
Kita sakit hati bila berdepan dengan seorang kawan yang kita rasa kuat memerintah.
Jadi kita hantar surat layang kononnya nak dia berubah.
Sudahnya dia cam lah pulak tulisan kita akhirnya terus tak bertegur sapa.
Jadi kalau rasa sukar mereka nak terima teguran nampaknya kita lah yang patut berubah.

Ok.
Kawan suka memerintah.
Asyik suruh buat itu ini padahal dia bukan bos pun.
Positifkan diri.
Jadi daripada bentuk arahan tu kita tukar kepada bentuk bantuan.
Kita anggap dia minta bantuan.
Bukannya memerintah.

Situasi 2 : Kekasih panas baran
Kita asyik menangis bila bergaduh dengan pakwe.
Sebab dah memang hati selembut sutera kan.
Sensitif amat.
Jadi kita salahkan pakwe yang pemarah, tak pandai pujuk dan sebagainya.
Dah warning suruh dia berubah. Tak berubah jugak.
Jadi apa kata kita yang ubah diri jadi seorang yang berjiwa kental, berhati waja supaya tak mudah nangis.
Mungkin bila kita dah berjaya ubah diri kita barulah kita tak akan nilai sikaf negatif dalam diri seseorang.

Kalau kita rasa sukar nak ubah sikap seseorang, mungkin kita patut ubah diri kita. Wassalam.

Ok. Kalau jerawat membiak melata kat dahi pun nak positifkan diri jugak kewww??
Positif .Positif.Positif.
Anggapla jerawat ni pembawa tuah untuk hari ni. LOL


Tuesday, 26 June 2012

Weekend yang dinanti. Yeayy!!

Salam uolls.

UP : Boss en.beliau.
Semoga boss baik hati dengan bagi cuti buat en.beliau saya. Wink. Wink.


I search my pocket i have nothing inside there
I search my wallet it was empty
I look at my self
 i ask myself
what do i have?
There is one place i didn't search
 it was my HEART
When i search my heart deep into my heart i found u
at the time i realize that i already have eveything in my life.

Weekend ni sure berebut cermin lagi. Fine.


Monday, 25 June 2012

TAKDIR


Salam uolls.

Jangan menyalahkan takdir. Atau ujian. Kerana Tuhan sayangkan kita dan pastinya Tuhan nak yang terbaik buat kita. Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Peristiwa kecil yang berlaku dalam hidup saya.

Bulan-bulan yang lepas ada seorang empunya laptop minta saya format laptop beliau. Jap. Bukan minta saya format. Tapi minta saya suh sesiapa yang boleh tolong formatkan. Jadi saya minta tolong seorang kawan yang tahu hal format laptop ni. Jadi sebab si empunya laptop tiada external harddisk untuk backup data-data dalam laptopnya maka saya gunakan external harddisk saya. Tapi sebab data sangat banyak so tak muat la harddisk saya. Jadi saya pindahkan segala macam folder dalam external hd saya ke dalam laptop saya. Walaupun tak pindahkan semua data.

Alhamdulillah laptop beliau dah kembali ok. Saya langsaikan dulu bayaran format laptop kepada kawan tersebut sebab si empunya laptop akan bayarkan pada saya kemudian hari.

Bila dah jumpa empunya laptop dan serahkan laptop beliau, saya tiada duit kecik pulak untuk balance duit beliau. Jadi saya cakap ‘bayar next time larh’. Sampai ke saat ini empunya laptop tak menjelaskan wang tersebut. Saya agak dia terlupa atau tak ingat.

Sekarang saya bukan mahu highlight pasal wang yang tak berbayar tersebut. Tapi pasal hikmah disebalik kejadian tersebut.

Kemudian, suatu hari yang tak dijangka external harddisk saya tak dapat berfungsi. Terus tak detect apa-apa. Mungkin bukan sebab factor virus tapi sebab usianya yang dah menjangkau 5 tahun. Saya redha je la walaupun sampai menangis mengadu kat en.beliau tentang data-data penting pasal kerja semua tak sempat back up tempat lain.

Kemudian saya teringat tentang folder-folder dalam harddisk yang pernah saya transfer ke laptop dulu. Godek-godek dalam laptop jumpalah folder tersebut.

ALHAMDULILLAH.

Masih ada lagi folder-folder kesayangan saya terutama gambar-gambar zaman belajar dan artwork masa belajar dulu.

Kalau ikutkan duit RM30 untuk format laptop itu tak bernilai pun nak dibandingkan kenangan-kenangan yang tercipta dengan gambar sepanjang 5 tahun saya memiliki harddisk tersebut.

Itulah. Bila fikir-fikir balik setiap ujian yang Tuhan uji baru sedar yang setiap perkara pasti ada hikmah disebaliknya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...