Para Pengikut..

Tuesday, 23 September 2014

Trip to Penang (Day Two)

Salam uollss..

Baca dulu :
Day One
 
Lamanya tak membebel kat sini. Ampunkan saya belog. hehe. So sambung trip kami ke Penang yang tertangguh. Pagi Sabtu aktiviti adalah bebas. Jadi kami plan nak terjah mall. Anak-anak nak shopping. Weolls window shopping je.

Jadi sementara tunggu semua siap kita posing-posing sakan dulu kat hotel. Hehe.



Mula-mula gerak cari breakfast dulu. Makan kenyang-kenyang jalan kaki ke jeti. Naik bas dari jeti ke Quensbay Mall. 

Bagus jugak naik bas terus dari terminal kat jeti ni. Pasal kita tak payah nak berdiri kalau penumpang ramai. Kebetulan masa kitorang naik tu takde orang so semua boleh sit dengan senang hati. Drebar rapid pun dah berapi agaknya tengok kitorang yang riuh rendah macam pasar tani. Haha. 


Yeayy akhirnya dapat jugak makan nasi berlauk kampung style. Asyik makan roti canai-nasi kandar-nasi beriani je bosan jugak kan. Ni makan kat foodcourt kat Qb Mall.

  

Ni je la satu-satunya benda aiollss beli kat sebesar-besar Qbmall neh. Haha. Bawak powerband wire usb tu plak tak detect. Stress sangat. Terus carik kat sana. Pon tak dapat detect jugak. Apa yang rosak sebenarnya neh. Nak kena tuka hp baru ke neh??muahaha.


Bye Qb mall. Tak puas lagi window shopping. Apakan daya masa mencemburuiku. Hukhuk.


Balik Qb mall terus balik hotel. Rehat-rehat kejap lepas maghrib keluar jalan-jalan cari makan. Kunun-kunun nak makan kat Nasi Kandar Beratur tu. Ya ampunnnn beratur sungguh la orangnya. Boleh je nak beratur tapi tengok meja crowded sangat. Tak dapat kot nak memuatkan kami 15 orang ni.


So, jalan-jalan lagi berenti kat Restoren Hameediyah Tandoori House. 





Nyummm. Sedap jugak la. Kari sotong tu sedap kaw sangat. Cuma masa kitorang sampai tu nasi lauk pun nak habis da kot. Kambing takde. Frust bebudak yang nak makan kambing.


Dah kenyanggg. Alhamdulillah..


Kemudian jalan-jalan lagi pegi Padang Kota. Ni malam merdeka. Tapi sebab masih memperingati tragediMH17 takde kemeriahan bunga api la. Ada pon 2-3 kali jer yang tak meriah sangat pon.

Kitorang pon lepak-lepak kejap kat padang tu sampai suasana tak sibuk sangat barulah balik ke hotel. Rehat. Fuhhhh. Penat sangat hari ni sepanjang hari window shopping malam pulak jalan jauh-jauh.

Yang penting puas hati. Bukan senang kan nak dapat kebenaran jalan-jalan balik lewat malam. Kikikiki.


Okeyy. Next hari ke-3 lagi best. Heeee. Tunggu la aiolllss ada masa banyak aiollls story. Kihkih.

Tuesday, 9 September 2014

(Gambar) Proton Iriz kereta kompak keluaran Proton. Aiollss dah tergodaaaaa..

Salam uolllsss..

Kau dah kenapa siap tergodaaa okey.. Hakhak. Now saya tengah survey kereta. Nak trade in my cinta hati itu. Kerana terpaksa ku relakan la. Maybe awak bukan jodoh saya. Hukhuk. Takpelah. Tak tau nak pilih kereta apa. Dalam dilema. Dulu masa mula-mula nak ambik Myvi perasaan berkobar-kobar sangat. Sebab Myvi putih tu kecintaan keidaman kesayangan keminatan dari zaman unibersiti lagi. Tapi masa tu langsung tak terpikir dapat kerja mampu memiliki kereta untuk kegunaan diri sendiri dan family.

Pastu malam tadi sebelum tido bukak fb tengok kat news feed page. Wowwowwow. Hijau tu dah la kaler kecintaan ai kan. Terus bukak tengok. Tapi sebab mata tengah mamai-mamai dah, jadi kurang fokus sikit la.

Pagi ni gigih bukak tengok. Rupanya KERETA KOMPAK KELUARAN PROTON : IRIZ

Nah gambo-gambo dari paultan.com.











Rekabentuk macam adik-beradik myvi jugak la kan. Tapi rekabentuk dalaman memang mengagumkan saya la. Siap ada wifi hotspot lagi eh. Hehe. Kang salah bagi informasi pulak kan. Harga RM40000 hingga RM60000. So kita tunggu dilancarkan la minggu depan eh katanya.


Daaa.... 
 

Thursday, 4 September 2014

Trip to Penang (Day One)

Salam uollss..

Hurm. Hari ni baru terhegeh-hegeh nak up entri penuh ke Penang. Tapi hari 1st la dulu. Tak larat aiollss banyak bebenor gambonya. Kitorang bertolak malam Khamis sampai pagi Jumaat tu dalam 5.30 am kat Hentian Sg Nibong. Naik atas rehat-rehat. Lepas subuh tengok bas rapid dah ada. Terus naik bas ke Georgetown. Kitorang booking hotel kat Jalan Chulia. Memandangkan baru satu bilik ready, so sumbat semua bag dalam tu keluar cari makan dulu.

Roti canai satu anneyy.

Memang kitorang banyak jalan la dari naik bas. Penat tok sah kira la. Tapi sebab dah eksaited, snap gambo kiri kanan terus lupa kepenatan.




Berenti rehat kat perkarangan masjid. Memandangkan hotel tak ready lagi. Lepak-lepak atas bangku kat masjid tu je.

Tengah hari hotel call bagi tau dah ready semua bilik. Hip hip hureyyyy. Boleh sambung tido. Muahaha. 


Lepas zohor gerak nak pegi cari makan. Then jumpa Galeri Lukisan Ar Rashid ni. Singgah sini dulu. Tengok-tengok lukisan yang dipamerkan.

  

Kemudian jalan-jalan cari makan pulak.


Pastu asal jumpa tempat menarik je berenti ambik gambo. 








Siap print peta yang ada street art.





Hurreyyyy..dapat jumpa makanan.


Singgah interaktif muzium pulak. 


Just ambik gambo je. Nak masuk dah nak tutup dah. So kita ambik gambo kat luar jela okeyy.







Jalan-jalan kat Padang Kota Lama.


Yang penting minum cocunat shake. Dap dap dap.




Phewww. Penat jalan balik hotel pulak. 


Ok. Jumpa next day pulak.
.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...