Para Pengikut..

Wednesday, 23 January 2019

Resepi kek coklat moist sedap dan mudah.

Salam uollss..

Dah 2x percubaan baking cake. Yang 1st trial lupa nak simpan resepi. So kali kedua percubaan meh la tempek resepi sini supaya next time nak try lagi kita tengok kat blog sendiri je yer.

RESEPI KEK COKLAT MOIST


1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 cawan air suam
2 biji telur (gred A atau B)

1 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sudu besar gula (kisar halus)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu susu tepung
Garam sikit jer

Mula-mula kacau bahan-bahan bentuk cecair tu susu, minyak, air suam dan telur. Kacau sampai sebati.

Lepas tu masukkan bahan-bahan tepung pulak. Semua tu ayak yer supaya tak berketul-ketul.

Dah siap letak dalam loyang. Oles margerin dulu kat loyang tu supaya tak melekat kek nanti.

Kemudian bakar suhu 160° dalam 40 minit. Jangan lupa oven kena panaskan dulu yer.

Kemudian sementara oven bunyi ting ting boleh buat topping pulak.

1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu cair

Masak secara double boiler sehingga adunan sebati dan likat. Dah masak kek boleh curahkan atas kek lepas tu tabur hiasan yang disukai.


Seriously yummy n moist sangat resepi ni. Next time saya nak try kukus pulak.

Monday, 21 January 2019

Meningkat usia lagi

Salam uollss..

19 Januari 2019 genap usia saya 33 tahun. Adoi. Macam tak caya dah umur 33. Even dah umur 33 I tetap rasa jiwa baru 23. Ceewaahh. Hahaha.

Tq semua yang wish birthday. Wish via whatsapp, insta, fb. Wish depan2 ai. Wish siap tuju lagu. Tak lupa bagi hadiah kat I. Paling terharu bekas anak murid yang dah lama sangat ngajar dia. Start saya mengajar  tahun 2009 dia batch 1st. Tiap tahun tak pernah lupa bagi seprais. Touching makkkkk. 


3 benda paling kesukaan tau..color hijau, chocolate dan fresh flower. Tqvm anak murid. Semoga dimurahkan rezeki sentiasa.



Lepastu I request lagu kat adik I Hafiz Hafizol. Request lagu paling I suka sekarang tau..kemarin. Haha. Izinkan saya tempek sini sebagai kenangan yer awok.

Di umur 33 ni saya harap sentiasa dimurahkan rezeki, diberi kesihatan berpanjangan dan berjaya mencapai azam dan target. Hehehe.

Thursday, 17 January 2019

Daniel demam.

Salam uollss..

Hari Khamis lepas seperti biasa anak sedara pickup Daniel kat school. Balik tu diorang akan lepak rumah tok dulu sementara saya sampai. Sampai je terkejut tengok Daniel dengan muka tak bermaya tak berbaju seluar just pempers je. Duk baring atas riba sepupu dia. Rupanya baru lepas muntah. Bila rasa badan tak panas. Risau jugak takut salah makan ke apa. Then saya bawak balik rumah. Nak mandikan pun menangis. Lepas tepuk2 tidokan dia. Tupun dah muntah lagi sekali sebelum tido.

Dalam kul 7.30 papa sampai. Masa tu dia dah lena tido. Then saya keluar beli burger. Sebab gas habis. Balik tu dia dah terjaga sebab muntah. Lastly dah tido tu dalam kul 12.30 muntah lagi. Papa dah risau dah. Terus decide bawak pegi klinik. Nasib baik ada klinik 24jam tak jauh sangat dari rumah.


Sampai klinic tu muntah lagi. Nasib baik la staff clinik tu baik sangat. Cepat2 dia datang lap lantai dan suruh mami papa duduk je. Doc cek tak demam pun. Suhu normal jer. So doc bagi ubat tahan muntah dan antibiotic je. Kebetulan kat rumah masih ada ubat demam. Balik rumah tu bagi ubat tahan muntah. 


Alhamdulillah dah tido lena tak muntah dah. Saya terjaga jam 3.00 pagi sebab dia merengek. Badan dah start suam-suam. Tapi tak panas sangat. Rupanya muntah sebab nak demam. Lama sangat tak demam dia ni. Setengah tahun tak demam kot. Ni demam masuk sekolah agaknya. Haha. Hari Jumaat terus tak aktif. Nak berdukung je. Makan pun tak selera. Sedih mami tengok sebab biasanya dia aktif sangat. Tok mi dan aki datang tengok cucu. 

Hari Sabtu Alhamdulillah dah sihat. Daniel ni kalau demam sekejap je. Sehari macam tu je. Yang penting masa demam kerap mandikan dia. Mandikan dengan air lemon. Hari Sabtu papa jaga sebab mami work. Ahad mami cuti ajak keluar berjalan.


Semoga sihat2 selalu anak mami.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...