Salam uolls.
Zaman kanak-kanak (Sekolah rendah)
Membaca / menulis
Bila ditanya dalam kelas pasal hobi, majoriti kawan-kawan sekelas akan angkat tangan untuk hobi membaca atau menonton tv. Masa sekolah rendah saya agak 'gila' membaca. Walaupun tak pernah menang anugerah Nilam. Kalau nak dibandingkan pergi ke kantin atau ke library masa rehat, saya banyak habiskan masa di library. Tambah-tambah buku siri penyiasatan atau misteri. Mesti saya akan habiskan semua buku yang disenaraikan di belakang kulit buku.
Kemudian, mungkin sebab suka membaca, muncul pulak hobi baru iaitu menulis. Saya masih ingat cikgu BM saya masa tahun 6. Cikgu Fazlida. Beliau sangat lembut-baik-dan penyayang. Selalu dia puji kalau saya buat karangan. *Ewah-ewah. Dan paling best kalau kena buat karangan sambung cerita atau berbentuk cereka. Hehe. 2,3 muka surat tak tamat lagi. Tapi masa ni tak pernah pun terfikir untuk hasilkan novel atau sekurang-kurangnya cerpen.
Dengar radio.*Kherlass tak hobi dengar radio. Muahaha.
Masa sekolah rendah saya dan abang suka dengar radio. Paling kitorang suka adalah Radio Muzik yang ada Carta Hit. Kental kitorang jadikan buku log besar tu sebagai diari carta hit. Setiap minggu pukul 9 malam hari Sabtu kitorang akan duk rapat-rapat dengan radio dan tulis laju-laju carta lagu tersebut dari lagu terakhir sampai lagu pertama. Siap salin lirik lagu lagi hokeh. Masa tu tak pandai pun lagi pasal internet. Tak tahu pun kewujudan google boleh cari je lirik kat internet tanpa perlu susah-susah dengar bait lagu dan salin laju-laju. Haha. Eh. Tu kira hobi jugak ke korang?? Masa ni saya dah gilew dengan kumpulan Spider. Radio pulak duk kat dapur. So, kalau duk dalam bilik dengar lagu Abang Tam nyanyi berlari keluar bilik terjah radio kat dapur. Rapatkan telinga 2 inci kat radio. Haha. Saiko. Padahal duk dalam bilik pun dengar je radio tuh.
Bermain.
Kira bermain ni termasuk dalam kategori hobi jugak kan. Sebabnya ia adalah rutin wajib yang akan dilakukan setiap hari. Malam hari pun main. Pendek kata zaman kanak-kanak saya lebih suka bermain dari tonton tv. Siang hari main galah panjang, main kejar-kejar, hide n seek, main bola, lompat-lompat, lari-lari. Adeh. Macam-macam lagi. Nak tulis pun tak reti. *Tapi main masak-masak jarang. Lorh!. Malam hari pulak sebab adik beradik ramai jadi takde masalah nak memeriahkan permainan. Main tudung botol, carom, batu selambut, kadang-kadang kitorang main harta karun. Sampai panjat dinding uolls nak sorok harta karun. Kejadah betul.
Dah meningkat remaja sikit (Sekolah menengah)
Masuk sekolah menengah hobi membaca tu diteruskan jugak. Suka jugak terjah library pinjam buku. Kemudian mungkin bila fikiran dah banyak sangat dengan idea-idea dari pelbagai novel jadi bermulalah hobi menulis. Saya mula tulis cerpen. Haha. Bila baca balik tak sangka tu idea penulisan saya. Masa tu komputer takde lagi. Jadi tulis cerpen dalam buku log. Idea menulis tu datang tak kira masa. Kadang-kadang cikgu tengah mengajar kat depan tiba-tiba idea datang. Tulis dulu kat buku teks then balik hostel sambung tulis cerpen. Adalah dalam lima cerpen yang saya tulis *Ceh. Takdelah banyak sangat kan.
Masa sekolah menengah saya suka luahkan sesuatu pada buku. Kadang-kadang buku tu design elok-elok untuk jadikan buku autograph, suh kawan-kawan tulis autograph last-last sebab bnyak ruang kosong terus coret apa-apa. Hee. Bila baca balik boleh lah mengimbau kenangan zaman cinta monyet. *Konon lah kan.
Ini adalah sebahagian dari kononya diari lah. Pasni nak selongkar lagi rasanya banyak lagi diari-diari kecil.
Bila habis SPM saya kerja kat kedai buku. Jadi bertambah-tambahlah minat membaca dan menulis makin menebal. Time bosan takde customer curik-curik baca novel. Heee. Tu pun kalau shift malam larh. Sampai akhirnya saya hasilkan sebuah cerita panjang bertaip bertajuk Rindu Semalam. Masa tu printer pun dah ada kat rumah. Jadi taip dan print sekali. Sampai sekarang saya simpan lagi tulisan nih.
*InsyaAllah saya akan review kemudian pasal hasil tulisan saya. (Bajet ada orang nak tahu kan. Muahaha)
Dah betul-betul remaja (Zaman university)
Masuk zaman u dah kurang skit membaca sebab duk focus on design. Tapi saya masih menulis. Menulis diari lah. Dah tak menulis carpen dah. Then masa kat u lah sorang adik angkat a.k.a kawan baik perkenalkan saya pada blog. Saya mula start tulis blog tahun 2006. Haha. Kalau baca balik entri dulu-dulu rasa macam hampeh je. Ada yang saya bahasakan diri aku, kemudian ada bahasakan diri dengan nama. Dan sekarang lebih selesa dengan ‘saya’. Tapi dalam duk meluahkan rasa di blog saya masih setia dengan diari. Tapi diari tu lebih kepada belanjawan keluar-masuk dan jugak perkara-perkara penting yang berlaku dalam kehidupan jer. Ahakz.
Dah dewasa (Zaman kerja)
Alhamdulliah masih terus menulis. Walaupun menulis perkara-perkara yang gedik, yang mengada-ngada, yang menceritakan kisah saya sahaja tapi saya tak kisah. Sebab blog adalah diari saya versi digital. Kemudian sebab sekarang dah didedahkan dengar dunia it yang melampaui jangkauan kaki melangkah, jadi suka jugak melayari internet. Kira hobi jugak lah kan. Bagus jugak ada blog neh. Boleh blogwalking baca pendapat dan kisah suka duka mereka di luar sana. Sekurang-kurangnya kita tahu saat kita gembira ada yang sama-sama mendoakan kegembiraan kita berpanjangan dan saat kita berduka ada yang sama-sama berkongsi air mata.
Ok. Korang pulak macam mana? Hobi korang berubah-ubah tak?
hobi saye baca blog anda. besh!~
ReplyDeleteirish : Haha. ok. Sy akan jadikan hobi saya baca blog anda pula =p
ReplyDeletenak baca jugak rindu semalam tu....
ReplyDeletep/s: sori2.. sy doakan akak cepat2 dapat baby ye.;)
Asma : Haha. Gaya penulisan zaman sekolah menengah yang. Sila jangan baca. Haha.
ReplyDelete